Sinopsis Sinetron Cinta 7 Susun

Sinopsis Cinta 7 Susun Sinetron TV9

Cinta 7 Susun mengisahkan sekumpulan gadis yang tinggal di Rumah Susun RT 7. Mereka terdiri daripada A.Tee, Pj, Linzy, Natly, Mezty dan Grace. Walaupun tinggal di rumah yang sama Rumah Susun RT 7, namun mereka mempunyai sikap yang berbeza, termasuklah latar belakang keluarga mereka.

Mereka berdepan ujian berat bila bersaing dengan kumpulan band ‘The Barbies’. Ahli kumpulan The Barbies berasal dari keluarga kaya. Antaranya Britney (Raya Kohandi), Milley (Devi Noviaty), Selena (Gege Alisha) dan Demi (Shandy Ishabella). Persaingan semakin sengit kerana A.Tee mempunyai masalah terhadap Britney.

Britney seorang anak yang manja, memulaukan A.Tee dan penghuni Rumah Susun RT 7. Britney bertambah berang apabila mengetahui Danish (Mischa Chandrawinata), bekas pelatih “The Barbies” juga bekas kekasihnya turut mendiami di Rumah Susun RT 7. Britney mendesak orang tuanya merobohkan rumah susun yang bersebelahan dengan kompleks elit kepunyaan mereka.

Di saat itu juga, A.Tee bertemu Joe (Baim Wong) yang merupakan abang Britney. Joe dan A.Tee dijodohkan oleh keluarga masing-masing. Di hadapan rakan-rakannya yang lain, Joe dan A.Tee berpura-pura mengatakan mereka hanya kekasih palsu.

Britney meminta Danish untuk melatih band “The Barbies” kembali. Danish, Joe, A.Tee, Pj, Linzy, Natly, Mezty dan Grace bersatu. Fokus pada muzik dan vokal dalam usaha memenangi Girlband Competition. Penyatuan melalui muzik dan band mengukuhkan lagi hubungan mereka. Pada masa yang sama, mereka berusaha menyelamatkan tempat tinggal mereka dari dirobohkan.

Apakah kisah selanjutnya perjuangan 7 gadis ini? Berjayakah mereka menyelamatkan tempat tinggal mereka di Rumah Susun RT 7? Berkekalankah kumpulan band mereka? Saksikan segalanya dalam Sinetron Cinta 7 Susun di TV9.

Pelakon Sinetron Cinta 7 Susun

A.Tee - A.Tee
Pj - Pj
Natly - Natly
Linzy - Linzy
Mezty - Mezty
Gc - Grace
T-Sha - Uty
Mischa Chandrawinata - Danish
Gunawan Sudradjat - Hj.Makmun
Kredit: Cinta 7 Susun

Gambar Sinetron Cinta 7 Susun 

sinopsis sinetron Cinta 7 Susun, TV9, gambar, pelakon sinetron Cinta 7 Susun

Saksikan Sinetron Cinta 7 Susun
Saluran: TV9

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

1 comments so far

Assalamualaikum..

Jika berminat untuk menjadi penaja GA saya sila email saya diana.rashid36@gmail.com


EmoticonEmoticon