Sinopsis Drama Firdaus TV3

Sinopsis Drama TV3 Firdaus Ceraka Hari Ahad
Firdaus mengisahkan seorang anak yang sering diabaikan oleh ayahnya, Kamarul. Bukan sahaja tidak dipedulikan, malah ayahnya sering memukulnya. Bagi Kamarul, Firdaus anak pembawa malang! Kamarul tertekan selepas kematian isterinya semasa melahirkan Firdaus. Hidup mereka bertambah miskin dan melarat. Dek kerana itu, Firdauslah tempat Kamarul melepaskan rasa amarahnya.

Firdaus dibesarkan dirumah nenek sebelah arwah ibunya, Zaitun. Ketika berusia 2 tahun, Kamarul membawa Firdaus tinggal di Kuala Lumpur. Misinya untuk mencari lebih banyak wang bagi menampung hidupnya yang susah. Namun, apa yang dihajati Kamrul tidak pernah tercapai.

Rahmah ialah jiran kepada Kamarul di Kuala Lumpur. Rahmah mengalami tekanan perasaan akibat kisah silamnya, didera bekas suaminya sehingga anak dalam kandungannya gugur. Pada masa yang sama, ayah dan ibunya terlibat dalam kemalangan. Sejak itu Rahmah sering dalam keadaan murung.

Di kawasan flat buruk itu, tidak ada sesiapa yang mahu berkawan dengan Rahmah kecuali Firdaus. Setiap kali Firdaus bermurung di depan rumah sendirian, saat itulah Rahmah menjadi temannya. Mereka sering berinteraksi emosi. Neneknya, Zaitun menyangka Firdaus telah meninggal dunia.

Setelah mengetahui Firdaus masih hidup, Zaitun telah datang ke Kuala Lumpur untuk mencari Firdaus. Malangnya, Zaitun dirompak dan hanya tinggal sehelai pinggang. Kesengsaraan hidup memaksa Firdaus melarikan diri dari rumah bersama Rahmah yang mengalami tekanan mental. Apalah yang terjadi kepada Firdaus? Dapatkah Zaitun menemui cucu kesayangannya itu? Jangan lupa tonton drama Firdaus yang disiarkan pada hari Ahad kelak.

Pelakon Drama Firdaus TV3
Fizz Fairuz, Boy Iman, Fauziah Nawi, Amar Asyraf, Adik Danish Zakhwan

Gambar Drama Firdaus TV3 
Sinopsis drama Firdaus TV3, gambar drama Firdaus, sinopsis drama TV3 Firdaus Ceraka hari Ahad, pelakon drama Firdaus TV3

Saksikan drama Firdaus
Hari: Ahad
Jam: 10.30 malam
Saluran: TV3


EmoticonEmoticon