Ada
yang dalam proses nak pos barang? Pos
bungkusan menggunakan Pos Laju
Malaysia? Sempena dengan sistem GST (cukai barang dan perkhidmatan) yang
dah dilaksanakan bermula 1 April 2015, bayaran
Pos Laju pun dah naik harga. So,
kalau nak pos barang tu, kena bawa wang secukupnya. Terutama yang suka pesan
kat kawan, suruh kawan poskan bungkusan guna Pos Laju. Jom tengok senarai harga terkini Pos Laju selepas GST
diperkenalkan.
Senarai Harga Baru Bagi Barangan Pos Laju
Selepas GST
1. Harga Baru Pos Laju Selepas GST Untuk
Prabayar Oren (Dalam Semenanjung)
Untuk
sampul kecil ‘Sampul Prabayar S’
yang selalu kita guna untuk pos bungkusan kecil, kalau dulu sebelum GST harga
Pos Laju RM6.00. Harga Pos Laju selepas
GST pula ditetapkan pada harga RM6.35.
Info lanjut harga terbaru Pos Laju prabayar oren sila rujuk jadual di
atas.
Gambar
sampul prabayar oren untuk pengeposan di Semenanjung sahaja. Manakala gambar
sampul prabayar biru untuk pengeposan ke Sabah dan Sarawak.
2. Harga Baru Pos Laju Selepas GST Untuk
Prabayar Biru (Sabah & Sarawak)
Untuk
sampul kecil ‘Sampul Prabayar S’
harga sebelum GST harga Pos Laju RM10.00. Harga
Pos Laju selepas GST pula ditetapkan pada harga RM10.60. Info lanjut harga terbaru Pos Laju prabayar biru
sila rujuk jadual di atas.
3. Harga Baru Pos Laju Selepas GST Untuk Pos
Ekspress
Untuk
‘Sampul B4’ harga sebelum GST harga
Pos Laju RM4.50. Harga Pos Laju selepas
GST pula ditetapkan pada harga RM4.75.
Info lanjut harga terbaru Pos Laju menggunakan pos ekspress sila rujuk
jadual di atas.
Gambar
sampul pos ekspress
4. Harga Baru Pos Laju Selepas GST Untuk Pos
Laju Packaging (PosLaju Pack)
Untuk
‘Pos Laju Pack2’ dengan berat kotak
2 kg, harga Pos Laju sebelum GST ialah RM2.00. Harga Pos Laju selepas GST pula ditetapkan pada harga RM2.10. Info lanjut harga terbaru
Pos Laju menggunakan pos laju pack sila rujuk jadual di atas.
5. Harga Baru Pos Laju Selepas GST Untuk
Penghantaran Ubat 1Malaysia
Untuk
pengeposan ‘Penghantaran Ubat 1Malaysia’
dengan berat kurang 500 gram dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak, harga
Pos Laju sebelum GST ialah RM8.00. Harga
Pos Laju selepas GST pula ditetapkan pada harga RM8.50. Info lanjut harga terbaru Pos Laju penghantaran ubat
1Malaysia sila rujuk jadual di atas.
Senarai Harga Baru Bagi Perkhidmatan Pungutan
Atas Permintaan / On Demand Pick-Up Pos Laju Selepas GST
Caj
bagi setiap pungutan sebelum ini ialah RM5.00. Caj pungutan Pos Laju selepas GST pula ditetapkan pada harga RM5.30.
Haaa,
macam tu la pengiraan harga terbaru kalau nak pos barang guna perkhidmatan Pos Laju ni. Kenaikannya
tidak la banyak, tapi kalau kita sebagai peniaga nak pos barang pada pelanggan
yang ramai, agak berasa jugak la ongkosnya. Tapi, mesti dah cover dalam harga
barang. GST kan maksudnya semua naik. Hihihi.. Jadi, sebagai pengguna kalau
rasa berkenan sangat kat barang tu, survey dulu puas-puas. Bandingkan harga,
mana yang berpatutan itulah dipilih.
Kalau
aku sendiri, aku prefer barang yang dijual kat shopping kompleks, kat pasar
malam, kat kedai, sebab kita boleh cuba sendiri. Kalau secara online,
kengkadang saiz tak muat. Lepas tu kena
bayar harga pos, macam contoh kat atas. Hihi.. Tapi ikut selera
masing-masing la. Yang suka shopping online, lebih menjimatkan masa, jimat
minyak kereta, jimat tambang bas, segala tempahan dan bayaran hanya di hujung
jari sahaja.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
8 comments
Harga dah berubah ya? SR baru tahu. Thanks for the info :)
woooo..hrga naik mendadak..
Kena pakai pos biasa nampaknya ^^
Shad suka beli barang online, dan memang puas survey harga.. hehehe..
gst oh gst..
Makin berat makin terasa gst..
Pakai pos register...poslaju pun tak.laju mana dah...
setakat ni poslaju masih terbaik... skynet selalu ada sangkut...
saudagar
http://www.wanshahstore.com
Gst buat harga barang semakin turun...syabas menteri2 msia