Apa Itu Sijil Simpanan Premium (SSP BSN)
Sijil Simpanan Premium (SSP) merupakan
produk Bank Simpanan Nasional (BSN) atau lebih senang aku panggil SSP
BSN. Produk SSP BSN ni produk yang patuh syariah, yang berasaskan
konsep mudharabah. Menerusi SSP BSN, kita boleh menyimpan wang. Ala-ala
menabung kat bank, pada masa yang sama kita berpeluang untuk menang
hadiah cabutan bertuah. Haaa? Seronok tak?
Harga Pembelian Sijil Simpanan Premium (SSP BSN)
Yang belum
pernah dengar pasal SSP BSN mesti fikir kena labur banyak duit. Tak la! Hanya dengan
pembelian RM10 kita dah pegang 1 unit Sijil Simpanan Premium (SSP).
Sebab SSP BSN ni paling minimum kita boleh beli sijil pada nilai RM10. Nak beli
1 unit SSP pun boleh. Kira kita menyimpan wang kat BSN RM10 atas nilai sijil. Tapi
kalau simpan banyak, lagi bagus. Kan dah kata ia berkonsepkan menabung. Tak
rugi pun. Sambil memiliki sijil SSP BSN, kita boleh memperoleh keuntungan
(dividen). Bergantung pada jumlah simpanan wang kita.
Tawaran Hadiah Untuk Pemenang Sijil Simpanan Premium BSN Tahun 2015
Fuh! Hebat giler
hadiahnya! Untung siapa yang dapat. Rezeki mereka. Untuk tahun ni, iaitu tahun
2015, hadiah makin bertambah dengan tawaran hadiah super grand. Pihak BSN
menawarkan bilangan hadiah cabutan SSP melebihi 88,000 hadiah dengan
nilai sebanyak RM18 juta. Ada 260 kali cabutan bertuah SSP
dalam setahun. Purata pemenang setiap bulan adalah melebihi 7,000 orang. Pengsan!
Tak ke geram hati korang tengok angka tu. Even peluang nak menang tu tipis,
tapi tak salah kalau kita berniat untuk menabung.
Gambar sample Sijil Simpanan Premium BSN
Kelebihan & Manfaat Beli Sijil SSP BSN
Kaedah
pembelian sijil SSP BSN bagi aku amatlah berbaloi! Memberi manfaat buat kita
sebagai penyimpan sijil SSP. Sambil menyimpan wang, memupuk diri kita belajar menabung,
penting tau menabung bermula sekarang. Mana tahu ada kes kecemasan yang
perlukan kita keluarkan wang di masa akan datang. Ataupun untuk pendidikan
anak-anak ke. Malah penyimpan sijil SSP juga layak untuk
memohon Pembiayaan Sandaran-i BSN AFLAH SSP.
Gambar resit
Sijil Simpanan Premium SSP BSN yang dibeli bulan Februari 2015
See, aku pun
dah terjebak sama. Menabung, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Mana tahu ada
tuah kat cabutan SSP. Bonus tuu!
Syarat Menyimpan & Membeli Sijil SSP BSN
Simpanan
minimum sijil SSP BSN ialah berkadar RM10 untuk 1 unit. 1 unit ni dalam bentuk
nombor angka giliran. Kot-kot dapat rezeki durian runtuh. Tiba-tiba menang
cabutan bertuah SSP BSN, tak ke untung tu. Sebab tu sijil SSP BSN ni special,
sambil menyimpan wang dengan memiliki sijil SSP, kita berpeluang menang lucky
draw. Baru-baru ni, ada orang menang kereta AXIA. Boleh baca kisahnya di sini: Menang
Hadiah Kereta Sijil Simpanan Premium (SSP BSN)
Pembelian sijil SSP ni tiada had maksimum. Kalau ada
duit ribu-riban, boleh beli banyak mana sekalipun. Tak terhad. Pembelian sijil
SSP BSN ni terbuka kepada warganegara Malaysia, penduduk tetap dan warga asing
yang mempunyai alamat tetap di Malaysia. Juga pembeli atau penyimpan sijil SSP
mestilah individu yang berumur 12 tahun ke atas.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
58 comments
assalamualaikum
singgah pagi
bagus kan
Singgah pagi...
pernah jugak beli.. :)
ayah dulu pernah beli..
