Daripada produk kecantikan,
pakaian, barangan beg kulit dan segala macam produk yang sentiasa mendapat
permintaan tinggi pengguna, mesti ada jugak kes barangan tiruan a.k.a PALSU! Terkini,
sampul prabayar PosLaju yang dibeli oleh pengguna dikesan palsu!
Orang ramai diminta berwaspada dengan
kewujudan sampul prabayar PosLaju palsu setelah Pos Malaysia Berhad mengesan
perbuatan menjual dan mengedarnya dalam pasaran.
Bungkusan prabayar Poslaju yang aku
terima baru-baru ni. Sampul prabayar Poslaju warna oren pengeposan dalam
Semenanjung Malaysia. Sampul prabayar Poslaju warna biru pengeposan untuk ke
Sabah dan Sarawak. Biasanya, aku terima yang warna biru tu, tapi ni warna oren,
sure tersilap pilih sampul. Tapi takpe, janji sampai. Hihi..
Beli sampul prabayar PosLaju di pejabat pos
Orang ramai dinasihatkan hanya membeli sampul prabayar PosLaju tulen di pejabat pos, pusat PosLaju dan
ejen PosLaju yang sah. Ingat kat pejabat pos dan ejen sah. Selain dari tu,
jangan beli. Khuatir jika ianya sampul prabayar PosLaju palsu.
Jumlah sampul prabayar PosLaju palsu dikesan
Sebanyak 1,300 sampul PosLaju palsu pelbagai saiz dirampas
setakat ini. Banyak tu! Dalam kes ni siapa yang rugi? Pengguna jugak yang rugi.
Mana taknya, beli dari ejen yang tak sah, lepas tu sampul prabayar PosLaju
pulak tak tulen, sampul prabayar PosLaju palsu, bila pihak Pos Malaysia semak
dan scan, sah bukan sampul rasmi dikeluarkan oleh Pejabat Pos. Diri sendiri
yang rugi. So, kita sebagai pengguna berhati-hatilah membeli barang. Beli yang
tulen.
Kesan dan akibat menggunakan sampul prabayar PosLaju
palsu
Pengguna produk palsu itu menghadapi risiko barangan mereka
tidak diterima untuk dihantar selain berdepan tindakan undang-undang. Manakala
bagi penjual sampul prabayar PosLaju pula, kesalahan menghasilkan, mengedar,
menjual dan memproses produk pos palsu dan tiruan, hukuman denda hingga
RM500,000 atau penjara hingga 5 tahun, atau kedua-duanya.
Lapor aktiviti sampul prabayar PosLaju palsu
Pos Malaysia meminta orang ramai melaporkan sebarang kegiatan
haram menghasilkan, mengedar dan menjual produk palsu Pos Malaysia dengan
menghubungi PosLine 1-300-300-300 atau emel kepada care@pos.com.my atau
cawangannya yang terdekat. Kredit: Sampul surat prabayar poslaju palsu
8 comments
ada palsu ek
lor sampul pos laju pon ada org ciplak? manusia2 ni..aduhai....xphm btl lah.
wah...ada jugak ye...ish2...
*nak ajak join giveaway blog nieyl,klu sudi..:)
http://seindahcerita.blogspot.com/2014/11/giveaway-blog-nieyl.html
sampul pos laju pun ada jugak pelsu ek...asal boleh je orang2 ni nak menipu kan :)
lah..sampul tu pun ada palsu..ish3..
ada yg palsu ke??? nasib selama ni memng g pej pos klau nk beli smpul ni...klau x naya...
mcm mne nk define yg palsu ye? sbb ade jumpa org jual rm4 skeping..bila tnya lebih sampul dia
x pasti mcm mana nak bezakan yg palsu dgn poslaju tulen. klo nak lbh selamat bli terus dari pejabat pos
EmoticonEmoticon