Sinopsis Terlanjur Mencintaimu Episod Akhir Drama Widuri TV1
Perkahwinan
atas nama wasiat itu membawa makna yang besar dalam hidup
Johan Iskandar (Ungku
Ismail Aziz) dan Tengku Hanis Zulaikha (Reen
Rahim). Tengku Hanis takut mempercayai lelaki kerana
bimbang akan ditinggalkan. Johan Iskandar pula sanggup mengambil risiko
menikahi wanita yang tidak dikenalinya.
Kerana menunaikan wasiat itu, Johan
Iskandar terpaksa berpisah dengan kekasihnya Intan (Nisha
Dirr). Perpisahan itu memberi kesan mendalam buat
Intan sehingga dirinya tidak mahu lagi menjejak kaki ke kampung itu. Mak Intan
iaitu Halijah (Kathy Azean) menyimpan dendam buat keluarga Johan Iskandar. Halijah
tidak mahu bertegur sapa dengan keluarga Johan termasuklah ibu Johan, Lutfiah (Kuna)
dan ayahnya Saifullah (Wan Hanafi Su).
Perkahwinan atas nama wasiat itu
membawa kebahagiaan apabila Tengku Hanis disahkan hamil 3 bulan. Johan Iskandar
begitu gembira. Kenduri kesyukuran di buat di kampung Johan. Ketika Tengku
Hanis berjalan-jalan di kampung, Halijah mengherdik dan mencemuh Tengku Hanis.
Baginya Tengku Hanis perampas kegembiraan anaknya sehingga anaknya tidak mahu
lagi balik ke rumah.
Halijah menendang perut Tengku Hanis
sekuat hati hingga menyebabkan Tengku Hanis jatuh terjelepuk. Selepas puas
membalas dendam, Halijah memecut motosikalnya. Tanpa Halijah sedar sebuah lori
datang dari arah hadapan. Halijah cedera parah dan menghembuskan nafasnya di
tempat itu.
Tengku Hanis menjerit kesakitan.
Seluruh rumah kecoh apabila melihat Tengku Hanis jatuh di tepi jalan. Johan
segera menghantar isterinya ke hospital. Namun, isterinya disahkan keguguran.
Situasi itu memberi tamparan hebat buat Tengku Hanis. Tengku Hanis meratapi
kematian anak dalam kandungannya.
Dalam kesedihaan itu, barulah Tengku
Hanis sedar betapa sayangnya Johan terhadap dirinya. Ketika dirinya sakit,
ketika bersedih, Johan sentiasa memberi kata sokongan. Tengku Hanis memohon
maaf kepada Johan kerana mengabaikan perasaan suaminya.
Makluman: Sila berikan backlink ke
entry ini jika anda menyalin sinopsis Terlanjur Mencintaimu Episod Akhir
ini ke blog anda. Info: Blogger
copy paste tanpa bagi link kredit (sumber asal).
Harap maklum.
Selepas 1 tahun, Tengku Hanis disahkan
hamil. Dirinya yang sedang sarat hamil menyebabkan dia sukar untuk bergerak
dengan cergas. Sekali lagi, Tengku Hanis diserang rasa resah gulana. Wasiat
nenendanya mempunyai tempoh tamat! Hari itu, merupakan hari terakhir dia harus
melahirkan anaknya. Jika tidak, seluruh harta nenendanya akan diwasiatkan
kepada rumah kebajikan. Ini bermakna keluarganya tidak akan menerima 1 sen pun.
Ketika perbincangan wasiat, Tengku
Hanis mengalami saat-saat kontraksi. Dia terus dikejarkan ke hospital dan
selamat melahirkan bayi kembarnya. Johan begitu teruja bergelar bapa. Tamat!
Pelakon yang menjayakan drama Terlanjur Mencintaimu TV1 episod akhir
Ungku Ismail Aziz – Johan Iskandar
Reen Rahim – Tengku Hanis Zulaikha
Nisha Dirr – Intan
Kathy Azean - Halijah
Kuna - Lutfiah
Wan Hanafi Su - Saifullah
Rahim Jailani - Tengku Hishamuddin
Liza Abdullah – Tengku Zahariah
Pengajaran Drama Terlanjur Mencintaimu TV1
- jika tiada
jodoh, berusahalah menerima suratan takdir dengan lapang hati
- jauhi
sikap suka berdendam
- suami isteri
memerlukan sokongan antara satu sama lain. Sentiasalah berbincang mengenai
apa-apa masalah.
- untuk
hidup tenang, sentiasalah memaafkan kesalahan orang lain disamping cuba
memperbaiki kekurangan diri.
Gambar Drama Terlanjur Mencintaimu TV1
Tamat dah
drama widuri Terlanjur Mencintaimu ni kat TV1. Untuk drama terbaru yang
akan gantikan drama Terlanjur Mencintaimu ni judulnya bertajuk Kata
Hati lakonan Raja Ilya, Lana Nordin.
Sama-sama kita tengok minggu depan pulak k.
Drama Widuri Terlanjur
Mencintaimu
Tarikh episod akhir Terlanjur
Mencintaimu disiarkan: 19 April 2015
Terlanjur
Mencintaimu episod akhir: episod ke 26
Hari: Ahad
Jam: 7.00 malam – 8.00 malam
Saluran: TV1
1 comments so far
Rindu nak tengok TV1, lama betul tak tengok ^^
EmoticonEmoticon