Apa Itu Sijil Simpanan Premium (SSP BSN)

Apa Itu Sijil Simpanan Premium (SSP BSN)

Sijil Simpanan Premium (SSP) merupakan produk Bank Simpanan Nasional (BSN) atau lebih senang aku panggil SSP BSN. Produk SSP BSN ni produk yang patuh syariah, yang berasaskan konsep mudharabah. Menerusi SSP BSN, kita boleh menyimpan wang. Ala-ala menabung kat bank, pada masa yang sama kita berpeluang untuk menang hadiah cabutan bertuah. Haaa? Seronok tak?
Apa itu sijil simpanan premium (ssp bsn), harga pembelian sijil simpanan premium (ssp bsn), tawaran hadiah untuk pemenang sijil simpanan premium bsn tahun 2015, kelebihan & manfaat beli sijil ssp bsn, syarat menyimpan dan membeli sijil ssp bsn, gambar sijil simpanan premium bsn

Harga Pembelian Sijil Simpanan Premium (SSP BSN)

Yang belum pernah dengar pasal SSP BSN mesti fikir kena labur banyak duit. Tak la! Hanya dengan pembelian RM10 kita dah pegang 1 unit Sijil Simpanan Premium (SSP). Sebab SSP BSN ni paling minimum kita boleh beli sijil pada nilai RM10. Nak beli 1 unit SSP pun boleh. Kira kita menyimpan wang kat BSN RM10 atas nilai sijil. Tapi kalau simpan banyak, lagi bagus. Kan dah kata ia berkonsepkan menabung. Tak rugi pun. Sambil memiliki sijil SSP BSN, kita boleh memperoleh keuntungan (dividen). Bergantung pada jumlah simpanan wang kita.

Apa itu sijil simpanan premium (ssp bsn), harga pembelian sijil simpanan premium (ssp bsn), tawaran hadiah untuk pemenang sijil simpanan premium bsn tahun 2015, kelebihan & manfaat beli sijil ssp bsn, syarat menyimpan dan membeli sijil ssp bsn, gambar sijil simpanan premium bsn

Tawaran Hadiah Untuk Pemenang Sijil Simpanan Premium BSN Tahun 2015

Fuh! Hebat giler hadiahnya! Untung siapa yang dapat. Rezeki mereka. Untuk tahun ni, iaitu tahun 2015, hadiah makin bertambah dengan tawaran hadiah super grand. Pihak BSN menawarkan bilangan hadiah cabutan SSP melebihi 88,000 hadiah dengan nilai sebanyak RM18 juta. Ada 260 kali cabutan bertuah SSP dalam setahun. Purata pemenang setiap bulan adalah melebihi 7,000 orang. Pengsan! Tak ke geram hati korang tengok angka tu. Even peluang nak menang tu tipis, tapi tak salah kalau kita berniat untuk menabung.

Apa itu sijil simpanan premium (ssp bsn), harga pembelian sijil simpanan premium (ssp bsn), tawaran hadiah untuk pemenang sijil simpanan premium bsn tahun 2015, kelebihan & manfaat beli sijil ssp bsn, syarat menyimpan dan membeli sijil ssp bsn, gambar sijil simpanan premium bsn
Gambar sample Sijil Simpanan Premium BSN


Kelebihan & Manfaat Beli Sijil SSP BSN

Kaedah pembelian sijil SSP BSN bagi aku amatlah berbaloi! Memberi manfaat buat kita sebagai penyimpan sijil SSP. Sambil menyimpan wang, memupuk diri kita belajar menabung, penting tau menabung bermula sekarang. Mana tahu ada kes kecemasan yang perlukan kita keluarkan wang di masa akan datang. Ataupun untuk pendidikan anak-anak ke. Malah penyimpan sijil SSP juga layak untuk memohon Pembiayaan Sandaran-i BSN AFLAH SSP.  

 Apa itu sijil simpanan premium (ssp bsn), harga pembelian sijil simpanan premium (ssp bsn), tawaran hadiah untuk pemenang sijil simpanan premium bsn tahun 2015, kelebihan & manfaat beli sijil ssp bsn, syarat menyimpan dan membeli sijil ssp bsn, gambar sijil simpanan premium bsn
Gambar resit Sijil Simpanan Premium SSP BSN yang dibeli bulan Februari 2015
See, aku pun dah terjebak sama. Menabung, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Mana tahu ada tuah kat cabutan SSP. Bonus tuu!

