Aku
sangat suka masuk kedai, yang pamer 2
harga iaitu harga sebelum GST (harga
asal) dengan harga selepas perlaksanaan cukai GST. Mudah bagi aku nak buat
perbandingan. Ye la, takut ada peniaga kedai yang ambil kesempatan. Letak 1
harga je, entah-entah harga barang tu melebihi dari tambahan caj GST. Lagipun,
harga barang setiap kedai tak sama, ada yang mahal, ada yang berpatutan.
Salah
satu kedai popular kat Mukah yang menjadi sasaran pelanggan membeli-belah ialah
Glory Mukah Sdn. Bhd. Aku dah semak
status kedai ni, terbukti ia telah berdaftar dengan kastam untuk sistem GST. Antara
barangan yang aku beli di kedai tersebut ialah:
Cumi
jelly
Harga
sebelum GST: RM1.00
Harga
selepas GST: RM1.06
Susu
Dumex Dumil Mama perisa oren
Harga
sebelum GST: RM18.80
Harga
selepas GST: RM19.93
Kan
memudahkan pelanggan. Tak perlu pelanggan nak keluarkan telefon masing-masing
untuk kira cukai 6 peratus tu. Aku sangat puji usaha rajin tauke kedai ni. Hampir
kesemua barangannya dinyatakan harga sebelum dan selepas caj GST.
Lagipun
ia memberi kelebihan pada orang tua-tua. Supaya mereka tahu harga kenaikan
barangan selepas pengiraan GST. Kesian kat mereka, kang tak pasal-pasal kelam
kabut tak cukup duit untuk bayar barang yang kena cukai GST. Sebab ada kes
orang tu tak jadi beli, gara-gara duit yang dibawanya cukup-cukup untuk
perbelanjaan harga barang tersebut (harga lama) dengan wang tambangnya untuk
balik.
Jadi,
bila peniaga kedai tu membuat 2 harga, mungkin agak membantu mereka yang
berusia untuk membuat pengiraan belanjawan. Siap awal-awal untuk bawa duit
lebihan.
Eh
eh, tak semua kedai ada GST. Contoh yang ni: Beli
Barang Kat Kedai Tiada GST.
Seronok weh berjimat duit kat kedai sebegini.
Nak check
peniaga tu daftar GST ke tak, rujuk entry ni: Cara
Semak Status ID Peniaga Kedai Daftar GST. Jangan tertipu dengan peniaga yang kaut kuntungan, tapi
tak daftar GST.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
6 comments
Erm,sekarang ni GST je la yang disebut orang.yang ambil kesempatan dalam kesempitan tu,sentiasa ada lah.kalau kita yang tahu pasal GST ni,beruntung la.kalau makcik pakcik yang kat kampung tu,macam manalah agaknya ye.
Betul. Certain pasaraya besar pun ada buat tag harga macam ni. Mudah nak tengok, dan kita sebagai pengguna tak ada lah rasa tertipu
Betul tu.. ada kedai yg bila dah beli, congak2 kena tambah lagi sbb gst. Mujur ada duit lebih, klu ngam2 je, kenalah pulang salah satu barang hhmmm...
kena bawa kalkulator sendiri kot... hehehehehe...
sen-sen tu yang susah nak congak... :p
*singgah sini klik2 nuff...lalalalala...*
semakin bejimat lps gst tok.. makan maggie jak hari2.. hehe
Jemput singgah sini k. tq "Hati Perempuan"
Jemput Join ek.. :) "SEGMEN : Ucapan Hari Lahir Buat 'Si Lala' Pada 13 Mei"