Blogger Copy Paste Tanpa Bagi Link Kredit (Sumber Asal)

As salam buat rakan pembaca,

Hish, malas sungguh aku nak ulas benda ni. Isu ni dah basi pun beberapa tahun yang dulu, since kecoh pasal perletakkan sumber asal dari mana sumber info tu kita perolehi. Especially di kalangan blogger, kalau kita copy paste info dari sumber tu, kena masukkan link sumber tu dalam artikel kita. Memberi link kredit bagi idea si pemikir asal.

Blogger BERETIKA
Blogger yang beretika, yang tahu peranan seorang blogger, pastinya bertanggungjawab pada info rujukan yang dia perolehi melalui sumber lain. Akan menyatakan dari mana sesuatu info tu diperolehi. Memberikan link kredit pada website / blog tersebut. Malahan isi artikel tidak disalin bulat-bulat, dibuat ubahan ayat mengikut cara penulisan blogger tersebut.

Blogger TAK BERETIKA
Blogger COPY PASTE sebegini yang orang tak suka. Sudah la artikel disalin bulat-bulat, tidak memberikan link kredit pada pemilik asal artikel tersebut. Tiada sumber asal diletakkan. Melenyapkan link pemilik asal dalam artikel tersebut dan menggantikan link lenyap tersebut kepada internal link yang direct ke artikel dia sendiri. Seolah-olah mengakui itu adalah hasil perahan idea dia sendiri. Walhal… itu adalah hasil kerja orang lain.

Blogger copy paste tanpa bagi link kredit sumber asal artikel blog, blogger rembat artikel orang lain, blogger tak beretika menulis blog, blogger pencuri artikel orang lain, blogger kontroversi tak malu curi entry blog orang lain, blogger melampau cetak rompak artikel blog, blogger terlampau copy paste, blogger plagiat artikel

Kes Blogger Copy Paste & Habit Tak Suka Bagi Link Kredit
Tahun 2014 dan kini tahun 2015, rasanya semua blogger dah tahu cara menjadi blogger beretika. Kalau sebelum-sebelum ni, blogger tak tahu, agak logik, sebab dulu kurang pendedahan mengenai perletakkan sumber rujukan asal. Macam mana pulak kes, blogger tersebut tahu isu blogger beretika tapi tak mahu membuat link kredit sumber asal di dalam artikel dia? Blogger macam ni, aku mohon.. Sisipkanlah kesedaran dalam diri. Hormat idea pemikir asal info tersebut.

Blogger copy paste tanpa bagi link kredit sumber asal artikel blog, blogger rembat artikel orang lain, blogger tak beretika menulis blog, blogger pencuri artikel orang lain, blogger kontroversi tak malu curi entry blog orang lain, blogger melampau cetak rompak artikel blog, blogger terlampau copy paste, blogger plagiat artikel

Rasanya sekadar nak bagi link kredit tu, bukanlah perkara yang besar. Semudah dia menyalin artikel itu, semudah itulah.

Kes Artikel Blog Di Curi Tanpa Bagi Rujukan Sumber Asal
Beberapa minggu lepas, aku terbaca luahan hati blogger terkenal dalam bidang masakan: Adnan Ibrahim a.k.a Che Mat Gebu. Katanya, ada sesetengah blogger dan juga pengguna Facebook yang mengambil hasil kerja penulisannya. Sudah la resepinya disalin 100 peratus, tak ada bagi link kredit ke artikel dia, gambar resepi pulak di crop dan dimasukkan nama si pencuri artikel tu. Lepas tu kes artikel Buasir Otak dicetak rompak tanpa pemberian link kredit. Meletup-letup di laman Facebook. Bahana jika kita tidak menjaga etika penulisan kita.

Kes Artikel Blog Aku Di Curi Tanpa Bagi Link Kredit
Walaupun aku tak begitu famous, tapi ada jugak yang sudi ambil usaha kerjaku, salinan isi artikel tanpa pemberian kredit rujukan sumber asal. Penat la jugak aku duk ngadap tv sambil hafal isi cerita-ceriti, al maklum la kebanyakan artikel dalam blog aku ni berkisarkan pasal sinopsis drama, program realiti tv, blablabla.. Kalau tiru sambil bagi link kredit, berbunga la jugak hati aku. At least ada yang masih sedar itu adalah hasil usaha kerja orang.

Malah ada jugak kes, diubah sikit isi ayat dalam artikel tu, buat gaya penulisan dia, sambil masukkan warna font yang berwarna warni. Mungkin nak kasi orang cakap, ooo memang gini la gaya dia menulis blog. Tapi yang kantoinya, jalan cerita tetap sama. Adoyai…

Sebelum-sebelum ni, ada jugak artikel aku sudi ditiru oleh orang lain. Pun sama gak, kes kedekut nak bagi link kredit. Mungkin jugak kes jari trauma dan fobia nak menaip letak sumber rujukan asal. Zaman sekarang, berlumba-lumba blogger nak up entry, tak kisah apa pun caranya. Janji blog update, janji trafik blog meletup, janji income blog masuk. Sampai lupa nak baca dan faham bagaimana nak jadi blogger beretika. Tengah seronok sangat kot, artikel dirinya jadi rujukan pembaca berjuta-juta.

