Ajaibnya Cinta Episod Akhir

Sinopsis Drama TV3 Ajaibnya Cinta Episod Akhir

Halimatun (Nora Danish) anak Mak Cun (Eirma Fatima) menghilangkan diri selepas hubungannya bersama Akif (Shaheizy Sam) renggang. Risau dengan keadaan anaknya, Mak Cun datang ke Kuala Lumpur untuk menemui Halimatun. Malangnya, Halimatun tiada di rumah.

Drama TV3 Ajaibnya Cinta episod akhir, review sinopsis episod terakhir Ajaibnya Cinta, gambar drama Ajaibnya Cinta TV3, pelakon Ajaibnya Cinta, cerita Ajaibnya Cinta episod akhir, last episode, ending Ajaibnya Cinta, episod kemuncak

Hammara (Sharifah Amani) dan Cinta (Lana Nordin) menagih janji dari Akif. Mereka inginkan kepastian perasaan Akif terhadap diri mereka. Akif meminta untuk diberikan masa. Rasa seperti ditipu, Hammara dan Cinta bengang terhadap Akif. Situasi tidak dapat dikawal bila Hammara dan Cinta mendesak Akif memberikan jawapan segera. Akif segera berlalu dengan fikiran yang serabut.

Semasa memandu, Akif teringat kembali janji manisnya bersama Halimatun. Bahawa dirinya ingin menjadikan Halimatun sebagai isterinya. Mengingati akan sikap prihatinnya yang disalah anggap, Akif berasa serba salah terhadap Hammara dan Cinta. Ketika hampir di lampu isyarat, Akif terkejut melihat kelibat Halimatun.

Halimatun sudah berhijab penuh dengan menggayakan pakaian kurung. Hati Akif dipaut rindu terhadap Halimatun. Halimatun segera beredar pergi.

Perubahan Halimatun amat disukai Mak Cun. Dia bersyukur akhirnya anaknya memilih jalan yang tepat. Halimatun memberitahu ibunya bahawa dia ingin berhenti kerja sebagai pereka fesyen namun akan memulakan perniagaan butik baju muslimah. Kini hati Halimatun lebih tenang.

Pak Akub (Dato Rahim Razali) yang sentiasa dahagakan cinta Mak Cun setia menunggu Mak Cun balik dari KL. Segalanya menjadi kecoh bila Pak Akob sekali lagi menyatakan niatnya memperisterikan Mak Cun. Mak Cun menolak pantas. Baginya, cintanya hanya untuk arwah suaminya. Walaupun ditolak, Pak Akob tetap setia menunggu keputusan Mak Cun.

Halimatun menikmati keindahan sawah di kampungnya. Memori dia bersama Akif menggamit kenangan lalu. Teringat akan janji Akif padanya. Ingin menjadikannya suri hatinya. Siapa menduga orang yang Halimatun sedang bayangkan tiba-tiba datang menjelma. Akif datang menemui Halimatun. Akif menyatakan lamarannya pada Halimatun dan segera berjumpa Mak Cun untuk menyatkan hasrat hatinya. Halimatun tersenyum bahagia. – TAMAT -

Pelakon yang menjayakan drama Ajaibnya Cinta Episod Akhir

Nora Danish - Halimatun
Shaheizy Sam - Akif
Eirma Fatima - Mak Cun
Sharifah Amani – Hammara
Lana Nordin - Cinta
Dato Rahim Razali - Pak Akob
Balkisyh Semundur Khan - Saidatul
Betty Rahmad - Maya
Norish Karman - Suzana
Mimi Ernida - Mia

Gambar Drama Ajaibnya Cinta

Drama TV3 Ajaibnya Cinta episod akhir, review sinopsis episod terakhir Ajaibnya Cinta, gambar drama Ajaibnya Cinta TV3, pelakon Ajaibnya Cinta, cerita Ajaibnya Cinta episod akhir, last episode, ending Ajaibnya Cinta, episod kemuncak

Lepas sebulan drama Ajaibnya Cinta ditayangkan, kini ia sampai ke episod penghujung. Episod last malam ni. Ada sesiapa yang tengok jugak ke? So, ending drama Ajaibnya Cinta ni puas hati tak?

Drama Ajaibnya Cinta Episod Akhir Slot Lestary
Ajaibnya Cinta merupakan kesinambungan telefilem Spain Uoolss
Tarikh drama Ajaibnya Cinta Episod Akhir disiarkan: 29 April 2015
Hari: Rabu
Jam: 9.00 malam
Saluran: TV3

8 comments

tengok separuh jer semalam.. apapun ok laa ending dia..

tun dgn akiff jugak akhirnya

TQ,,malam tadi tak sempat tengok episod ni. OK lah last2 ngan Tun jugak si Akif tu.

Suka sgt bila akif pilih tun. Hampir2 terlupa semalam nk tengok Ajaibnya Cinta Episod Akhir

Kannnnn... kesian kat hammara n cinta

Ingatkan Ajaibnya Cinta Episod Akhir akif pilih hammara rupanya tun

As salam,

azney singgah jenjalan sini :)


xoxo,
azneyshamsuddin


EmoticonEmoticon