Al kisah buaya
kelaparan dan mengganas di sungai Sarawak semakin menjadi-jadi. Kalau
korang perasan, kes buaya makan manusia sering terjadi kat Sarawak. Menurut
jabatan PERHILITAN, populasi buaya ni semakin banyak, berkembang dan bertambah
di sungai. Populasi yang tak terkawal. Dapat korang bayangkan betapa banyaknya
buaya kat sungai Sarawak ni.
Malah kat kampung nenek aku juga pernah
terjadi 2 kes mangsa kena baham buaya di Samarahan.
Boleh rujuk artikel ni: Serangan Buaya Di Sungai Sarawak. Kes terbaru pula dalam tahun ni: Buaya
Makan Manusia Di Serian Sarawak. Mangsa serangan buaya yang berlaku kat Serian. Walaupun berjaya terlepas dari
mulut buaya, mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan kat
hospital.
Kes buaya baham 4 mangsa ceritanya di sini: Gambar Buaya Baham Manusia Ditangkap! Berita terbaru dalam minggu ni, berlaku kat Debak, mangsa maut disambar buaya.
Mangsa yang bernama Bob Denok, 31, dilaporkan
dibaham buaya sepanjang kira-kira 5
meter sebelum buaya itu melambung jasadnya di Sungai Rimbas, Debak. Menurut
rakan mangsa yang sama-sama ke sungai tersebut, mereka bertiga berenang di
sungai berhampiran Kampung Babu Ulu untuk memetik buah pedada.
Cerita daripada kawan mangsa
dibaham buaya:
"Ketika
asyik memetik buah, mangsa secara tiba-tiba disambar buaya sebelum ditarik
tengah sungai. Kami mendengar mangsa menjerit meminta pertolongan. Namun tidak
berani menolong sebaliknya berlari meminta pertolongan penduduk kampung”.
Sumber:
Buaya
baham penduduk kampung
Tahu buah
pedada? Buah pedada ni memang tumbuh kat tepi sungai, kawasan berpaya.
Rasanya sedikit masam dan selalu dijadikan sebagai ulam-ulaman. Sebab kat
kampung nenek aku, banyak buah pedada. So, aku kenal sangat buah pedada ni
macam mana.
Gambar buah pedada. Nama lain buah pedada: berembang, gedabu, perepat
Macam mana mangsa boleh disambar buaya? Macam mana kawan si mangsa ni boleh terselamat tak dibaham buaya? Rupanya yang mangsa ni berada
dalam sungai manakala yang kawannya tadi memanjat pokok pedada petik buah.
Huish, seramnya. Dah la sungai tu memang ada buaya. Lepas tu, masuk lagi ke dalam
sungai. Risiko antara hidup dan mati tu. Bayangkan korang betapa rakusnya buaya
bila dia jumpa sasaran mangsa yang boleh dia jadikan makanan.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
1 comments so far
Kasihannya