Tarikh
hari ni iaitu 18 April 2015
merupakan hari pertama pelancaran Pesta
Kaul. Pesta Kaul merupakan perayaan masyarakat Melanau di Mukah. Pastinya kat
Mukah sekarang ni tengah sesak dengan kereta, hotel pun penuh. Setiap tahun Pesta Kaul Mukah diadakan, mesti aku
dan hb akan pergi. Cuma tahun ni je tak dapat pergi. Jimat bajet. Coz baru je
keluar Selasa lepas.
Tarikh
mula Pesta Kaul Mukah 2015: 18 April 2015
Tarikh
tamat Pesta Kaul Mukah 2015: 24 April 2015
Apa yang menariknya pasal Pesta Kaul Mukah?
Bagi aku,
aku suka pesta macam ni. Pesta tu bukan la bermaksud kita kita berlibur-lara
sampai tak ingat dunia. Pesta Kaul Mukah
ni mempersembahkan tentang keunikan budaya masyarakat Melanau. Tentang tarian,
tentang makanan tradisional, barangan antik, senibina rumah Melanau lama dan
sebagainya.
Pesta Kaul Mukah tahun 2012
Part paling
aku suka gerai jual-jualan. Bersusun panjang u olls! Macam-macam bau yang
menggoda selera dan perut korang. Especially bau ayam panggang, jagung bakar. Paling
laku gerai jual air. Ye la bila dah berjalan jauh mesti la haus, dengan
panasnya lagi. Sure tergoda dengan jualan air ais yang meleleh tu.
Pesta Kaul Mukah tahun 2014
Pakaian
juga turut dijual. Ada baju, seluar, blouse, tudung, selipar, beg tangan dan
sebagainya. Ada permainan jugak. Permainan layang-layang besar. Biasanya aktiviti
ni diadakan kat tepi laut Pantai Kaul
kat Mukah tu. Layang-layang terbang
tinggi dan bersaiz gergasi.
Ada permainan
menggolek batang pokok sagu, pertandingan makan ulat sagu (yang Islam tak boleh
makan sebab ianya dah diharamkan), permainan mengangkat batang pokok besar. Banyak
la permainan diadakan.
Ada sukaneka juga. Mengguling batang pokok.
Permainan
tibau yang sangat popular di kalangan masyarakat Melanau
Pertandingan
ratu cantik juga turut diadakan kat Pesta Kaul Mukah. Gadis-gadis jelitawan berbangsa Melanau. Pertandingan menyanyi.
Fuh banyak bangat!
Orang ramai lalu lalang di Pesta Kaul Mukah
Pameran
kerjaya dan juga produk tempatan juga diadakan di lokasi tertutup di Pesta Kaul Mukah. Best masuk dalam tu,
sebab ada aircond. Macam-macam pameran ada, mengenai perniagaan sarang burung,
pameran SCORE Sarawak, pameran produk keluaran Malaysia. Produk tempatan yang
dijual harga rendah dan murah berbanding harga kat pasaran.
Gerai jualan yang cantik! Bermacam dekorasi tradisional! Unik!
Pesta Kaul Mukah 2015 semestinya lagi rancak dengan sebelum-sebelum
ni. Jeles tak dapat pergi. Huhuhu… Sesiapa ada pergi meh kongsi pengalaman
korang kat kotak komen di bawah. Ataupun korang baru tahu pasal Pesta Kaul Mukah ni? Rasanya ramai
orang Semenanjung kurang tahu Pesta Kaul
Mukah ni. Sebab pesta ni hanya diadakan kat Mukah je. Agak jauh dari
bandaraya Kuching. Tapi kalau korang pernah ke Pesta Kaul Mukah memang awesome!
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
4 comments
last aku pegi tahun 2012, memang syok tengok permainan tibau. Takpe, next year ada lagi. pesta kebudayaan mcm ni memang harus dikekalkan supaya generasi muda ingat dan tahu asal usul mereka. :)
Oh pesta masyarakat melanau rupanya, macam seronok je.
banyak aktivitinya ni ...
Belum pernah ke pesta Kaul.