Cara Elak Facebook Kena Virus Video Lucah

Baru je sebentar tadi aku terbaca komen pasal penyebaran video lucah ni. Jangan salah faham. Kalau korang tertengok post pasal video lucah kat wall orang tu. Itu bukan kerja dia. Ni haa.. Kerja virus punya pasal!

Penyebaran video lucah berleluasa di Facebook
Video lucah, virus video lucah, link post video lucah, gambar lucah dan bogel di Facebook, cara sekat, block cegah penyebaran video lucah di Facebook

Sebenarnya perkara ni pernah terjadi suatu ketika dulu. Bila baca wall kawan kita, tetibe diselitkan dengan link video lucah. Siap ada gambar lucah atau gambar bogel yang tak sanggup kita nak tengok! Mula-mula kita akan fikir, eh kawan aku ke yang share benda tak bermoral ni. Video lucah tu?! Macam mana kalau tetibe budak-budak sekolah tertengok gambar lucah ni kat Facebook. Itu bayangan aku, pertama kali terserempak post video lucah kat Facebook suatu ketika dulu. Tapi kini bila aku dah tahu, ni virus punya kerja. Kita ambil tindakan! Buat langkah sekat penyebaran video lucah ni di Facebook kita.

Untuk elakkan Facebook kita diserang virus video lucah, jangan klik link yang ada di post tersebut. Maksudnya jangan klik link video lucah tersebut. Satu lagi cara pencegahan virus video lucah ialah buat tetapan pada SETTING FACEBOOK kita seperti cara di bawah:

Video lucah, virus video lucah, link post video lucah, gambar lucah dan bogel di Facebook, cara sekat, block cegah penyebaran video lucah di Facebook
Setting → Apps → Apps, Websites and Plugins → Disabled
Korang dah buat? Moga-moga terhindarlah Facebook kita dari penyebaran video lucah.

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

9 comments

kwn kerja baru kena.. nice tips

assalamualaikum yumida...perkongsian yg baik...:)

Wahhh, perkongsian yg bagus. Thank you for the info.

trima kasih sgt2....tak larat dh nak delete post hari2


EmoticonEmoticon