Nak beli Konstar di Astro Go Shop Channel 118

Tahu tak korang, saluran/channel tv Astro dah bertambah? Astro Go Shop program tv mempromosi pelbagai produk dan alatan rumah untuk dijual. Nak beli pun mudah. Just telefon nombor yang tertera di bawah kaca tv Astro Go Shop saluran 118.


Dulu nak beli barang, kita perlu pergi berjalan ke kedai. Dengan adanya kemudahan internet, membeli belah just melalui secara online je. Janji kat rumah ada internet! Terkini, paling terbaru, korang boleh beli barang hanya tengok dalam tv je. Astro Go Shop program tv membeli belah. Aku tengok barang yang dipromosi kat Astro Go Shop, kebanyakan produk dari luar negara macam dari China dan Korea. Salah satu produk yang berjaya menggoda buat aku nak beli ialah Konstar!

Astro Go Shop, Program tv membeli belah saluran 118, produk barangan dijual di Astro Go Shop, cara buat pembelian dan cara buat bayaran produk Astro Go Shop, gambar Konstar, harga, fungsi dan kelebihan guna Konstar
Gambar Konstar
Harga Konstar: RM129

Fungsi/kegunaan Konstar:
-blender bawang, halia, serai, cili tanpa memerlukan air
-penghancur ikan, ayam, daging tanpa memerlukan air
-menghiris sayur-sayuran
-untuk blender buah-buahan sebagai jus minuman
-memerah/mengeringkan air sayuran

Kelebihan menggunakan Konstar:
Tak perlu pakai elektrik. Just pusing guna alat, tanpa guna bateri, memang menjimatkan elektrik dan duit! Malah tak membahayakan sebab tak perlu dihubungkan dengan plak elektrik.

Cara beli produk yang dijual di Astro Go Shop:
1. Tengok tv saluran 118 Astro Go Shop, pilih produk yang kita suka. Macam aku, aku berminat nak beli Konstar.
2. Telefon nombor ni untuk buat tempahan produk di Astro Go Shop: 1-800-82-0088.
3. Operator Astro Go Shop akan sambut panggilan, korang kena bagitahu nama, alamat rumah dan produk yang korang nak beli.
4. Buat pembayaran produk Astro Go Shop sama ada melalui kredit kad, debit dan juga ketika penghantaran (COD). Semudah itu!

Astro Go Shop channel 118, Program tv membeli belah saluran 118, produk barangan dijual di Astro Go Shop, cara buat pembelian dan cara buat bayaran produk Astro Go Shop, gambar Konstar, harga, fungsi dan kelebihan guna Konstar

Kemudian, korang kena tunggu barang sampai. Maybe dalam 5 hari macam tu. Bergantung pada tempat kediaman korang. Sebenarnya kan, bukan aku yang excited nak beli Konstar ni, tapi hb aku. Lepas tu asyik suruh aku call nombor operator Astro Go Shop tu. Aku kata check dulu Konstar ni kat internet, mana tahu lagi murah. Lepas tu kan, dia check jugak. Katanya, Konstar ni ada dijual kat China dan Hong Kong je. Harga tak tahu. Means memang barang ni tak dikeluarkan kat Malaysia. Sebab tu Astro Go Shop jual dalam tv.

5 comments

:) banyak online shop yang murah2

lps tuk cepatlah ktk org nak masak tek...

Multifunction jwak konstar tok owe.

Kalau nak beli brg, kena call time produk yg nak dibeli keluar kat tv dulu ke or boleh call je bila2?

nak beli barang dalam astro go shop boleh call bila2. yang penting kita ingat nama produk tu.


EmoticonEmoticon