Syarat Menyimpan & Membeli Sijil SSP BSN

Simpanan minimum sijil SSP BSN ialah berkadar RM10 untuk 1 unit. 1 unit ni dalam bentuk nombor angka giliran. Kot-kot dapat rezeki durian runtuh. Tiba-tiba menang cabutan bertuah SSP BSN, tak ke untung tu. Sebab tu sijil SSP BSN ni special, sambil menyimpan wang dengan memiliki sijil SSP, kita berpeluang menang lucky draw. Baru-baru ni, ada orang menang kereta AXIA. Boleh baca kisahnya di sini: Menang Hadiah Kereta Sijil Simpanan Premium (SSP BSN)

Pembelian sijil SSP ni tiada had maksimum. Kalau ada duit ribu-riban, boleh beli banyak mana sekalipun. Tak terhad. Pembelian sijil SSP BSN ni terbuka kepada warganegara Malaysia, penduduk tetap dan warga asing yang mempunyai alamat tetap di Malaysia. Juga pembeli atau penyimpan sijil SSP mestilah individu yang berumur 12 tahun ke atas.

58 comments

assalamualaikum
singgah pagi
bagus kan

Singgah pagi...
pernah jugak beli.. :)

Terima Kasih atas perkongsian. Sijil yang lama nampak lebih menarik dan grand. Baru beli jugak, pasal terpengaruh kempen super 10 bsn tu.

tu la kan..kalau menang super 10 bsn memang best laaa..rezeki
saya pun beli gak sijil ssp tu kot2 melekat tuah..hihi..sambil menabung

Saya pernah dapat ssp bsn dr menteri besar sbb pelajar cemerlang time spm dulu..mmg tak pernah buat pape dgn benda tu..lgpn saya xde pn akaun bsn tu..mcm mana nak tau kita menang cabutan bertuah tu?

Cara Semak Keputusan Pemenang sijil SSP BSN boleh rujuk sini:
http://umikasum.blogspot.my/2015/06/cara-semak-keputusan-pemenang-ssp-bsn.html

Duit yang kita guna untuk beli sijil dikira burn atau akan kekal dlm simpanan ?

duit yang kita beli sijil ssp tu kekal dalam simpanan, selagi kita tak jual balik sijil tu.

Apa minima dividen tahunan utk simpanan ssp ni? Rasa cam bmnat plak..kotla lekat cabutan bertuah tu

Kalau kita redeem ssp tu kita akan dapat cash jumlah yg ada tu ke?

Mcm mn nk semak klu kita ada buat SSP nie ya?klu x silap dlu ada buat sekalu,tp da lama kot lupa da...zmn plkn aritu dorg dtg kem buat talk...

kalau beli ssp bsn ni kita ada sijil ssp. kalau tak ingat mana letak sijil ssp boleh datang ke kaunter bsn dan mintak sijil ssp, dengan tunjukkan ic. tapi tak pasti sama ada ia kena caj atau tak.

Keuntungan (dividen SSP BSN) sehingga 2.42 peratus setahun

Nk try jugak la..thanks ya..

Nak tanya...dulu sy ada ssp bsn ni....tapi hilang.....mcmana nk dptkn balik?..kalau g bsn di blh tolg x

This comment has been removed by the author.

pergi ke kaunter bsn untuk dapatkan kembali sijil ssp bsn. kalau tak silap dia caj rm10

Saya nk simpan duit ,tpi tersalah tekan dn duit tu msuk kt ssp ,mcm mne ni ,Sy nk kembalikn duit tu

Same situation, so klw sy teruskan apa yg perlu sy buat? Pergi minta sijil ssp d counter ka?

This comment has been removed by the author.

Tumpang Tanya... Lepas beli ssp ni Apa yang kita Kene Buat untuk nak Buat cabutan Tu....tunggu saja ke ? Ke Kene pegi Buat cabutan sendiri...

utk cabutan mingguan, kita sendiri kena refer website bsn utk tengok nama pemenang. diorang x contact kalau kita menang
utk cabutan grand hadiah lumayan, diorang akan contact

Macam mana nak Buat cabutan minggu Tu? Maaf le tAk tahu menahu pasal ni.. Cabutan automatic Dia Buat atau kita Kene usahakan?

