SEGMEN: Ucapan Hari Lahir Buat 'Si Lala' Pada 13 Mei

KLIK BANNER UTK JOIN
TAMAT: 13 MEI 2015

As salam buat rakan pembaca,

Dengan berbesar hati Yumida ingin menyeru rakan blogger sekalian untuk menjoinkan diri untuk segmen ni. Segmen gempak! Tak lain tak bukan segmen dari blogger Ejulz.

SEGMEN : Ucapan Hari Lahir Buat 'Si Lala' Pada 13 Mei

Buat Si Lala, Yumida nak ucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke tettttt pada 13 Mei ni. Alhamdulillah, Allah telah memberikan kesempatan buat diri kita dengan bertambahnya angka usia kita. Yumida berharap agar segala impian Si Lala bakal tertunai suatu hari nanti. Dipermudahkan segala urusan harian. Dipertemukan jodoh dengan insan terbaik. Ehem-ehem..ratu hati si Ejulz. Moga dipercepatkan jodoh kitak duak. Iboh lamak gilak bergerek eh. Haha..
  


Ucapan istimewa buat Si Lala sempena BIRTHDAYnya coming soon:

Moga bahagia sentiasa
Moga diberikan kebahagiaan dalam kehidupan Si Lala. Rasa tenang, ceria, bahagia di sisi keluarga dan insan tersayang.
Moga dimurahkan rezeki
Rezeki dalam pekerjaan. Mendapat kenaikan pangkat, dapat reward dan sebagainya. Rezeki dalam cabutan bertuah. Mana tahu join contest tetiba menang hadiah utama. Siapa tahu..jika ianya ditakdirkan rezeki.
Moga dirahmati olehNya
Moga mendapat keredhaan dariNya. Dirahmati, hidup bahagia sebagai khalifah Allah di muka bumi.
Moga dipermudahkan segala urusan
Urusan dari segi pekerjaan, pengurusan hidup, urusan keluarga, urusan sampingan, moga dipermudahkan segalanya. Tiada kerumitan. Moga apa dirancangkan berjalan lancar.
Moga apa diimpikan tercapai
Impian, harapan, matlamat..moga segalanya tercapai. Kita hanya merancang, Dia Yang Maha Esa menentukan dan memberikan apa yang terbaik buat kita.
Moga diberikan kesihatan yang sejahtera
Moga Si Lala sihat walafiat senantiasa. Diberikan umur yang bermanfaat. Diberikan kesempatan ruang dan peluang dalam menambah amalan kebaikan.

Doa sempena hari istimewa Si Lala

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang..

Ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini memohon dengan penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah ..sempena ulangtahun kelahiran Si Lala. Kau panjangkanlah umurnya dan kurniakan kepadanya kehidupan yang lebih bahagia dan berjaya dari tahun-tahun yang sudah. Kurniakanlah kepadanya rezeki yang murah, banyak, berkat dan diredhai olehMu. Ya Allah...Kau bukakanlah kepadanya pintu kebajikan, pintu berkat, pintu nikmat, pintu rezeki, pintu kesihatan, pintu keselamatan, pintu syurga dan segala pintu kebaikan di dunia dan akhirat.

Ya Allah..

Ku panjatkan kesyukuran padaMu..kerana masih lagi memberi nafas buat Si Lala. Menginjak angka usia ke satu tahun lagi...Alhamdulillah. Sempena di hari kelahirannya ini, aku memohon kepadaMu..kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,  terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat.

Ya Muhaimin..

HambaMu ini mengakhiri dengan permintaan semoga Kau kurniakan segala kebahagiaan, kejayaan, kekayaan dan keindahan kepada Si Lala. Kau Jadikan dia hamba yang beriman, bertaqwa, beramal soleh dan bersabar atas segala perintahMu dan ketetapanMu. Jadikanlah dia sebaik-baik wanita iaitu muslimah sejati.

Amin Ya Rabbal A’lamin.


SELAMAT HARI LAHIR buat kitak k.. Si Lala gadis anggun cun-melecun :)
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

2 comments

salam singgah dari segmen sama . selamat bersegmen :)

http://www.blogparihh.com/2015/05/segmen-ucapan-hari-lahir-buat-si-lala.html

Good luck sis..
singgah dari GA yg sama http://akukaudansesuatu.blogspot.com/2015/05/segmen-ucapan-hari-lahir-buat-si-lala.html