Harap
maklum, bukan aku yang menang tapi orang lain. Nak update betapa teruja orang
ni bila disahkan dia pemenang menerusi cabutan
bertuah Sijil Simpanan Premium (SSP BSN). Kereta Axia lagi tu. Wah! Untung
la. Pemenang lucky draw Sijil
Simpanan Premium (SSP BSN) adalah orang Sabah menerusi cabutan yang dibuat
bulan Februari lepas. Inilah dinamakan rezeki durian runtuh! Mahal tu wei
kereta Axia. Siapa yang nak kasi kita free…
Aku
pernah terbaca yang konsep SSP BSN
ni tak halal. Ye ke? Tapi menurut pihak Bank Simpanan Nasional (BSN), SSP ni merupakan
produk simpanan patuh syariah berasaskan
konsep mudharabah. Untuk lebih lanjut, boleh baca: Status
Terkini Pematuhan Syariah Skim Sijil Simpanan Premium BSN. Jadi, lepas baca
keterangan pihak BSN dan fatwa tersebut, barulah aku yakin yang SSP BSN dibolehkan.
Lagipun
ianya jugak berkonsepkan menabung. Aku pun baru berjinak-jinak dalam bidang ni.
Daripada kita buang duit dengan terkejar-kejar beli gajet baru, better duit tu
kita buat sebagai tabungan. Lagi banyak manfaatnya. Sambil menabung kita jugak berpeluang menang
hadiah cabutan bertuah. Tak rugi pun, beruntung lagi ada.
So far
aku dah beli Sijil Simpanan Premium (SSP)
ni dengan menggunakan duit hasil
berblog. I unit nilai sijil SSP tu berharga RM10. So, aku beli 110 unit. Then,
aku hadiahkan 50 unit sijil SSP kat hb sempena birthday dia bulan Mac lepas. Total
RM1,600. Sekali lagi, dengan guna duit berblogging. Yey! Seronoknya! Tak kisah
kalau tak menang cabutan bertuah pun, sebab dengan beli sijil SSP BSN macam ni, ia bagi peluang menabung untuk kegunaan
kita di masa hadapan.
Sekarang
dah masuk zaman GST. Barangan dan
perkhidmatan dah memasingnya dikenakan cukai
6 peratus. Bila aku belek-belek baju yang dijual kat kedai, aku fikir 2-3
kali nak beli. Sebab dengan pembelian baju tu, kita juga perlu bayar caj cukai
6%. Menjadikan aku seorang pemikir, kalau dulu nak beli barang main bedal je.
Last-last,
aku buat keputusan bijak. Bila baju dah tak elok dalam erti kata lusuh, baru
beli baju baru. Duit untuk beli baju tu digunakan untuk menabung je. Simpan kat
bank. Boleh jugak dimasukkan sebagai dana untuk beli Sijil Simpanan Premium BSN (SSP). Menabung + menabung + menabung. Semenjak GST wujud, aku jadi lebih kedekut.
Kikiki..kedekut takmo membazir.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
9 comments
itulah bulan nih tak terasa nak membeli sangat.. beli apa yang patut jer.. apapaun semoga ada luck untuk Yumida dan husband nanti..
Salam. Hee semoga berjaya ;p
Selamat maju jaya
yup,sekarang ni kena lebih pentingkan menabung.jimat cermat wei.
jom kita menabung... :D
Cara menabung antara yg terbaik kan.. selamat menabung dan semoga berjaya.. :)
Wah.. Menarik juga tu kn..
Cer tanya...y menang hadiah kereta tu min mau ada brp belas ribu br ble dpt bmw atau mercedes ya?
budak yg menang kereta hari tu dia baru 6 bulan beli sijil ssp terus menang bmw. entah berapa dia labur beli sijil ssp bsn. dah rezeki dia. kita pulak masih menunggu giliran, mudahan ada kemenangan tahun 2016 ni