Terima Kasih atas perkongsian. Sijil yang lama nampak lebih menarik dan grand. Baru beli jugak, pasal terpengaruh kempen super 10 bsn tu.
tu la kan..kalau menang super 10 bsn memang best laaa..rezeki
saya pun beli gak sijil ssp tu kot2 melekat tuah..hihi..sambil menabung
Saya pernah dapat ssp bsn dr menteri besar sbb pelajar cemerlang time spm dulu..mmg tak pernah buat pape dgn benda tu..lgpn saya xde pn akaun bsn tu..mcm mana nak tau kita menang cabutan bertuah tu?
Cara Semak Keputusan Pemenang sijil SSP BSN boleh rujuk sini:
http://umikasum.blogspot.my/2015/06/cara-semak-keputusan-pemenang-ssp-bsn.html
Duit yang kita guna untuk beli sijil dikira burn atau akan kekal dlm simpanan ?
duit yang kita beli sijil ssp tu kekal dalam simpanan, selagi kita tak jual balik sijil tu.
Apa minima dividen tahunan utk simpanan ssp ni? Rasa cam bmnat plak..kotla lekat cabutan bertuah tu
Kalau kita redeem ssp tu kita akan dapat cash jumlah yg ada tu ke?
Mcm mn nk semak klu kita ada buat SSP nie ya?klu x silap dlu ada buat sekalu,tp da lama kot lupa da...zmn plkn aritu dorg dtg kem buat talk...
kalau beli ssp bsn ni kita ada sijil ssp. kalau tak ingat mana letak sijil ssp boleh datang ke kaunter bsn dan mintak sijil ssp, dengan tunjukkan ic. tapi tak pasti sama ada ia kena caj atau tak.
ya, jumlah yg sama
Keuntungan (dividen SSP BSN) sehingga 2.42 peratus setahun
nak beli jugak...
Nk try jugak la..thanks ya..
Nak tanya...dulu sy ada ssp bsn ni....tapi hilang.....mcmana nk dptkn balik?..kalau g bsn di blh tolg x
pergi ke kaunter bsn untuk dapatkan kembali sijil ssp bsn. kalau tak silap dia caj rm10
Saya nk simpan duit ,tpi tersalah tekan dn duit tu msuk kt ssp ,mcm mne ni ,Sy nk kembalikn duit tu
Same situation, so klw sy teruskan apa yg perlu sy buat? Pergi minta sijil ssp d counter ka?
Tumpang Tanya... Lepas beli ssp ni Apa yang kita Kene Buat untuk nak Buat cabutan Tu....tunggu saja ke ? Ke Kene pegi Buat cabutan sendiri...
utk cabutan mingguan, kita sendiri kena refer website bsn utk tengok nama pemenang. diorang x contact kalau kita menang
utk cabutan grand hadiah lumayan, diorang akan contact
Macam mana nak Buat cabutan minggu Tu? Maaf le tAk tahu menahu pasal ni.. Cabutan automatic Dia Buat atau kita Kene usahakan?
cabutan mingguan tu mereka buat, boleh follow facebook bsn untuk tahu nama pemenang mingguan diumumkan
hadiah mingguan rm1000 - kena rajin tengok la kat fb bsn, sbb kalau kita tak tuntut hadiah tu dalam masa 3 hari, hadiah burn
ada bayaran tak bulan2 SSP Tu?
ada bayaran tak bulan2 SSP Tu?
tak ada
Kalau dah beli sijil ni, kita kena masukkan duit selalu ke kat bank? Macam yang xde akaun nak masukkan duit tu macam mana... tak faham laa
kalau ada duit masukkan la. kalau tak ada, x perlu. macam menabung. tak wajib masuk tiap2 bulan. tapi kalau nak masuk $ sangat digalakkan.
saya pun tak ada akaun bsn. saya hanya perlu beli sijil ssp bsn je. tak perlu buka akaun bsn bagai. kita beli ssp, mereka bagi kita resit. resit itulah sijil ssp.