Blogger copy paste tanpa bagi link kredit sumber asal artikel blog, blogger rembat artikel orang lain, blogger tak beretika menulis blog, blogger pencuri artikel orang lain, blogger kontroversi tak malu curi entry blog orang lain, blogger melampau cetak rompak artikel blog, blogger terlampau copy paste, blogger plagiat artikel
Kredit foto blogger plagiat 1 2 3   

Yang baik kita jadikan teladan. Yang tak bagus, kita jadikan iktibar dan pengajaran. Mengapa nak teruskan buat benda tak betul bila kita dah tahu tindakan kita adalah salah. Sama-samalah kita bermuhasabah diri. Leceh betul isu ni nak dibicarakan. Kannn… Lap air liur terpercik kat lappy jap.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

23 comments

Assalammualaikum... yumida,

kes copy paste nie.. sukar nak bendung kan... pape kita kena jadi blogger yang beretika dengan masukkan link sumber asal... yer tak?

mselim3

dah selalu berlaku di dalam komuniti blogger kita kan..harap tidak di kategorikan blogger seperti itu..

aah kes copy paste makan tahun lamanya
nak bagi backlink artikel ... mudah je, tapi ada yg malas buat

aah kak blogger plagiat hasil kerja orang lain tanpa nyatakan sumber asal gejala kurang sihat di alam maya

haha..yang tu kelakar
salin tak ingat dunia, semua nak disalin sebijik
mungkin kesilapan kederasan menyalin, super laju
pernah jumpa gak yang macam tu

cetak rompak versi blog... penat2 curah idea, perah otak... orang senang2 copy paste macam tu.... memang sedih ler... hampa pun ye gak kan?

That y me suka kawan yg berkualiti tak kejarkan kuantiti follower....ramai berlumba2 nak glamour u hahahaha

That y me suka kawan yg berkualiti tak kejarkan kuantiti follower....ramai berlumba2 nak glamour u hahahaha

That y me suka kawan yg berkualiti tak kejarkan kuantiti follower....ramai berlumba2 nak glamour u hahahaha

semua tuh nak glamor jer lebih jer Yumida sambil nak upkan traffic la tuh..

mun amek org pun entry, credit jaklah nak? mun suma maok di copy dan sik mok credit... nang dasar plagiarism . bait iboh molah blog.

Assalam Yumida...lama bunda tak ziarah sini...apa kabar?

begitu senang bagi kredit...tulis nama asal orang tu..

Kes macam ini sudah lama berlaku. Sifat macam ini tak memberi kredit asal kepada penulisan adalah satu kesalahan yang tidak rasmi.

Kasihan wahai plagiat. betapa penat menulis entri yang panjang lebar . Ada otak berfikir sejenak :3

kenapakah kurang nilai2 murni si plagiat. shad pernah kena jugak, time tu join giveaway yang nakkan kekreatifan entry.. time blogwalking, mmg sejibik sangat ayat2 yg dia tulis dgn entry shad... wooaaahhh, hebatnye main copy paste mcm tukan.. agak berapi jugak, tapi tak berani nak sound, sebab org yg copy tu umur lagi tua dari shad.. bertabahlah hati ni.. sob sob..

sakit hati kan bila terkena macam ni, apa matlamat dia berblog entahlah.. bukan susah nak kredit pun..

Perkara ni biasa berlaku. Terutama pada photographer. Gambar diambil tanpa di minta keizinan. Lepas tu mengaku hak milik mereka.

ZH Blogger

Bila jadi macam ni rasa macam nak disable right click pulak. Hehe. To be honest, awal-awal dulu SR pernah buat copy paste ni tapi sekarang dah tak sebab dah ada kesedaran tentang 'menciplak' penulisan orang lain. Semoga dengan adanya entri ini dapat beri kesedaran kepada yang lain.

memang tidak patutlah pakai salin bulat2 tanpa kredit kepada penulis asal. Memanglah ilmu dan ilham itu bukan milik kita tetapi kita sepatutnya memberi penghargaan kepada penulis asal yang mendapat ilham...

Pernah kena juga.. Hmm.. Mujur diselesaikan dgn baik... Memang kalau hal berkaitan info dan fakta kena ceduk dr sumber lain sbb kita tak arif mengenainya... Tapi kalau based pengalaman penulis sendiri tak patut ditiru dan mengaku diri sendiri yg punya...

Heheee.. masalah khabisan idea kali. Hahaa

Mmg bengang dgn lanun copy paste ni. Bukan lokek apa, cuma cara tu salah. Matlamat tak menghalalkan cara... apatah lagi dpt hasil dari copy paste tu. Tak mcm makan hasil curi ke, kan hhmmm

Oh..macam macam mereka nie. Tak salah hargai hasil kerja orang lain. Penat dia mencari idea kot. Hmmm