Nasuha Episod Akhir Ratu TV9

Sinopsis Episod Akhir Drama TV9 Nasuha
Dendam Marina terhadap Nasuha tidak pernah pudar! Semakin hari, pelbagai rancangan jahat cuba dilakukan Marina terhadap Nasuha. Marina berdendam dengan Nasuha setelah bekas tunangnya iaitu Irfan memutuskan hubungan mereka. Lebih teruk lagi apabila Irfan memilih Nasuha sebagai permaisuri hidupnya.

Dendam tetap dendam! Baginya, Nasuha patut menerima balasan! Timbul idea jahat Marina ingin menghancurkan kebahagiaan Nasuha. Marina mengupah Rocky agar menculik Irfan ketika Irfan dalam perjalanan untuk akad nikah.

Berita penculikan Irfan tersebar, Nasuha runsing memikirkan keselamatan Irfan. Kes penculikan Irfan segera dilaporkan kepada pihak polis. Marina akhirnya ditangkap. Pihak polis berjaya menyelamatkan Irfan.

Setelah berbagai cabaran dan halangan yang diharungi oleh Irfan dan Nasuha, akhirnya mereka diijabkabulkan. Marina yang tidak dapat menerima kenyataan itu bertambah tertekan hingga akhirnya dia dimasukkan ke rumah orang sakit jiwa. Tamat!

Pelakon yang menjayakan drama Nasuha episod akhir
Tasha Shilla
Shah Iskandar
Jasmin Hamid
Miera Liyana
Ammar Alfian Aziz
Azhan Rani
Amyza Adnan
Fendi Seman
Roy Azman

Gambar Drama Nasuha TV9
Nasuha episod akhir, sinopsis episod terakhir Nasuha slot Ratu TV9, gambar, pelakon, pengajaran drama Nasuha episod akhir 14, last episode, ending Nasuha, episod kemuncak Ratu Nasuha TV9

Pengajaran drama episod akhir Nasuha, episod 14
1. Perbuatan jahat pasti akan mendapat balasan setimpal. Jadi, janganlah kita menuruti nafsu amarah kita yang akhirnya pasti memakan diri kita.
2. Berfikir dahulu sebelum bertindak apa-apa. Jadilah seorang yang rasional dalam membuat keputusan.
3. Redha dan tabah segala ujian yang ditakdirkan untuk kita.

2 comments

Best juga cerita ini.. Tapi kenapalah Nasuha tembak Zahid..


EmoticonEmoticon