Lama pulak
rasanya tak buat entry pasal Nuffnang
ku sayang ni. Mungkin Nuffnang rindu
kot nak kena tag kat entry aku.
Huahuahua (gelak jahat). Wokeh hari ni aku nak cerita pasal status Glitterati
Nuffnang yang sekejap ada sekejap menghilang. Kalau hilang kat mana nak cari
balik status Glitterati ni? Ker..nak cari dalam coklat Chipsmore. Ada ker? Jeng
jeng jeng..
Status Glitterati Nuffnang Bertukar Jadi Non Glitterati
Al kisah
hari Isnin yang lepas, aku nak tengok apa keyword
yang masuk dalam blog aku ni. Terkejut mataku melihat kaler hijau kat status Glitterati
aku. Kalau hijau, itu maknanya status Nuffnang aku Non Glitterati. Adeh! Apa kes tetiba Glitterati aku bertukar pulak ni. Padahal tak curang pun. Walaupun
kat minda aku kuat mengatakan aku nak curang letak iklan lain. Tapi tindakannya
belum ada. Ker Nuffnang pandai baca minda aku. Lagi sekali, jeng jeng jeng..
Cara Atasi Masalah Bila Status Nuffnang Bertukar Jadi Non Glitterati
Eh senang
je la nak selesaikan masalah ni. Andai kata korang sendiri terkena macam ni,
wokeh, rilex je dulu. Pergi ke akaun
Nuffnang korang, pergi ke bahagian SUBMIT
TICKET. Bagitau kat pihak Nuffnang apa masalah yang korang hadapi. Kalau dalam
kes ni, status menjadi non Glitterati.
Padahal dah terang dan nyata korang tak buat salah.
Apa kesalahan
yang boleh menyebabkan kita kehilangan
status Glitterati Nuffnang? Meletakkan iklan pesaing Nuffnang. Contohnya letak
iklan Komli. So, kalau korang bimbang status Glitterati korang akan terjejas,
tanya dulu kat pihak Nuffnang, boleh ke tak letak iklan itu, iklan ini. Supaya
kita tak hadapi masalah di masa akan datang. Nuffnang ni ada cerewet sikit.
So far,
aku pernah letak iklan Geniee SSP,
Innity sekali dengan Nuffnang. Masa
tu, aku masih lagi berstatus Glitterati.
Tapi kalau sistem dah berubah, mereka akan tukar status kita ke non Glitterati.
Means, iklan tu dah bertaraf pesaing mereka. Jadi, kena sentiasa berhubung
dnegan pihak Nuffnang.
Lepas
hantar tiket pertanyaan kat Nuffnang
dan memberitahu masalah kita secara terperinci, mereka akan kaji balik. Mungkin
ada kesilapan teknikal kat sistem mereka. Hari ni berstatus Non Glitterati, esoknya kita semak balik kat akaun
Nuffnang, status dah dikembalikan Glitterati
asal ke belum. Kalau macam kes aku, taraaaa! Esoknya dah pulih. Status Glitterati dikembalikan sedia kala.
Kalau tak esoknya, semak lagi hari keesokannya. Kalau tak ada respon, hantar
lagi tiket kat Nuffnang, ajukan lagi persoalan tersebut. Sampai la masalah ni
selesai.
Rasa macam
nak cashout Nuffnang hujung bulan
ni. Ermm ker nak tunggu lagi, kasi beranak pinak. Alhamdulillah, rezeki berblog
ada la sikit-sikit. Sambil berblog sambil jana pendapatan sampingan. Moga rezeki
kita mendapat keberkatan dariNya.
Artikel
menarik berkaitan Nuffnang:
DOA
DIMURAHKAN REZEKI
Ya Allah..apabila rezeki diriku & rakan
bloggerku yang lain ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam
bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka
dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka
perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk
mendapatkannya.
Juga berilah keberkatan terhadap rezeki
tersebut, dan berikanlah rezeki pada diriku & rakan
bloggerku yang lain dengan rezeki yang halal dan baik, serta
banyak lagi keberkatan sehinggakan diriku & rakan
bloggerku yang lain tidak memerlukan sesiapa selain dariMu, sesungguhnya
Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu. Aamin.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
14 comments
buat masa ni takde masalah lagi...
Pernah kene skali mcm ni..tp sehari dah ok, alhamdulillah..hehe
tak pernah lagi jadi..alhamdulillah..dah settle..:)
anum pun pernah kena
SINGGAH CARI ILMU NUFFNANG...TQ
oo..ye ke..tak perasan pulak
Singgah pagi..
buat mase skrg nie..nieyl punye okey lagi :)
dah lama tukar status T______T
info yang berguna tok
owh..tq for informasi
pernah jadi dulu..hehehe
mesti gabra gila kalau tetiba status berubah jadik non glitterati..
Dugaan tu klu kena mcm tu especially klu tak buat apa2 kesalahan. Mujurlah dpt berhubung dan selesaikan. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki ye.. :)
Teringin nak merasa duit nuffnang. Hehe