Beli Barang Kat Kedai Tiada GST

Semalam, keluar shopping beli barangan dapur. Lokasi kami membeli belah kat kedai yang tak guna pakai sistem GST (cukai barang dan perkhidmatan). Sebelum ni, kami pernah ke sana. Sebab kawan cakap kedai tu tak ada caj GST. Peluang dah ada di depan mata, yey! Jimat duit tau kami beli barang.

Beli barang kat kedai tiada GST, peniaga kedai tak daftar GST, cara semak peniaga kedai daftar GST, kenaikan harga barangan sebab GST, barang paling mahal selepas cukai GST, barangan dapur dikenakan caj GST, gambar resit invois tiada GST
Resit kedai Gafu Supermarket Mukah tanpa caj GST

Pasaraya ni baru je dibuka awal tahun ni. Harga pakaian pun murah! Boleh tahan la kualiti kainnya, even bukan pakaian berjenama terkenal. Rasanya pakaian diimport dari negara luar. Sebab masih ada tag negara asal pengeluar pakaian tu. Macam-macam design!

Mengenai GST ni, setakat nak beli barangan dapur, ia tak la terasa sangat kenaikannya. Sebab GST hanya di caj pada barangan tertentu. Makanan keperluan utama, beras, gula, bahan mentah macam ikan, ayam tak ada GST, sayur-sayuran, buah-buahan pun tak ada GST. Melainkan kita beli barangan yang memang dah tertera dikenakan GST macam keropok, perencah masakan segera dan sewaktu dengannya.

gambar rexona ice cool man, rexona tiada caj gst, rexona murah, Beli barang kat kedai tiada GST, peniaga kedai tak daftar GST, cara semak peniaga kedai daftar GST, kenaikan harga barangan sebab GST, barang paling mahal selepas cukai GST, barangan dapur dikenakan caj GST, gambar resit invois tiada GST
Sempat rembat Rexona Man pada harga RM4.50 - 1 unit
Amat-amat murah kedai ni

Kalau beli pakaian, haaa tang tu ada terasa sikit la ongkosnya. Setiap helai yang kita beli akan dikenakan caj cukai 6 peratus. Makin mahal kita beli, makin besar nilai kita kena bayar. Beli baju, seluar, baju kurung, kasut, sandals, beg tangan kena kira dulu berapa jumlah nilai GST kita kena bayar. Kang tak pasal-pasal wang tak cukup nak bayar. Kalau peniaga tu ada letak harga selepas caj GST, ok la, tak perlu kita kira untuk darab bagai.

Nak menambah kejelesan korang kat kami, kihkihkih.. Boleh la kami rembat baju 3-4 pasang sekaligus. Tak ada cukai GST. Yey! Jimat bebeno. Hanya kedai ini je yang tak guna sistem GST. Kedai lain dah guna pakai. Tak tahu akan datang, mana tahu tuan kedai tu berniat nak daftar GST ke. Buat masa terdekat ni, harap-harap la jangan. Orang tengah syok nak shopping kat kedai kamu ni.

Nak check peniaga tu daftar GST ke tak, rujuk entry ni: Cara Semak Status ID Peniaga Kedai Daftar GST. Jangan tertipu dengan peniaga yang kaut kuntungan, tapi tak daftar GST. 
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

9 comments

bestnya kedai macam nih.. ok laa tuh, tak ada laa mahal sangat barangnya walaupun tanpa GST..

Harap2 la smpei bila2 x charge gst. Hehe

best tu dapat gi kedai x ad GST ;)

X smua kedai yg xde gst....bestnya membeli tanpa gst...

nanti mesti kena paksa dengan kerajaan untuk laksanakan GST.

adarain.com

Akak kat Kajang shopping kat Mydin tak de gst...ehehhee...

ramai peruncit kecil yg dah daftar gst, tapi pehtu batalkan.

Sekarang ni ramai yang tipu pasal GST ..Nak beli barang pastikan ada resit ..

Bagus tu.. sikap peniaga mcm ni yg kita mahukan ye tak.. syabas.. :)