Sinopsis Sinetron Yang Muda Yang Bercinta

Sinopsis Sinetron Yang Muda Yang Bercinta TV9
Yang Muda Yang Bercinta mengisahkan ALIYA (Alyssa Soebandono) seorang gadis tomboi yang berperwatakan kasar, cuai dan malas sering membuatkan JULEHA (Cut Keke) sakit hati. Aliya tidak pernah membantunya membuat kerja mengemas rumah. Kesemua tugasan itu dilakukan dirinya seorang. Aliya dan Juleha tinggal bersama MPOK IPEH (Omas Wati).

Sinopsis Sinetron Yang Muda Yang Bercinta TV9, gambar dan pelakon Sinopsis Sinetron Yang Muda Yang Bercinta TV9, (OST) Lagu Tema Sinetron Yang Muda Yang Bercinta, download OST Sinetron Yang Muda Yang Bercinta, video muzik lagu Hidup Untukmu Mati Tanpamu – Noah, ALIYA (Alyssa Soebandono), ADITYA (Christian Sugiono)

Sikap Aliya yang cuai hampir membahayakan nyawa seorang lelaki. Kertas ujian sekolahnya dibuang sembarangan, hingga membuat ADITYA (Christian Sugiono) hampir kemalangan. Aditya berang dengan sikap Aliya yang tidak ambil peduli. Malah hampir menyebabkan motosikal kesayangannya remuk.

Itulah kali pertama Aditya dan Aliya bertemu. Pertemuan bukan dalam kondisi yang baik tetapi bertikam lidah. Semenjak kejadian itu, Aditya sering terserempak dengan Aliya.

Aditya tinggal bersama neneknya, Oma Pratiwi (Mieke Wijaya), yang begitu obses ingin cucunya Aditya menikahi cucu kawannya. Siapa sangka cucu yang dimaksudkan oleh nenek Aditya merupakan Aliya sendiri! Orang yang selalu bercakaran dengan Aditya.

Misi Oma Pratiwi dalam mememuhi hasratnya bermula! Dia mula mencari foto Aliya ketika Aliya masih kecil. Dia terkenangkan zaman kecil Aditya yang pernah bermain bersama Aliya.  Seperti suratan takdir, Oma Pratiwi berjaya menemui Aliya.

Mengetahui Oma Pratiwi berasal dari golongan berada dan kaya, Juleha gembira sekali bila mendengar risikan dari nenek Aditya. Juleha pernah menyimpan angan-angan ingin mengahwini lelaki kaya. Tanpa mengetahui cerita sebenar, Juleha seperti seorang gadis syok sendiri.

Aliya amat terkejut mendengar berita itu. Dia panik, kerana dirinya sudahlah tidak mempunyai perasaan terhadap Aditya, dia pernah mencipta kenangan pahit bersama lelaki itu. Tambahan lagi, dia sudah punya insan istimewa di hati.

Begitu juga Aditya. Dia resah memikirkan permintaan neneknya untuk berkahwin dengan Aliya. Aditya sudah mempunyai kekasih bernama STELLA (Yasmine Wildblood), yang sangat dia sayangi. Oleh kerana belum menemui cara memperkenalkan Stella kepada neneknya, dia bertambah bingung. Bimbang takut melukai hati neneknya. Tambahan lagi hati neneknya begitu kuat dengan prinsipnya.

Aliya merasa sakit hati dengan sikap angkuh dan bongkak Aditya. Lelaki yang tidak dicintainya bakal dinikahkan dengan dirinya. Apatah lagi memikirkan dia sendiri juga mempunyai lelaki pujaan bernama NATHAN (Samuel Rizal).

 Walaupun membenci, walaupun tiada perasaan satu sama lain, Aliya dan Aditya disatukan dalam majlis pertunangan. Hati kata benci, tapi siapa sangka perasaan benci itu bertukar menjadi sayang dan cinta. Hubungan ALIYA dan ADITYA menjadi erat.

Bagaimanakah Aditya dan Aliya boleh bersatu? Selepas hubungan mereka seperti anjing dan kucing. Sentiasa bercakaran. Adakah pertunangan mereka akan diakhiri di jinjang pelamin? Adakah benar Aliya seorang gadis yang tepat dijadikan isteri pilihan neneknya? Apakah reaksi Juleha, Nathan dan Stella bila mengetahui berita pertunangan Aliya dan Aditya? Saksikan segalanya dalam sinteron TV9 berjudul Yang Muda Yang Bercinta.

Pelakon Sinetron Yang Muda Yang Bercinta
Alyssa Soebandono
Christian Sugiono
Yasmine Wildblood
Stefan William
Michella Putri
Samuel Rizal
Chrissie Vanessa
Cut Keke
Ana Pinem
Omaswati

 (OST) Lagu Tema Sinetron Yang Muda Yang Bercinta
Original Sound Track OST Sinetron Yang Muda Yang Bercinta
Lagu: Hidup Untukmu Mati Tanpamu
Penyanyi: Noah

Gambar Sinetron Yang Muda Yang Bercinta 
Sinopsis Sinetron Yang Muda Yang Bercinta TV9, gambar dan pelakon Sinopsis Sinetron Yang Muda Yang Bercinta TV9, (OST) Lagu Tema Sinetron Yang Muda Yang Bercinta, download OST Sinetron Yang Muda Yang Bercinta, video muzik lagu Hidup Untukmu Mati Tanpamu – Noah, ALIYA (Alyssa Soebandono), ADITYA (Christian Sugiono)

Saksikan Sinetron Yang Muda Yang Bercinta
Jumlah episod Sinetron Yang Muda Yang Bercinta: 94
Hari: Isnin – Jumaat
Jam: 5.40 petang
Saluran: TV9

5 comments

Lmk x lyn cita indon. Dlok selalu.. hehe

tengok jugak skali skala.. ok laa ceritanya..

Mau fidio full'nya donkk,,, plissss


EmoticonEmoticon