Sinopsis Dia Isteri Luar Biasa

Sinopsis Novel Dia Isteri Luar Biasa

Dia Isteri Luar Biasa mengisahkan Dewi Yusra (Nur Fathia Latiffyang berpegang teguh dengan prinsipnya. Tidak memerlukan lelaki dalam kehidupannya. Namun, Dewi Yusra menginginkan zuriatnya sendiri. Ayah kepada bakal anaknya nanti tidak mahu orang sembarangan. Mesti mempunyai gen yang hebat!


SINGLE is simple, double is trouble...
Itu moto hidup Dewi Yusra. Katanya, dia boleh hidup tanpa lelaki, lagi mudah dan tidak serabut otak. Lelaki menyusahkan, suka ambil kesempatan! Perempuan tak kahwin pun boleh ada anaklah! Bukan spesies angkat-angkat ya, yang asli datang dari rahim Dewi Yusra. Kau gila ke Dewi, ingat nak buat anak tu semudah buat nasi ayam ke? Hesy... Mesti ada jalanlah…

Dewi serius! Walau dengan apa cara pun, Dewi tetap ingin punya anak dari darah dagingnya. Anak yang akan mewarisi syarikat perniagaan Cik NAB a.k.a Nasi Ayam Bonda.
“Aku akan kahwin! Syaratnya aku nak kahwin sampai mengandung aje ya, lepas tu  aku chaw. No husband anymore. Sebelum aku sakit hati ditinggalkan, lebih baik aku blah dahulu” - DEWI YUSRA

Maka bermulalah usaha Dewi untuk mendapatkan ‘Suami Sementara­’ dari lelaki baik-baik, gen terhebat, genius dan stok sembahyang atas kapal terbang. 
“Saya Amzar... errr... Radin Amzar yang duduk sebelah you dalam flight dari Heathrow hari tu...” - RADEN AMZAR

Bagai nak tercabut jantung Dewi dengar. Lelaki edisi terhad tu hubungi dia? Macam tak percaya pun ada. Ingatkan lelaki itu akan terus hilang. Tuhan berikan Dewi peluang ke ni?

Berjayakah rancangan Dewi Yusra untuk memerangkap Dr. Radin Amzar (Shukri Yahaya), lelaki terpilih  sebagai ‘Suami Sementara’nya untuk seorang zuriat? Bagaimana pula rancangan Kamarul (Keith Foo) yang terlalu menyintainya? Temui jawapannya dalam DIA Isteri Luar Biasa, kisah seorang gadis yang terpaksa bangkit dari peristiwa kelam hidupnya.

Gambar Novel Dia Isteri Luar Biasa

sinopsis novel Dia Isteri Luar Biasa, penulis novel Dia Isteri Luar Biasa Umie Nadzimah, gambar novel, gambar drama Dia Isteri Luar Biasa
Inilah gambar novel Dia Isteri Luar Biasa
Penulis novel Dia Isteri Luar Biasa: Umie Nadzimah
Harga novel Dia Isteri Luar Biasa: RM24 (Semenanjung) RM27 (Sabah/Sarawak)

Novel Dia Isteri Luar Biasa akan diadaptasi dalam drama tv. Kisah yang menarik untuk dipersembahkan kepada penonton. Sama-sama kita saksikan drama terbaru Dia Isteri Luar Biasa akan datang.

Tonton drama Dia Isteri Luar Biasa (DILB) di kaca tv anda:
Novel Dia Isteri Luar Biasa Karya Novelis Umie Nadzimah

4 comments

mcm best je sinopsis ni. kena cari la novel

Baca sinopsis pun dah menarik ni..

macam menarik nih..sebab selalunya lelaki yang ada perasaan tak mau kawen ni..kan?/


Yumi..tak de pulak hari ni.tapi sebelum ni memang sebelum ni ada..dia suruh update wassap..hari ni cuma keluar iklan clash of clan je..tapi kat bawah post je..tak ganggu pun..


EmoticonEmoticon