cabutan mingguan tu mereka buat, boleh follow facebook bsn untuk tahu nama pemenang mingguan diumumkan
hadiah mingguan rm1000 - kena rajin tengok la kat fb bsn, sbb kalau kita tak tuntut hadiah tu dalam masa 3 hari, hadiah burn

Kalau dah beli sijil ni, kita kena masukkan duit selalu ke kat bank? Macam yang xde akaun nak masukkan duit tu macam mana... tak faham laa

kalau ada duit masukkan la. kalau tak ada, x perlu. macam menabung. tak wajib masuk tiap2 bulan. tapi kalau nak masuk $ sangat digalakkan.

saya pun tak ada akaun bsn. saya hanya perlu beli sijil ssp bsn je. tak perlu buka akaun bsn bagai. kita beli ssp, mereka bagi kita resit. resit itulah sijil ssp.

This comment has been removed by the author.

Kalo first time beli, tp beli ikut atm. Boleh ke? Ataupun kena beli kat kaunter jgk?

beli sijil ssp bsn kat mesin atm pun boleh

Hello mcm mna nak follow fb untuk pemenang mingguan

Nak tanya skit ler..kena buka acc ker

sy xtahu apa2 pasal SSP ni, tadi sy nk transfer duit kt member, then tersalah buat, ter transfer rm100 kt SSP. apa nk buat ni? waduhhhh.. lesap rm100..pergi mana duit tu?

sy xtahu apa2 pasal SSP ni, tadi sy nk transfer duit kt member, then tersalah buat, ter transfer rm100 kt SSP. apa nk buat ni? waduhhhh.. lesap rm100..pergi mana duit tu?

Slmt sejaterah..
Tumpang tnye sat sbenarnye apa tu ssp?? Saham kah?? Baru tadi saya g simpan duit, tapi tsilap tkan n msok dlm ssp... Blh x sipe2 explain abt ssp nie?? Tq

SSP adalah Sijil Simpanan Premium. Maksudnya kita simpan duit dalam bank macam biasa, dan lepas tu dia akan bagi sijil. Kalau di ATM dia akan bg resitlah. Macam kes puan yang tersilap tekan ke SSP, tak ada masalah, cuma pergi ke kaunter dan tunjuk IC kalau puan nak keluarkan balik duit tu, mereka ada rekod berapa yang puan masukkan tu, jgn risau.

Buat ssp melalui atm pon bole kan? Kalau every month kita masuk duit kt ssp, kalau nk keluarkan duit balik mcm mana?

nk tanya aq selalu simpng duit dalam bsn, teringinn gk nk buka ssp bsn ni. nnt bila kita daftar ssp ni sijir dia akan hntar kt almat umah kita ker? atau sijir dia tu camner?

assalamualaikum..maaf menyebok.maksud kekal dlm simpanan, maknanya bila2 pon kita blh keluarkan ke?

sijil ssp tu macam resit. kita beli sijil ssp tu terus dapat resit. tak ada pos2. beli kat kaunter bsn terus dpt sijil ssp

hanya perlu tunjukkan sijil ssp dan bawa ic ketika nak keluarkan duit. perlu berurusan di kaunter bsn

ya bila2 boleh keluarkan simpanan

boleh dapatkan balik duit tu, tunjukkan sijil ssp dan ic masa nak ambil balik duit tersalah transfer. tapi ada syarat dia..kena lebih tempoh 45 hari baru dapat keluarkan balik duit dalam sijil ssp tu

tak perlu buka akaun bsn..boleh beli sijil ssp

Sy nk keluarkan duit tapi tersilap tekan dan termasuk ke pembelian ssp. Mcm mna nk keluarkan...

macam mana nkk tahu kalau kita menang cabutan bertuah tu?

nak tanya kalau kita tak ada akaun bsn nak beli sijil tu kena pergi kat kaunter la kan??..

mimiesuzi: ya beli kat kaunter bsn

salam sejahtera admin, saya da 3 kali smpn duit dlm ssp, tp xbrpa fhm caranya, msa smpn tu ada dibagi resit igtkn resit tu besa2 jer so saya da trbuang pla resit tu, xtau la pla resit tu sijil dia..klu nk balik sijil tu dr awal kta smpn ssp ada kna cas x?

assalamualaikum puan .. sy nk tanya apa pergunaan ssp bsn , seandainya kita masuk rm 100.00 dan berapa plak kita akan dpt keuntungan dari hasil simpanan kita? mohon percerahan ..


EmoticonEmoticon