Filem Seram Villa Nabila Adaptasi Kisah Benar

Kisah banglo lama Villa Nabila dijadikan filem
Masihkah korang ingat tentang berita kehilangan pelajar yang hilang dalam banglo lama Villa Nabila? Tempat yang dilabel ‘keras’ yang dikatakan banyak mengandungi cerita seram. Pendek kata memang tempat berhantu la. Misteri Villa Nabila sehingga kini masih menjadi bualan orang ramai.

Sinopsis filem seram Villa Nabila adaptasi kisah benar, kisah misteri banglo lama Villa Nabila, cerita hantu Villa Nabila, gambar filem Villa Nabila
Gambar cover filem Villa Nabila

Sinopsis cerita seram Villa Nabila ni diangkat dan difilemkan. Jalan ceritanya pula diadaptasi mengikut kisah benar. Wah.. Aku dapat rasakan mesti meremang bulu roma bila tonton filem Villa Nabila ni nanti. Malah penggambaran filem Villa Nabila ni juga dilakukan di lokasi sebenar iaitu di banglo lama bernama Villa Nabila di Johor.

Sinopsis filem seram Villa Nabila adaptasi kisah benar, kisah misteri banglo lama Villa Nabila, cerita hantu Villa Nabila, gambar filem Villa Nabila 
Penggambaran filem di banglo lama Villa Nabila

Kisah misteri di sebalik kehilangan remaja di banglo lama Villa Nabila
Menurut pengarah filem Villa Nabila ni, beliau mendapat idea untuk hasilkan filem ni apabila beliau mendengar kisah misteri di sebalik kehilangan remaja terbabit. Menurutnya, banyak kisah lain yang tidak diceritakan kepada umum. Begitu juga dengan kisah dua kontraktor yang sebelum ni pernah diarahkan untuk merobohkan banglo lama Villa Nabila tersebut. Teringin jugak nak tahu apa kisah di sebalik kehilangan remaja tersebut.

Tarikh filem Villa Nabila ni ditayangkan di pawagam ialah 15 Januari 2015. So, pada anda semua jangan lupa berkunjung ke pawagam untuk menyaksikan filem seram Villa Nabila. Tahun depan la… Pejam celik pejam celik, cepat je masa berlalu.

7 comments

mmg comfrim seram.. but lama lgi disiarkan

Kan ada pulak yang kena rasuk kan huhuhu.....

kalau olahannya menarik pasti ramai yang suka tonton

Buat Filem pulak..harap2 best la..heheh


EmoticonEmoticon