Resepi Ayam Masak Merah Sedap & Mudah

Share pasal resepi lagi. Kali ni menu kita berlaukkan ayam masak sos. Yummy! Masakan bersos merupakan makanan kegemaran aku. Taip sambil telan air liur. Gulp! Takmo intro banyak, betapa terujanya aku nak kongsi hasil air tangan aku kat korang semua. Meh puji sikit. Kikiki.. Jom terjah cara memasak ayam merah, yang sedap giler, lagi nyaman makan bertambah-tambah!

Resepi ayam masak merah sedap dan mudah, resepi masakan ayam masak merah sos pedas, gambar ayam masak merah, masakan ayam paling sedap, resepi masakan terbaru 2015, resepi masakan ramadhan 2015, cara membuat ayam masak merah bersos simple, masakan ayam bersos

Resepi Ayam Masak Merah Sedap & Mudah


Bahan-bahan ayam masak merah:

- 5 ketul kepak ayam (boleh guna bahagian dada ayam atau paha ayam)
- 2 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- serai
- sos cili (boleh guna juga sos tomato)
- halia 2 inci

Cara membuat masakan ayam merah bersos:

- perap ayam dengan sedikit garam dan kunyit, biarkan selama 10 minit. Goreng ayam hingga masak sempurna.
- tumbuk bawang merah, bawang putih, halia dan serai. Tumis hingga kekuningan.
- masukkan sos cili, bergantung pada banyak mana ayam.
- gaul sos bersama ayam yang digoreng tadi. Tutup api. Siap!

Senang je masak ayam sos ni. Kalau nak pedas, boleh letak cili padi, cili kering, cili giling ataupun serbuk cili. Kalau tak mahu pedas, guna sos cili tu pun dah mencukupi. Orang Sarawak memang tak makan pedas. Guna sos cili Maggie dalam botol tu dah cun rasanya. Selamat mencuba resepi ayam masak merah sedap dan mudah kasi korang terangkat nak makan bertambah-tambah :)

3 comments

yang penting simple dan sedap..

Waduhhhh.. mmg feveret ni.. menyelerakan.. :)


EmoticonEmoticon