Sinopsis Drama Kata Hati Widuri TV1
Kata Hati
mengisahkan seorang gadis bernama Rina (Raja Ilya) yang
berperwatakan kasar dan cerewet dalam segala hal. Ujian menimpa hidup Rina bila
suatu hari Rina telah mendapat kemalangan semasa memanjat gunung. Doktor mengesahkan
mata Rina harus dibalut untuk tempoh 2 bulan. Ini bermakna selama 2 bulan itu, Rina
tidak dapat melihat apa-apa. Kehidupannya seperti orang buta.
Rina begitu tertekan dengan nasib yang
menimpa dirinya. Di sebalik tragedi yang menimpa diri Rina, seorang jejaka
kacak bernama Omar (Josiah Hogan) tercari-cari
kelibat Rina di kawasan pendakian gunung. Namun, Rina tidak kunjung tiba. Selama
ini, dia asyik terserempak dengan kehadiran Rina. Hingga membuatkan dirinya
jatuh cinta pandang pertama terhadap Rina.
Ayah dan ibu Rina membuat keputusan
untuk mencari orang gaji menjaga Rina. Namun, perkara itu tidak disukai oleh Rina.
Rina lebih suka ibunya yang menguruskan keadaan dirinya. Namun, memandangkan
ibunya sibuk, ibu Rina tetap mencarikannya orang gaji.
Rina dengan kasar melayan orang gaji
hingga akhirnya mereka tidak sanggup bertahan selama 2 hari menjaga Rina. Kedua-dua
pembantu rumah berhenti kerja. Ibu dan ayah Rina risau melihat tiada siapa yang
menguruskan Rina.
Tiba-tiba mereka mendapat idea! Mengupah
seorang lelaki untuk menjaga anaknya. Mereka berharapan, dengan adanya pembantu
Rina nanti, ia memudahkan proses penyembuhan mata Rina.
Rina begitu terkejut bila dimaklumkan
bahawa penjaga barunya adalah seorang lelaki. Seperti pembantu rumah yang lain,
Rina dengan kepala batu sering mengherdik penjaganya. Namun, Omar tetap
bersabar dengan kerenah Rina. Baginya, impiannya untuk melihat Rina kesampaian,
orang yang dicintainya.
Ketika mata Rina hampir sembuh, Omar
memutuskan untuk menghilangkan diri. Ibu bapa Rina begitu tersentuh dengan
keikhlasan Omar menjaga anak mereka, lalu mereka memutuskan untuk menjodohkan Rina
dengan Omar.
Maria bagitu akrab bersama Omar, bagi
Maria Omar terlalu istimewa di hatinya. Namun, Maria hanya bertepuk sebelah
tangan. Omar hanya menganggap dirinya hanya sahabat biasa. Dek kerana itu,
Maria berusaha memutuskan hubungan Omar dan Rina.
Cemburu melihat kemesraan Maria
bersama Omar, Rina memutuskan untuk membalas dendam perbuatan mereka. Rina berpakat
bersama Zek (Norman Hakim) untuk membuatkan Omar cemburu.
Bagaimanakah hubungan Rina dan Omar
kelak? Adakah mereka akan bersatu? Berjayakah Zek memainkan peranannya? Adakah Maria
akan melepaskan Omar semudah itu? Saksikan segalanya menerusi drama Widuri TV1,
KATA
HATI menerusi kaca tv anda.
Gambar Drama Kata Hati Widuri TV1
Drama Kata Hati widuri TV1 merupakan drama terbaru yang
menggantikan drama Terlanjur
Mencintaimu. Nak tahu apa
penghujung kisah drama tersebut? Jom baca: Terlanjur
Mencintaimu Episod Akhir. Apa pulak penghujung drama Kata Hati ni? Haaa, sama-sama kita tengok sampai episod akhir kelak.
Tonton Kata Hati di kaca tv:
Saksikan drama Widuri Kata
Hati
Jumlah episod Kata Hati:
13
Tarikh drama Kata Hati mula
disiarkan: 25 April 2015
Hari: Sabtu - Ahad
Sam: 7.05 malam – 8.00 malam
Saluran: TV1
1 comments so far
wah,macam menarik je ceritanya ni.
EmoticonEmoticon