Wah hebat! Ini baru canggih! Buku Teks Digital Interaktif Pintar akan dilaksanakan bermula
tahun 2016 hingga 2025. Pelancaran buku teks digital
itu juga adalah kesinambungan daripada pelaksanaan gelombang pertama inovasi
dan transformasi buku teks yang setakat ini berjaya mengumpulkan 313 judul di
laman 1BestariNet dan boleh diakses oleh para pelajar, guru-guru serta ibu
bapa.
Ini bermakna, ibu bapa boleh melihat sukatan pelajaran yang
terkandung dalam Buku Teks Digital
Interaktif Pintar hanya melalui online di rumah. Sangat-sangat hebat!
Kebanyakan ibu bapa sekarang pun dah mengenali dunia internet. So, dengan
pengenalan buku teks digital ni, ibu bapa boleh turut sama mengajar anak
berpandukan buku teks digital tersebut.
Menerusi penggunaan Buku
Teks Digital Interaktif Pintar itu, proses pengajaran, pembelajaran,
kolaboratif dan pentadbiran akan dijalankan melalui persekitaran pembelajaran
maya. Inovasi itu juga dilihat sebagai satu usaha kementerian untuk
menyelesaikan isu beg sekolah yang berat yang sering dibangkitkan oleh ibu
bapa.
Ye, aku sangat sokong cara ni. Memudahkan pelajar, tak perlu
bawak beg berat ke sekolah. Aku tengok beg anak buah aku kemain besar dan
berat. Nasib baik pergi ke sekolah naik van. Kalau jalan kaki, memang bakal
jadi pesakit osteoporosis bila
tua nanti. Tapi kan, zaman aku sekolah rendah dulu, mana ada pergi sekolah naik
van. Jalan kaki woo, dengan tanah kuning, habis kotor baju sekolah. Especially
hari hujan, kengkadang sampai jatuh dalam parit, coz tak nampak jalan dek papan
yang terapung kena air. Habis basah baju dan buku teks.
Buku Teks Digital Interaktif
Pintar ni untuk pelajar sekolah je ke? Yang pelajar kampus, agak-agak akan buat
cara macam ni tak? Buku pelajar IPTA/IPTS pun boleh tahan ketebalannya.
Bayangkan jika sehari ada banyak kelas, 1 buku tu dah beratnya nak cecah
sekilo. Huhu.. Teringat zaman kat kampus dulu, sanggup bergegas balik nak
hantar buku, memandangkan sepanjang hari banyak kelas. Banyak subjek, buku pun
perlu bawak banyak. Penuh buku dalam beg.
5 comments
Nice sharing
Wah2 canggihnya.. lepas nih anak2 dah tak payah bawak buku berat2..
p/s Yumida akak tag GA nih.. http://izzeyda.blogspot.com/2014/11/first-giveaway-by-kamamimi.html
1 persoalan je.
adakah buku interaktif itu diberi utk satu murid satu sorg ataupun share? Klo share xguNa jugak buat buku mcm nie. Sia2
Belog Miss Balqis
@Cik Balqis rasanya sesi pembelajaran pakai laptop/pc. buku teks ni dlm versi digital. mungkin disediakan setiap kelas ada laptop/pc. perlaksanaannya 2 thn lg
Baguslah.. dunia dah semakin canggih.. mmg sepatutnya pihak sekolah membuat pendekatan mcm ni. Cuma kos internet kenalah murah sikit nanti.. :)
EmoticonEmoticon