Fattah Amin pelakon utama Cinta Ibadah dan Playboy Itu Suami Aku
Dah tengok telenovela Cinta Ibadah? Yang mana pelakon utama
Cinta Ibadah ni diterajui oleh Fattah Amin yang membawa watak Hariz. Kalau
dulu, Fattah Amin pernah berlakon dalam drama bersiri pukul 7 tu, Playboy Itu Suami Aku, yang mana waktu
tu Fattah Amin bawa watak sebagai Raja Adrian Benjamin. Kedua-dua drama
tersebut meletakkan Fattah Amin sebagai
watak utama.
Fattah Amin dilabel pelakon kayu!
Ya, aku amat akui part tu. Lakonan Fattah
Amin belum begitu berkesan. Watak lakonan yang tak menjadi. Feel tak sampai
kepada penonton. Lakonan yang hambar. Paling ketara lakonan Fattah Amin dalam
drama Playboy Itu Suami Aku. Drama yang paling banyak menerima kritikan
daripada penonton. Gara-gara pelakon utamanya kurang menyengat, dalam erti kata
lain pelakon kayu.
Menerusi telenovela terbaru iaitu
Cinta Ibadah, bagi aku pihak produksi mengambil risiko besar apabila Fattah Amin
menggalas watak utama. Kalau nak tahu, telenovela ni merupakan drama terpanjang
yang disiarkan menerusi Astro Prima 105 dan Astro Maya HD 135. Persoalannya..
Masihkah label pelakon kayu itu melekat dalam diri Fattah Amin?
Komen lakonan Fattah Amin dalam Cinta Ibadah
Dalam telenovela terpanjang ni, ya
masih ada sedikit canggung lakonan Fattah Amin. Ada kalanya watak dibawakan
dalam mode marah, bahagia, mesra agak kurang menjadi. Feel tak sampai. Tak
begitu menusuk hati penonton. Tak begitu membuatkan aku sedih teramat, bahagia
teramat, stress teramat. Coz lakonannya masih kurang memberi impak. Tapi..ada
sesuatu yang positif. Nampak sedikit perubahan berbanding lakonannya dalam
drama Playboy Itu Suami Aku suatu ketika dulu. Ok la kan. Ada menunjukkan
peningkatan.
Komen Fattah Amin apabila dilabel pelakon kayu
Ditanya sama ada rimas atau tidak
digelar sebagai pelakon kayu, Fattah berkata, dia menerima segala kritikan itu
dengan hati yang terbuka. Namun, dia berharap agar dirinya tidak terus dikenali
dengan gelaran tersebut. Saya tidak menyangkal jika ada orang mengatakan saya
dikenali kerana mutu lakonan ini yang kurang memberangsangkan.
- Fattah Amin -
Sangat kagum pada Fattah Amin ni.
Walaupun pernah dilemparkan kritikan lakonan kayunya, namun dia tetap memberi
respon positif. Menerima kritikan dengan hati terbuka. Harap segala kritikan diberi
penonton memberi nilai tambah mutu lakonannya.
Fattah Amin pelakon kacak menjadi kegilaan anak buah aku
Kalau ditanya pada anak buah aku yang
masih di tahun 1, 2 dan 4. Drama manakah yang paling mereka sukai. Pastinya
mereka akan cakap drama kesukaan mereka Playboy Itu Suami Aku. Sebab? Katanya
hero drama tu kacak orangnya. Malah sampai sekarang masing ingat nama hero tu, Fattah
Amin! Terbukti kekacakkan Fattah Amin di mata anak buah aku. Hihihi..
6 comments
kdg2 kritik yg membina tuh bagus...
tapi klu kritik yang menjatuhkan tuh yg x leh tahan tuh..:)
Huhu..ramai sangat dah lambakan pelakon baru sekarang ni. Drama baru je, muka baru.
http://aksarabiruu.blogspot.com/2014/10/giveaway-by-gobokita-aksara-biru.html?m=1
salam Jumaat :) semoga hidup kita diberkati..
tapi diakui jugaklah dia berlakon memang macam kaku sikit... i use the words kaku instead of kayu...hu hu hu...salam jumaat dear...
Good.blog walking ..jemput ke blog
Makin hensem dah nya tok ;D
EmoticonEmoticon