Resepi Kacang Panjang Tumis Belacan & Kicap

Nak kongsi dengan korang hari ni, resepi masak sayur kacang panjang. Cara membuatnya simple je. Inilah menu kami hujung minggu yang lepas. Penyediaan ringkas, mudah, cepat dan dijamin sedap! Jom kita terjah resepi sayur kacang panjang yang super duper sedap ni.

Resepi kacang panjang tumis belacan & kicap, resepi masak sayur kacang panjang mudah dan sedap, resepi tumis belacan sayur kacang panjang dengan kicap, gambar sayur kacang panjang, masakan sayur paling sedap, resepi masakan terbaru 2015, resepi masakan ramadhan 2015, cara membuat masakan sayur kacang panjang

Resepi Sayur Kacang Panjang Tumis Belacan & Kicap


Bahan-bahan resepi kacang panjang:

- sayur kacang panjang di potong 2 inci
- bawang merah 2 ulas
- bawang putih 4 ulas
- 1 biji cili merah
- ikan bilis
- belacan 2 cm
- kicap manis 2 sudu

Cara membuat masakan sayur kacang panjang:

- tumbuk bahan-bahan (bawang merah, bawang putih, ikan bilis, belacan, cili) menggunakan lesung batu
- tumis kesemua bahan di atas tadi hingga kekuningan, sambil hidung kembang kempis hidu kesedapan aroma tumisan
- masukkan sayur kacang panjang berserta kicap
- bila dah layu, padam api dapur gas. Sedia untuk dihidangkan. Siap!

Kan dah kata simple je. Panduan memasak sayur kacang hijau ni ditujukan buat orang yang baru pandai nak masak. Confirm masakan sayur kacang panjang korang akan digemari seisi rumah! Sedap hingga menjilat jari. Yeah! Selamat mencuba resepi kacang panjang tumis belacan masak kicap.

4 comments

Aummm sedap..belacan tu yg sedap..hehe

Singgah pagiiii...
Sedapnyer...tapi saye x makan belacan...alergik :)

assalamualaikum
selamat pagi
singgah pagi :)
sory hari ini anum bz skit..


EmoticonEmoticon