Ujibakat Akademi Fantasia AF2015

Ujibakat Akademi Fantasia AF2015 Kini Kembali
Serius! Aku ingatkan dah tak ada lagi Akademi Fantasia. Apatah lagi menjelang di tahun 2015 ni. Wah, adakah rakyat Malaysia mempunyai suara yang lunak? Vokal power mendayu-dayu? Tetttt…bakat seseorang memang sentiasa ada dan belum dicungkil keluar. Menerusi platform Akademi Fantasia mungkin inilah yang boleh melonjakkan mereka yang berbakat menyanyi menjadi ikon Malaysia.

Jika anda ada bakat menyanyi, menari, menghiburkan penonton, apa kata sertai ujibakat Akademi Fantasia AF2015. Jangan fikir lama-lama, mungkin di pentas AF2015 adalah pentas bermulanya karier anda sebagai penyanyi.

Lokasi Negeri Ujibakat Akademi Fantasia AF2015
Lokasi tempat membuat ujibakat Akademi Fantasia bagi tahun 2015 ni dibuat di 4 buah negeri. Antaranya Pulau Pinang, Sabah, Johor dan Kuala Lumpur.

Juri Ujibakat Akademi Fantasia AF2015
Yeah, mesti ada nak tahu siapakah barisan juri Akademi Fantasia sesi 2015 ni. Juri bagi ujibakat AF2015 terdiri Datin Marlia Musa, Edrie Hashim, Fatimah Abu Bakar, Fauziah Nawi dan Cikgu Shahrol.

Penilaian Ujibakat Akademi Fantasia AF2015
Peserta ujibakat AF2015 akan dinilai dari segi teknikal seperti kawalan suara, sebutan, pernafasan, intonasi, rentak, keserasian, harmoni serta kreativiti dan penghayatan persembahan.

Gambar Akademi Fantasia AF2015
Ujibakat Akademi Fantasia AF2015, lokasi negeri ujibakat AF tahun 2015, gambar Akademi Fantasia (AF2015), juri ujibakat AF2015, penilaian pemilihan peserta ujibakat AF2015, ujibakat Akademi Fantasia AF2015 melalui Instagram, ujibakat Insta AF2015 Bersama Hotlink, lokasi tempat dan tarikh ujibakat walk-in Akademi Fantasia (AF2015)

Ujibakat Akademi Fantasia AF2015 Menerusi Instagram
Peserta boleh menghantarkan penyertaan dengan memuat naik video nyanyian menerusi Intagram. Peserta perlu upload video nyanyian sendiri secara kreatif, kemudian hantar penyertaan nyanyian dengan menaip hashtag #BakatAF2015 dan #Hotlink2015. Tarikh ujibakat Insta AF2015 Bersama Hotlink akan bermula pada 19 April 2015. Rujuk info selanjutnya: www.hotlink.com.my/AF2015.

Tarikh Ujibakat Akademi Fantasia AF2015
Tarikh ujibakat AF2015 secara ‘walk in’ akan bermula pada 2 Mei 2015. Maklumat lanjut perkembangan semasa info Akademi Fantasia AF2015 sila layari laman web Akademi Fantasia: www.af.com.my.

Lokasi Tempat & Tarikh Ujibakat Akademi Fantasia AF2015
2 & 3 Mei – Pulang Pinang (The Light Hotel, Seberang Perai)
9 & 10 Mei – Sabah (1Borneo Hotel, Kota Kinabalu)
23 & 24 Mei – Johor (Berjaya Waterfront, Johor Bahru)
30 & 31 Mei – Kuala Lumpur (Kompleks Sukan Negara, KL)

Pada calon ujibakat AF2015, buat persediaan awal. Latih vokal, latih nyanyian, mana tahu Akademi Fantasia AF2015 adalah platform untuk anda. Semoga sukses!

8 comments

eh,ada sambungan juga ye.fikir dah tak ada da AF ni.

senyap-senyap je dia..tup-tup buat lagi..ish3x...

sempat ikut 2 dan 3 je zaman adam dan zaman felix..he he

Salam... sis, saya nk gtaw sy xjumpa entry segmen blog saya tu ..... ^^

Ingatkan AF dah habis betul-betul. Ada lagi rupanya >.<

Ada saudara jauh saya pangkat makcik masuk bertanding.. nama dia Dr Ann.. support2.. :) :)

owh tau. tu doktor shikin kan
x sangka pulak ada saudara bertanding dlm program tv
tuan khir kena undi nanti tau..hihihi

mok la try tok.. ne tauk dpt jd retis.. hahaha


EmoticonEmoticon