Sinopsis Drama TV3 Firdaus Ceraka Hari Ahad
Firdaus
mengisahkan seorang anak yang sering diabaikan oleh ayahnya, Kamarul. Bukan sahaja
tidak dipedulikan, malah ayahnya sering memukulnya. Bagi Kamarul, Firdaus anak
pembawa malang! Kamarul tertekan selepas kematian isterinya semasa melahirkan Firdaus.
Hidup mereka bertambah miskin dan melarat. Dek kerana itu, Firdauslah tempat
Kamarul melepaskan rasa amarahnya.
Firdaus
dibesarkan dirumah nenek sebelah arwah ibunya, Zaitun. Ketika berusia 2 tahun, Kamarul
membawa Firdaus tinggal di Kuala Lumpur. Misinya untuk mencari lebih banyak
wang bagi menampung hidupnya yang susah. Namun, apa yang dihajati Kamrul tidak
pernah tercapai.
Rahmah
ialah jiran kepada Kamarul di Kuala Lumpur. Rahmah mengalami tekanan perasaan
akibat kisah silamnya, didera bekas suaminya sehingga anak dalam kandungannya
gugur. Pada masa yang sama, ayah dan ibunya terlibat dalam kemalangan. Sejak
itu Rahmah sering dalam keadaan murung.
Di kawasan
flat buruk itu, tidak ada sesiapa yang mahu berkawan dengan Rahmah kecuali
Firdaus. Setiap kali Firdaus bermurung di depan rumah sendirian, saat itulah
Rahmah menjadi temannya. Mereka sering berinteraksi emosi. Neneknya, Zaitun
menyangka Firdaus telah meninggal dunia.
Setelah
mengetahui Firdaus masih hidup, Zaitun telah datang ke Kuala Lumpur untuk
mencari Firdaus. Malangnya, Zaitun dirompak dan hanya tinggal sehelai pinggang.
Kesengsaraan hidup memaksa Firdaus melarikan diri dari rumah bersama Rahmah
yang mengalami tekanan mental. Apalah yang terjadi kepada Firdaus? Dapatkah
Zaitun menemui cucu kesayangannya itu? Jangan
lupa tonton drama Firdaus
yang disiarkan pada hari Ahad kelak.
Pelakon Drama Firdaus TV3
Fizz Fairuz,
Boy Iman, Fauziah Nawi, Amar Asyraf, Adik Danish Zakhwan
Gambar Drama Firdaus TV3
Saksikan
drama Firdaus
Hari: Ahad
Jam: 10.30
malam
Saluran:
TV3
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