Kesan & Akibat Tidak Buat Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Info penting buat peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Peminjam yang tidak pernah membuat bayaran balik hutang PTPTN melebihi tempoh 3 tahun bakal disenarai hitam dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS). CCRIS ni bertujuan untuk memudahkan institusi kewangan dalam negara yang lain melihat rekod peminjam untuk urusan kredit.

Direkodkan, seramai 173,985 peminjam PTPTN tidak pernah membuat bayaran balik dari tarikh sepatutnya pembayaran dibuat. Melebihi tempoh 3 tahun. Bagi aku, suatu tempoh yang agak lama. Pembayaran PTPTN boleh di buat secara ansurans. Walaupun dalam jumlah yang sikit, janji ada bayar. Sebab bila langsung tak bayar, inilah masalah yang bakal berlaku. Di senarai hitam dalam CRIS. Malah, anda juga tak boleh ke luar negara bila nama disenarai hitam. Bermula 1 Januari 2015, PTPTN akan menyenaraikan kira-kira setengah juta nama peminjam yang gagal membuat bayaran balik pinjaman dalam sistem CCRIS.

Hutang PTPTN, kesan, akibat, hukuman, denda tidak membuat bayaran balik pinjaman PTPTN, senarai hitam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS), cara bayar hutang PTPTN, jumlah pinjaman PTPTN ditentukan BR1M, hadis hutang, bajet 2015 rebat dan diskaun PTPTN

Aku dulu juga menghadapi masalah yang sama. Lepas graduate, belum dapat kerja. Tambahan lagi masa tu, mak dan bapak aku pergi haji. So, selama 2 bulan aku duduk rumah dan jaga adik-adik. Risau memang risau, bila memikirkan hutang PTPTN ni. So, lepas mak dan bapak aku balik haji, aku dapat kerja reception. Buat bayaran slow-slow dengan amount RM70 seperti mana penjadualan bayaran balik dalam surat PTPTN. Ini salah 1 cara membantu aku untuk kumpul duit bayar pinjaman: Bayar Hutang PTPTN Melalui Nuffnang. Alhamdulillah, sekarang amount baki bayaran makin mengecik.

Tunggakan pinjaman PTPTN yang tidak pernah dibayar kini berjumlah RM1.23 bilion. Banyak tu! Kerana itu jugak, PTPTN mengalami masalah kekurangan dana untuk bagi pembiayaan pada pelajar yang masuk IPTA/IPTS. Malah ada sistem baru iaitu BR1M penentu jumlah pinjaman PTPTN pelajar. Ramai yang kurang bersetuju dengan sistem ni, tapi sistem ni telah pun dilaksanakan.

Dalam Bajet 2015 ada diberi keistimewaan buat peminjam PTPTN. Iaitu pemberian rebat dan diskaun PTPTN. Ini bagi membantu peminjam PTPTN bayar balik. Moga dengan bayaran balik peminjam dapat menambah dana PTPTN untuk membiaya lebih ramai pelajar yang nak sambung belajar.

Bajet 2015: Peminjam Hutang PTPTN Boleh Dapat Rebat & Diskaun Bayaran, Bajet 2015 mudahkan peminjam bayar balik hutang PTPTN, Rebat 10%, diskaun 20%, diskaun 20 peratus ptptn, rebat 19 peratus ptptn, cara bayar balik hutang PTPTN, hadis hutang, jumlah peminjam PTPTN yang tidak pernah bayar balik
REBAT 10 PERATUS PTPTN
Rebat 10% jika peminjam PTPTN buat bayaran balik pinjaman berterusan (bayaran bulanan) sehingga 31 Disember 2015.
DISKAUN 20 PERATUS PTPTN
Diskaun 20% diberi kepada peminjam yang mahu membayar sekaligus (bayaran penuh/lump sum) bermula hari ini sehingga Mac 2015.

Adalah menjadi kewajipan si peminjam hutang untuk membuat bayaran balik. Hatta dalam Islam pun, melalui beberapa hadis sahih antaranya riwayat Muslim menyatakan roh seorang mukmin itu tergantung-gantung dengan sebab berhutang, waima dosa orang mati syahid pun diampuni, melainkan hutangnya. Sama-sama la kita berusaha untuk melunaskan hutang kita.

Bagi peminjam yang bermasalah nak bayar hutang PTPTN ni, anda disarankan untuk datang berbincang dengan pegawai bertugas di cawangan PTPTN berhampiran. 

4 comments

Banyak jwak orang berhutang ngan PTPTN tok owe.. Angel Love Soldier

sila la bayar semula dah pinjam kan

bagi yang meminjam..telah bekerja..bergaji dan mampu untuk bayar semula..bayarlah walau dalam jumlah yang sedikit..bayarlah..bila kita memudahkan urusan orang lain..urusan kita juga akan jadi mudah..seandainya mengalami masalah..perjelaskan..biar telus..

Nasib kamek xbyk gilak hutang ngn PTPTN (^_^)


EmoticonEmoticon