Harta Pusaka
Menjadi Rebutan!
Kalau tengok dalam drama tv, sering
sahaja harta pusaka menjadi rebutan
selepas ketua keluarga meninggal. Ianya menjadi lebih teruk jika tiada
pengurusan awal mengenai harta pusaka. Maka berbalahlah mereka sekeluarga
menginginkan bahagian harta pusaka yang banyak! Malah ada yang sanggup
melaksanakan rancangan jahat demi mengaut lebih banyak harta pusaka. Wasiat..
Dengan wasiatlah harta pusaka dapat diagihkan dengan sebaiknya. Tiada pertengkaran
dek masing-masing yang nak bahagian harta pusaka yang banyak.
Buat Wasiat Awal
Pengurusan
harta pusaka penting kerana ia berkait rapat dengan keamanan si mati di alam
barzakh. Bayangkan di masa hidupnya, arwah tak sempat nak buat wasiat. Tambahan
lagi, harta yang dimilikinya begitu banyak. Pastinya dengan ketiadaan wasiat,
pertelingkahan merebut harta pusaka mudah tercetus. Masing-masing bertengkar
merebut harta yang banyak. Hingga terlupa, si pemilik awal harta telah
meninggal dunia. Tiada doa dititipkan. Tiada sedekah dihantar. Melainkan perang
mulut yang membingitkan di dalam rumah.
Cara
Pengurusan Harta Pusaka
Jika harta si mati kurang daripada RM2
juta, permohonan tadbir pusaka boleh dipohon daripada Seksyen Pusaka Kecil,
Pejabat Tanah atau Amanah Raya. Manakala, jika harta melebihi RM2 juta maka
permohonan tadbir pusaka hendaklah dibuat di Mahkamah Tinggi.
Hanya selepas mendapat surat tadbir
pusaka, pentadbir akan memohon kepada mahkamah syariah untuk sijil faraid.
Selepas mendapat sijil faraid, maka harta pusaka akan dibahagi-bahagikan. Ini
adalah kes paling mudah dan berakhir dengan aman damai.
Mesej
Tentang Pengurusan Harta Pusaka Yang
Menyentuh Hati
Janganlah kita mati meninggalkan harta
yang banyak tetapi tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada kita dan
keluarga. Dalam kubur, kita seorang tanpa boleh dibantu sesiapa. Anak-anak,
isteri, sanak-saudara tidak memberikan sedekah doa kerana sibuk dengan
perbalahan harta pusaka. Jika
semua harta kita dapat diselesaikan dengan segera, kita juga akan aman menemui
Pencipta. Harta, tiada salah mencarinya tetapi tinggalkan ia secara terbaik
sebelum kita mati. Kredit: Harta
Pusaka
Urus
Harta Pusaka Dan Buat Wasiat Awal
Untuk
mengelak sebarang perkara tak diingini khasnya perbalahan keluarga, adalah elok
urusan harta pusaka ni
dilaksanakan ketika masih hidup. Buat wasiat terus. Dalam Islam pun menyuruh
kita buat wasiat awal, khasnya ketua keluarga.
3 comments
selalu tgk drama rebut harta wasiat semua. hehe
Ya betul tu, kerana harta pusaka, adik-beradik boleh gaduh. Sebagai persiapan buat wasiat, senang cerita.
Perkara ni mmg penting namun ada sesetengah yg salah anggap & memandang mudah perkara2 mcm ni..
EmoticonEmoticon