Menang Contest Teka Dapat Hadiah RM50

Alhamdulillah, syukur ke hadratNya atas setiap rezeki yang diberikanNya. Hari Jumaat hari ni, salam Jumaat buat pembaca semua. Semoga diberi kesihatan yang sejahtera dan dipermudahkan urusan. Dengan riang rianya aku nak kongsi kegembiraan aku kat pembaca semua. Rasa nak jerit terover happy, “Yey! Menang weh! Menang main teka-teka! Tak sangka tekaanku di antara yang hampir tepat. Dapat hadiah duit! Yeyey!”

 Seronoknya! Dengan teka sahaja boleh menang hadiah wang tunai RM50!!!
Tahniah buat 2 lagi pemenang contest teka tersebut. Nak tahu siapa pemenang tersebut? Mungkinkah anda??? Haaa! Semak nama pemenang di sini: PEMENANG TEKA BERAT BADAN BABY AMAL

Rezeki Menang Hadiah Wang Tunai - Contest Teka Berat Badan Baby

Contest ni memerlukan peserta untuk teka berat badan baby. Anjuran blogger IRRAYAN.COM. Pasal baby-baby ni semua, aku tak reti sangat pun, belum ada pengalaman. Purata normal berat badan baby lahir berapa pun aku tak tahu. Aku teka main hentam kromo je. Juga aku tak pasti sama ada tekaan aku sama dengan peserta lain ke tak.
  
Seronoknya! Dengan teka sahaja boleh menang hadiah wang tunai RM50!!!

Semalam, sebelum masuk tidur aku sempat buka telefon aku. Tengok-tengok ada mesej kat WhatsApp masuk. Penganjur bagi link entry dia. Aku pun buka la. Alangkah segarnya bijik mata aku. Padahal mata dah ngantuk giler lepas update blog. ‘Eh aku menang main teka-teka la!’. Bibir asyik menguntum senyum je. Happy lettew!

Lama Tak Menang

Walaupun aku selalu join contest/segmen/giveaway, tapi jarang nama aku naik. Pendek kata, jarang dapat cabutan bertuah. Tapi dah hobi aku join segmen, aku tak kisah sangat. Lagipun dah namanya cabutan bertuah, hanya yang bertuah saja yang dapat hadiah. Takpe. Join aktiviti macam ni, boleh kembangkan rakan blogger, kembangkan rangkaian blog, juga boleh naikkan trafik blog. Bila dapat mesej semalam, happy nya aku. Rasa lama sangat tak menang apa-apa hadiah. Hihi.. Macam budak-budak kena bagi gula-gula. Betapa terujanya aku. Syukur alhamdulillah..

Ucapan Penghargaan Buat Penganjur & Penaja Hadiah

Terima kasih buat penganjur iaitu blogger IRRAYAN sebab anjurkan contest teka-teka yang mudah macam ni. Seronok dapat sertainya. Juga buat penaja hadiah, terima kasih banyak-banyak, moga anda semua termasuk penganjur dimurahkan rezeki. Moga baby Amal membesar jadi anak yang sihat, bijak, berbakti pada orang tua, berjaya di dunia dan di akhirat.

EXCHANGE FEED GROUP

Kalau nak tahu, penganjur IRRAYAN merupakan pengasas kepada Exchange Feed Group. Group EFG ni merupakan salah satu cara blogger untuk mempromosikan blog masing-masing. Dijemput semua rakan blogger untuk turut sertainya, info lanjut berkaitan penyertaan anda, anda boleh la berhubung secara terus kepada blogger IRRAYAN.
Seronoknya! Dengan teka sahaja boleh menang hadiah wang tunai RM50!!!

18 comments

Auuuu..rezeki, tahniah dear...

tahniah dear..terima kasih banyak2..siap promote EFG :* tq tq

tahniah Yumida.. rezeki tuh..

wahhh...... T A H N I A H ! hihi, ok.nnati sy review produk bust up expresss tuuu......

hahaa.tgk la kesan cmne...pling cpt 5 hri..hooooooo, logik ke idokk..wait n seee... :)

Tahniah Yumida, terima kasih promote EFG juga :)

tahniah kak.. :) siap promot EFG lagi.. semoga murah rezeki selalu :)

Alhamdulillah tahniah... rezeki.. :)


EmoticonEmoticon