Reptilia
paling ganas dan menakutkan adalah buaya. Walaupun dirinya kelihatan tenang,
namun jangan disangka yang tenang tu jiwanya tenteram. Sepantas kilat
perwatakannya boleh berubah! Dialah sang bedal! Membaham manusia.
Memandangkan
aku sendiri orang Serian, berita buaya makan penduduk kampung memang
menggerunkan. Tak selamat nak ceduk air kat sungai. Tapi kampung aku tak ada la
sungai. Kes manusia kena makan buaya ni kat kawasan lain, berlaku kat Sungai
Sadong.
Gambar buaya yang berjaya ditangkap! Besar, berat dan menakutkan!
Dilaporkan,
3 buaya telah berjaya ditangkap! Berat buaya tersebut 420 kg (panjang 3.8
meter), 500 kg (panjang badan buaya 4.3 meter) dan seekor lagi mempunyai berat
600 kg (panjang 5.2 meter). Fuh berat giler la buaya tu! Buaya ni ditangkap
menggunakan kaedah 'cari dan bunuh'. Salah seekor buaya tu pernah membaham
penduduk kampung.
Kredit:
Mangsa
dibaham buaya
Macam
mana boleh tahu yang buaya seekor lagi tu pernah membaham manusia? Menurut
maklumat orang kampung, buaya yang panjang 5.2 meter tu ada kesan tetakan di
kepala. Kesan membaham mangsa iaitu Yusman Yusup, 32, pada 5.40 petang, 26 Mac 2015.
Masa mangsa berusaha nak lepaskan diri dari gigitan buaya, mangsa sempat
menetak kepala buaya dengan menggunakan parang. Yang akhirnya, tindakannya
berjaya menyebabkan buaya tersebut melepaskan gigitan.
Walaupun
terselamat dari bahaman buaya, doktor terpaksa memotong kedua-dua kaki mangsa hingga
paras betis. Namun, mangsa disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi,
Hospital Umum Sarawak pada 11 April 2015. Kesian..mesti ahli keluarga mangsa
rasa sedih. Lagipun usianya masih muda.
Kat
Sarawak, spesies buaya makin bertambah. Tertanya-tanya gak, macam mana nak
kawal spesies ganas ni dari beranak-pinak. Rasa seakan-akan dah tak selamat nak
guna air sungai sebegini. Mahupun nak cari tangkapan ikan, udang. Sebab sebelum
ni ada juga kes mangsa kena makan buaya yang berlaku di Kampung Reban,
Samarahan.
Kisah buaya lagi..
Buaya
oh buaya, kau memang dahsyat. Team bola
sepak Sarawak dipanggil Bujang
Senang dengan slogan ‘Ngap Ajak’.
12 comments
subhannallah
Assalammualaikum..yumida,
besar betol buaya tu kan... seram.Ngappp..
mselim3
ngeri pula tengok buaya tu...
berat tuuu
sekali libas, pelanting!
aah kak besar betul badan buaya tu
muka dia tenang, wajah dia menggerunkan
kat sungai kampung nenek yumida banyak buaya
kan.. terkejut tengok buaya besar dan ganas
takut kak ana tengok Yumida , ngerinya .
tedah keluarga mangsa.. gelik ngn binatang tok..
Takut tengok buaya besar lagu tuuu......
Astagfirullah... saya takut klu cerita2 ttg buaya ni.. ngeri...
aish,besarnya.setakat ni IbuNoey tengok buaya secara live kat zoo je.kalau jumpa kat sungai,tak pernah lagi la.
takut plak Sha baca
EmoticonEmoticon