Sinopsis Drama Eksperimen Cinta TV3

Sinopsis Drama Eksperimen Cinta Slot Dahlia TV3
Eksperimen Cinta mengisahkan pasangan suami isteri yang diijabkabul secara SAH, namun siapa menduga perkahwinan itu bertujuan eksperimen semata-mata. Tiada rasa cinta, tiada rasa kasih, namun dua hati bersatu atas kerelaan sendiri tanpa adanya paksaan.

Pertemuan buat kali pertama itu, yang berlaku hanya 2 jam mencetuskan sejarah hebat dalam hidup Damia Farisha (Izreen Azminda). Damia membuntangkan matanya! Seolah tidak percaya tentang apa yang baru dia dengari sebentar tadi. ‘Tengku Aaron Shah ajak aku kahwin???’

Walaupun pelik dan terasa janggal, proses lamaran Tengku Aaron Shah (Fahrin Ahmad) berjalan lancar. Paling gila bila memikirkan mulutnya begitu pantas menjawab “Saya setuju!”. Damia meletakkan syarat dengan harapan Tengku Aaron batalkan niatnya.
“Awak jangan menyesal pula kahwin dengan saya. Sebab saya ni pisau cukur...”

Begitulah kisah permulaan yang membawa kepada perkahwinan mereka. Walaupun pada awalnya begitu banyak alasan diberikan Damia demi mengelak dirinya berkahwin dengan Tengku Aaron. Pujukan demi pujukan, segala usaha Tengku Aaron curahkan untuk memenangi hati Damia. Misinya hanya satu, agar Damia menerima dirinya dan mempersetujui untuk berkahwin dengan dirinya.

Akhirnya mereka disatukan sebagai suami isteri. Damia sah bergelar isteri Tengku Aaron. Tengku Aaron tersenyum puas dan bangga. Akhirnya…misinya telah tercapai. Damia telah berjaya dia miliki. Eksperimennya telah berjaya! Dia berjaya membuatkan wanita itu bersetuju untuk berlahwin dengan dirinya.

Sedarkah Damia..di sebalik usaha Tengku Aaron yang bersungguh-sungguh sebelum ini hanyalah sebuah eksperimen sahaja. Perasaan cintanya diuji oleh lelaki bernama Tengku Aaron, iaitu suaminya sendiri. Adakah perkahwinan itu akan berkekalan?

Apakah reaksi Damia bila mengetahui jalinan pernikahan itu atas dasar ekperimen sahaja? Walaupun jauh di lubuk hati Tengku Aaron, memang benar semakin hari perasaan cintanya pada Damia semakin mendalam. Adakah dia sanggup meneruskan permainan eksperimen cintanya? Saksikan segalanya menerusi drama TV3 Eksperimen Cinta.

Pelakon Drama Eksperimen Cinta TV3
Tengku Aaron Shah – Fahrin Ahmad
 Damia Farisha – Izreen Azminda

Gambar Drama Eksperimen Cinta TV3
Sinopsis Eksperimen Cinta TV3, sinopsis drama Eksperimen Cinta slot Dahlia TV3, review drama Eksperimen Cinta TV3, episod akhir Eksperimen Cinta TV3, gambar dan pelakon drama Eksperimen Cinta TV3, gambar novel Eksperimen Cinta penulis Anjell, Original Sound Track OST Eksperimen Cinta TV3, lagu tema drama Eksperimen Cinta TV3, download OST Eksperimen Cinta TV3

Baca sinopsis drama Eksperimen Cinta bunyinya macam menarik. Bikin hati aku terusik nak tonton drama ni kat tv kelak. Lagipun, ehem-ehem, pelakon kesukaanku jadi hero dan heroin drama Eksperimen Cinta ni. Teruja!!! Peminat drama dan kaki tv semua, jangan lupa tunggu depan tv hari Sabtu dan Ahad, kita tengok drama Eksperimen Cinta. Teringin jugak nak tahu apa kisah ending drama ni nanti, episod akhir Eksperimen Cinta TV3. Kalau nak tahu, kena la tengok k.


Gambar Novel Eksperimen Cinta
Sinopsis Eksperimen Cinta, Gambar novel Eksperimen Cinta, Penulis novel Eksperimen Cinta: Anjell, novel terlaris 2014, novel popular tahun 2014, novel terbaik, Harga novel Eksperimen Cinta: RM30, Sinopsis Eksperimen Cinta TV3, sinopsis drama Eksperimen Cinta slot Dahlia TV3, review drama Eksperimen Cinta TV3, episod akhir Eksperimen Cinta TV3, gambar dan pelakon drama Eksperimen Cinta TV3, gambar novel Eksperimen Cinta penulis Anjell, Original Sound Track OST Eksperimen Cinta TV3, lagu tema drama Eksperimen Cinta TV3, download OST Eksperimen Cinta TV3

Eksperimen Cinta merupakan drama yang diadaptasi daripada novel. Karya Eksperimen Cinta dihasilkan oleh penulis novel Anjell. Bagi sesiapa yang nak baca lebih lanjut kisah cinta antara Tengku Aaron Shah dan Damia Farisha, anda boleh dapatkan novel Eksperimen Cinta di pasaran pada harga RM30.00 senaskah.

Sinopsis Eksperimen Cinta TV3, sinopsis drama Eksperimen Cinta slot Dahlia TV3, review drama Eksperimen Cinta TV3, episod akhir Eksperimen Cinta TV3, gambar dan pelakon drama Eksperimen Cinta TV3, gambar novel Eksperimen Cinta penulis Anjell, Original Sound Track OST Eksperimen Cinta TV3, lagu tema drama Eksperimen Cinta TV3, download OST Eksperimen Cinta TV3

Drama Eksperimen Cinta merupakan drama terbaru di slot Dahlia TV3 yang menggantikan drama Asam Pedas Untuk Dia yang baru sahaja tamat minggu lepas. Nak tahu sinopsis untuk last episode drama Asam Pedas Untuk Dia? Jom baca: Asam Pedas Untuk Dia Episod Akhir

Saksikan drama Eksperimen Cinta slot Dahlia
Tarikh Eksperimen Cinta mula disiarkan: akan datang
Hari: Sabtu - Ahad
Jam: 7.00 malam – 8.00 malam
Saluran: TV3

4 comments

Salam singgah sabtu dik yumida....macam menarik jak cerita ni...tak sabar nak tengok pula...

hari ni start drama eksperimen cinta kat tv3 kak. jgn lupa tengok :)

Takde pon cite tu....cite lain la...pnt tgu

aah tu la
tengok info kat remote tv drama menantu sepuluh ribu
mungkin lepas habis drama tu kot
sebab sebelum ni ada terbaca iklan dia
baru nak teruja tengok fahrin ahmad kat tv..cancel


EmoticonEmoticon