1
April 2015 bermulanya perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di semua kedai
yang dah berdaftar dengan pihak kastam. Masuk hari ni dah hari ke-13 kita semua
ber-GST. Ikut pengalaman aku sendiri, ada kedai di kawasan sini yang dah guna
harga barang ikut harga GST iaitu kenaikan cukai sebanyak 6 peratus bagi barang tertentu. Tertera pada
tag harga barangan mereka. Malah bila bayar, tertera cukai GST 6 peratus pada resit
kedai.
Yang bestnya,
ada kedai a.k.a supermarket kat sini yang belum lagi laksanakan sistem GST. Mungkin
mereka tak daftar, atau mungkin mereka tak guna pakai sistem GST. Tertera pada
tag harga barangan mereka yang harga barang tak masuk GST. Bila bayar, sah,
memang kedai tu tak ada GST. Happy ler, boleh beli barang pada harga rendah. Harga
asal.
Bila kita
nak beli barang especially barang dapur, makanan, peralatan rumah yang perlukan
kuantiti banyak. Kita confuse sama ada peniaga kedai tu memang dah daftar
sebagai peniaga GST atau tak. Kalau daftar, diorang berhak caj kita dengan
kenaikan cukai 6 peratus tu. Kalau tak daftar tapi resit ada tertera caj cukai
GST, haaa macam mana tu? Jengjengjeng.. meh aku kongsikan cara
semak status GST pada
peniaga.
1. Layari
laman web Taxpayer Access Point: https://gst.customs.gov.my/TAP/ untuk menyemak status pendaftaran GST
sesebuah syarikat.
2. Klik
pada “Carian Status GST” untuk memulakan semakan.
3. Kita
boleh menyemak status pendaftaran dengan memasukkan samada Nama Perniagaan, No.
Pendaftaran Perniagaan atau No. GST.
Contoh 1: Semak Pendaftaran Peniaga Kedai Menggunakan
Nama Perniagaan
Klik
pada butang “Nama Perniagaan” dan masukkan nama syarikat tersebut. Jika
ada padanan, ini bermakna syarikat tersebut sudah mendaftar untuk GST dan boleh
mengenakan GST. Macam aku, beli air kotak Yeos kat Honey Bakery House, memang tercatat GST kat resit, bila semak dalam sistem, sah peniaga tu dah berdaftar GST.
Contoh 2: Semak Pendaftaran Syarikat Menggunakan
Nombor Pendaftaran Perniagaan
Klik
pada butang “No. Pendaftaran Perniagaan” dan masukkan nombor dalam ruang yang
disediakan, tanpa simbol. Jika ada padanan, ini bermakna syarikat tersebut
sudah mendaftar untuk GST dan boleh mengenakan GST.
Contoh 3: Semak Pendaftaran Peniaga Kedai Menggunakan Nombor ID GST
Semua
invois atau resit yang dikeluarkan oleh syarikat yang berdaftar dengan GST
mestilah mempunyai Nombor GST syarikat tersebut. Untuk memastikan kesahihan
nombor dan pendaftaran tersebut, kita boleh menyemak dengan memasukkan Nombor
GST syarikat tersebut dalam carian. Jika ada padanan, ini bermakna syarikat
tersebut sudah mendaftar untuk GST dan boleh mengenakan GST. Pastikan nombor
GST dan Nama Syarikat yang ditunjukkan adalah sepadan dengan invois yang
dikeluarkan. Nombor id GST memang sepadan dengan resit yang dibagi oleh Honey Bakery House.
Jika Tiada Padanan Maklumat Peniaga Kedai Daftar
GST Tetapi Dalam Resit Ada Caj GST. Perkara yang perlu kita buat...
Buat
aduan kepada pihak KPDNKK agar tindakan boleh diambil terhadap syarikat
tersebut.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
5 comments
assalamualaikum
singgah pagi isnin :)
perkongsian yg bagus!!
info menarik.. tq
bagus perkongsian nih..
Tetapi akan ada resit yg ada GST no. tetapi nama company tu lain. disebabkan company tu sole prop so gst didaftarkan atas nama ikut IC. atas resit penjual tak akan letak nama ic mereka. Pernah jumpa tak?