Cara Mengatasi Masalah Tidur Berdengkur

Langkah Pencegahan Tidur Berdengkur
Tak dinafikan, kesan akibat tidur berdengkur mengganggu tidur orang lain. So, apa kita kita cuba cara dibawah untuk mencegah masalah tidur berdengkur. Dengan cara ni, InshaAllah kita dapat mengurangkan kenyaringan bunyi berdengkur di waktu malam. Memberi tidur yang lena pada teman sebilik kita.

langkah pencegahan tidur berdengkur, cara elak tidur berbunyi, cara kurangkan masalah dengkur

8 CARA MENGATASI MASALAH TIDUR BERDENGKUR

1. Gandakan bantal membantu mengurangkan bunyi berdengkur
Posisi kepala yang lebih tinggi dapat membantu melancarkan serta memudahkan sistem pernafasan. Ini kerana, posisi seperti ini akan mendorong lidah serta rahang bergerak ke depan. Malah, ia juga melancarkan aliran oksigen yang melalui kawasan leher. So, bila kedudukan bantal ni lebih tinggi, sistem pernafasan kita teratur, tiada lagi kedengaran bunyi dengkur yang begitu bising dan heboh.

2. Posisi tidur mengiring untuk elak bunyi nyaring berdengkur
Tidur dalam keadaan mengiring mampu melancarkan aliran darah. Ia juga memberikan tekanan yang minimum pada organ pernafasan. Cara ini juga membuatkan kamu bernafas dengan lebih sempurna dan secara tidak langsung mengurangkan masalah dengkur. Ni cara paling senang. Sebabnya aku juga gemar tidur mengiring sambil peluk bantal guling.

3. Cegah dengkur dengan tidak merokok
Rokok mampu menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit dan akhirnya menyukarkan kita bernafas. Menurut beberapa kajian di luar negara mengatakan kebanyakan individu yang menghisap rokok berpotensi mengalami masalah berdengkur yang teruk kerana wujudnya selaput yang melekat di paru-paru akibat asap rokok. Kita dah tahu bahaya rokok, so jangan merokok, automatik kita juga mencegah diri kita dari masalah tidur berdengkur.

4. Tidur teratur dapat membantu masalah berdengkur
 Tubuh yang lemah dan tidak bermaya atau dalam kata lain terlalu penat boleh menyebabkan seseorang itu berdengkur dengan kuat. Keadaan ini terjadi kerana otot di tubuh badan menjadi lemah dan gagal berfungsi dengan sempurna. Maka tidak hairanlah mengapa individu yang benar-benar sedang keletihan selalunya berdengkur lebih teruk berbanding hari biasa. Untuk mengelakkan diri dari terus berdengkur, rancang dan atur waktu tidur dengan lebih awal dan teratur. Pastikan tubuh mendapat waktu rehat yang secukupnya iaitu sekurang-kurangnya 6 jam sehari.

5. Jaga berat badan untuk elak masalah dengkur
Walaupun ada sesetengah individu yang bertubuh kecil juga berdengkur itu tidak bermaksud ia tiada kena mengena dengan berat badan. Sebenarnya, apabila berat badan bertambah lapisan lemak dalam tubuh juga semakin menebal. Apabila ia semakin menebal, ia menyebabkan segala saluran semakin sempit terutamanya di bahagian leher. Kerana inilah individu lebih cenderung berbunyi / berdengkur ketika tidur.

6. Hindari ubat penenang atau sedatif untuk elak dengkur terjadi
Apa pun jenis penenang, sama ada pil tidur dan apa saja produk ubatan bertujuan menenangkan, boleh menyebabkan dengkur kerana ia mengganggu sistem saraf, seterusnya menyebabkan rehat keterlaluan kepada otot dan tisu dalam kerongkong.

7. Hidu wap air sebelum tidur mampu kurangkan bunyi dengkur
 Hidung tersumbat juga satu daripada punca berdengkur. Sebelum tidur, hidu wap air panas atau letakkan tuala yang dicelup dengan air panas pada muka dan sedut wapnya. Ini adalah satu cara untuk menghilangkan lendir yang menyumbat hidung kita. Bila lendir hilang pernafasan lebih lancar dan kemungkinan untuk berdengkur berkurangan.

8. Tempat tidur yang bersih tanpa habuk mencegah masalah dengkur
Habuk atau alahan boleh jadi punca kita berdengkur kerana masalah sukar bernafas. Pastikan cadar dan sarung bantal bersih daripada habuk dan hama. 

Itulah 8 cara untuk mengatasi masalah tidur berdengkur. Bila kita lakukan cara pencegahan dengkur ni, sekurang-kurangnya ia memberi ketenangan buat teman sebilik kita. Tiada bunyi serombong kapal yang nyaring. Tidur mereka pun lena. Malah ianya membantu kelancaran darah kita. Sistem pernafasan yang lebih baik dan teratur. Buat anda yang sering tidur berbunyi, jom lakukan cara mencegah bunyi dengkur!

5 comments

malu bila ada orang cakap ko semalau tidur berdengkur. hahaha

Assalammualaikum.. yumida,

terima kasih dengan tips2 mengelak tidur berdengkur nie...

mselim3

Alhamdulillah... setakat ni belum ada komplen lagi ttg berdengkur ni. Thanks sharing Yumida.. :)


EmoticonEmoticon