Buaya Makan Manusia Di Serian Sarawak

Reptilia paling ganas dan menakutkan adalah buaya. Walaupun dirinya kelihatan tenang, namun jangan disangka yang tenang tu jiwanya tenteram. Sepantas kilat perwatakannya boleh berubah! Dialah sang bedal! Membaham manusia.

Memandangkan aku sendiri orang Serian, berita buaya makan penduduk kampung memang menggerunkan. Tak selamat nak ceduk air kat sungai. Tapi kampung aku tak ada la sungai. Kes manusia kena makan buaya ni kat kawasan lain, berlaku kat Sungai Sadong.

Buaya baham penduduk kampung Sungai Sadong, buaya makan manusia di Serian Sarawak, 3 ekor buaya ditangkap dengan cara cari dan bunuh, gambar buaya makan manusia, mangsa dibaham buaya, mangsa buaya berjaya lepaskan diri, kepala buaya ditetak parang, mangsa mati akibat serangan buaya, bujang senang nama buaya terbesar Sarawak, slogan bola sepak Sarawak Ngap Sayot
Gambar buaya yang berjaya ditangkap! Besar, berat dan menakutkan!

Dilaporkan, 3 buaya telah berjaya ditangkap! Berat buaya tersebut 420 kg (panjang 3.8 meter), 500 kg (panjang badan buaya 4.3 meter) dan seekor lagi mempunyai berat 600 kg (panjang 5.2 meter). Fuh berat giler la buaya tu! Buaya ni ditangkap menggunakan kaedah 'cari dan bunuh'. Salah seekor buaya tu pernah membaham penduduk kampung.

Macam mana boleh tahu yang buaya seekor lagi tu pernah membaham manusia? Menurut maklumat orang kampung, buaya yang panjang 5.2 meter tu ada kesan tetakan di kepala. Kesan membaham mangsa iaitu Yusman Yusup, 32, pada 5.40 petang, 26 Mac 2015. Masa mangsa berusaha nak lepaskan diri dari gigitan buaya, mangsa sempat menetak kepala buaya dengan menggunakan parang. Yang akhirnya, tindakannya berjaya menyebabkan buaya tersebut melepaskan gigitan.  

Walaupun terselamat dari bahaman buaya, doktor terpaksa memotong kedua-dua kaki mangsa hingga paras betis. Namun, mangsa disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi, Hospital Umum Sarawak pada 11 April 2015. Kesian..mesti ahli keluarga mangsa rasa sedih. Lagipun usianya masih muda.

Kat Sarawak, spesies buaya makin bertambah. Tertanya-tanya gak, macam mana nak kawal spesies ganas ni dari beranak-pinak. Rasa seakan-akan dah tak selamat nak guna air sungai sebegini. Mahupun nak cari tangkapan ikan, udang. Sebab sebelum ni ada juga kes mangsa kena makan buaya yang berlaku di Kampung Reban, Samarahan.

Kisah buaya lagi..

Buaya baham penduduk kampung Sungai Sadong, buaya makan manusia di Serian Sarawak, 3 ekor buaya ditangkap dengan cara cari dan bunuh, gambar buaya makan manusia, mangsa dibaham buaya, mangsa buaya berjaya lepaskan diri, kepala buaya ditetak parang, mangsa mati akibat serangan buaya, bujang senang nama buaya terbesar Sarawak, slogan bola sepak Sarawak Ngap Sayot
Buaya oh buaya, kau memang dahsyat. Team bola sepak Sarawak dipanggil Bujang Senang dengan slogan ‘Ngap Ajak’
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

12 comments

subhannallah

Assalammualaikum..yumida,

besar betol buaya tu kan... seram.Ngappp..

mselim3

berat tuuu
sekali libas, pelanting!

aah kak besar betul badan buaya tu
muka dia tenang, wajah dia menggerunkan
kat sungai kampung nenek yumida banyak buaya

kan.. terkejut tengok buaya besar dan ganas

takut kak ana tengok Yumida , ngerinya .

tedah keluarga mangsa.. gelik ngn binatang tok..

Takut tengok buaya besar lagu tuuu......

Astagfirullah... saya takut klu cerita2 ttg buaya ni.. ngeri...

aish,besarnya.setakat ni IbuNoey tengok buaya secara live kat zoo je.kalau jumpa kat sungai,tak pernah lagi la.