Aman AF 2014 Berjaya Selepas Dikritik Hebat!

Dari mula Konsert Akademi Fantasia AF 2014 hingga Konsert Akhir AF 2014, Aman peserta AF 2014 yang paling banyak dikritik hebat! Kalau AF 2013 kita ada Nabila, juga antara yang sering mendapat komen negatif bukan sahaja juri malah kritikan pedas penonton Akademi Fantasia. Malah sampai yang ada buat ugutan bunuh dek benci sangat tengok nyanyian Nabila AF 2013. Over pulak orang tu.

Akademi Fantasia tahun 2014 ni pula, jawatan tersebut disandang oleh Aman AF 2014. Peserta AF 2014 paling pemalu, paling banyak terima kritikan pedas. Aku tengok Aman AF 2014 ni tabah orangnya. Ni kalau aku yang kena kritik, setiap minggu lagi tu, mau taknye aku nangis meraung-raung atas pentas. Dari riak wajah Aman AF 2014 nampak dia cuba menahan segala kesedihan.

Aman AF 2014 berjaya selepas dikritik hebat penonton dan juri Datuk Ramli MS, kritikan negatif Aman AF 2014, komen pedas, komen keras Aman AF 2014, lagu single terbaru Aman – Without You, gambar Aman AF 2014, Aman pemenang tempat kedua, naib juara AF 2014
Gambar Aman AF 2014

Masa Aman AF 2014 terpilih sebagai finalis berentap di Konsert Final AF 2014. Ramai yang tak puas hati. Katanya Aman AF 2014 tak layak. Malah aku sendiri pun tak sangka yang Aman AF 2014 punya banyak peminat dan seringkali menang dari segi undian. See, kita sering dengar kritikan negatif nyanyian Aman AF 2014 tapi siapa sangka Aman AF 2014 punya peminat yang begitu menyokongnya.

Komen paling pedas dari Datuk Ramli MS iaitu Aman AF 2014 bukan ditakdirkan dalam bidang nyanyian benar-benar menyerlahkan sisi lain Aman. Selepas komen tersebut, Aman perfom 100% di atas pentas! Haaa..macam tu la. Malah aku sangat kagum dengan Aman, terima kritikan negatif yang kategori hot meletop tu dengan cara positif. Lepas Datuk Ramli MS komen macam tu, aku dah tak nampak diri Aman seorang yang pemalu, yang takut-takut nak luahkan perasaan. Semuanya habis dilontarkan masa persembahannya di Konsert Akhir AF 2014. See, kritikan hebat tu boleh menggubah diri kita jika diambil secara positif.

Sekali lagi, tahniah buat Aman yang bergelar naib juara untuk Akademi Fantasia 2014 tahun ni. Menang wang tunai RM30,000 dan sebuah kereta Myvi, fuh memang best! Malah lagu single terbaru Aman antara paling mendapat hits tertinggi berbanding lagu single terbaru peserta AF 2014 yang lain. Serius, lagu Aman paling best. Jom dengarkan lagu single terbaru Aman AF 2014 – Without You.

Dengarkan juga lagu single terbaru peserta Akademi Fantasia AF 2014 yang lain:
Ewal AF 2014 – Kembalikan Semula
Firman AF 2014 – Dipintu Mu
Nuha AF 2014 – Pertama Kali
Adel AF 2014 – Hati
Azwan AF 2014 – Harus Akhiri Ceritanya
Nina AF 2014 – Misteri
Zarif AF 2014 - Kau Bernama Cinta


EmoticonEmoticon