Kalo first time beli, tp beli ikut atm. Boleh ke? Ataupun kena beli kat kaunter jgk?
beli sijil ssp bsn kat mesin atm pun boleh
Hello mcm mna nak follow fb untuk pemenang mingguan
semak pemenang kat facebook: BSN
semak cara lain: CARA SEMAK NAMA PEMENANG SSP BSN
cmna nak beli kat mesin atm tu
Nak tanya skit ler..kena buka acc ker
ini mcm simpanan bon kah?
sy xtahu apa2 pasal SSP ni, tadi sy nk transfer duit kt member, then tersalah buat, ter transfer rm100 kt SSP. apa nk buat ni? waduhhhh.. lesap rm100..pergi mana duit tu?
sy xtahu apa2 pasal SSP ni, tadi sy nk transfer duit kt member, then tersalah buat, ter transfer rm100 kt SSP. apa nk buat ni? waduhhhh.. lesap rm100..pergi mana duit tu?
Slmt sejaterah..
Tumpang tnye sat sbenarnye apa tu ssp?? Saham kah?? Baru tadi saya g simpan duit, tapi tsilap tkan n msok dlm ssp... Blh x sipe2 explain abt ssp nie?? Tq
SSP adalah Sijil Simpanan Premium. Maksudnya kita simpan duit dalam bank macam biasa, dan lepas tu dia akan bagi sijil. Kalau di ATM dia akan bg resitlah. Macam kes puan yang tersilap tekan ke SSP, tak ada masalah, cuma pergi ke kaunter dan tunjuk IC kalau puan nak keluarkan balik duit tu, mereka ada rekod berapa yang puan masukkan tu, jgn risau.
Buat ssp melalui atm pon bole kan? Kalau every month kita masuk duit kt ssp, kalau nk keluarkan duit balik mcm mana?
nk tanya aq selalu simpng duit dalam bsn, teringinn gk nk buka ssp bsn ni. nnt bila kita daftar ssp ni sijir dia akan hntar kt almat umah kita ker? atau sijir dia tu camner?
assalamualaikum..maaf menyebok.maksud kekal dlm simpanan, maknanya bila2 pon kita blh keluarkan ke?
sijil ssp tu macam resit. kita beli sijil ssp tu terus dapat resit. tak ada pos2. beli kat kaunter bsn terus dpt sijil ssp
hanya perlu tunjukkan sijil ssp dan bawa ic ketika nak keluarkan duit. perlu berurusan di kaunter bsn
ya bila2 boleh keluarkan simpanan
boleh dapatkan balik duit tu, tunjukkan sijil ssp dan ic masa nak ambil balik duit tersalah transfer. tapi ada syarat dia..kena lebih tempoh 45 hari baru dapat keluarkan balik duit dalam sijil ssp tu
tak perlu buka akaun bsn..boleh beli sijil ssp
Sy nk keluarkan duit tapi tersilap tekan dan termasuk ke pembelian ssp. Mcm mna nk keluarkan...
macam mana nkk tahu kalau kita menang cabutan bertuah tu?
nak tanya kalau kita tak ada akaun bsn nak beli sijil tu kena pergi kat kaunter la kan??..
mimiesuzi: ya beli kat kaunter bsn
salam sejahtera admin, saya da 3 kali smpn duit dlm ssp, tp xbrpa fhm caranya, msa smpn tu ada dibagi resit igtkn resit tu besa2 jer so saya da trbuang pla resit tu, xtau la pla resit tu sijil dia..klu nk balik sijil tu dr awal kta smpn ssp ada kna cas x?
assalamualaikum puan .. sy nk tanya apa pergunaan ssp bsn , seandainya kita masuk rm 100.00 dan berapa plak kita akan dpt keuntungan dari hasil simpanan kita? mohon percerahan ..