Memandangkan aku seorang kaki join segmen/giveaway/contest,
sememangnya aku pernah berdepan dengan sponsor
tak menepati janji. Pemilihan pemenang dah dibuat, tetapi bila kita hantar
details pada sponsor tersebut, tiada feedback diberikan. Malah ada juga kes,
sponsor kata nanti saya hantar minggu depan, ditunggu-tunggu tak juga barang
kesampaian.
Kes sponsor mencipta berbagai
alasan. Tujuannya agar hadiah tersebut dibatalkan. Yang tu pun aku dah
alami. Macam-macam alasan diciptanya, sampaikan kita rasa tak logik. Last-last
nah rasalah ceramah dari aku ‘tanggungjawab menunaikan janji’.
Malah aku juga pernah memenangi hadiah bernilai RM200.
Sponsor tu kata hadiah dah dipos. Dia pun bagitahu tarikh dia pos hadiah
tersebut. Aku kata mintak nombor tracking pos laju untuk semak dalam sistem
pengeposan barang. Dia kata, dia tak ambik nombor tracking tu. So, tak dapat
nak kesan barang tersebut..katanyeee. Kalau difikirkan secara waras, barang
mahal pos guna pos laju yang kita tahu jaminan keselamatannya, barang tu pasti
akan sampai ke penerimanya. Tapi, tak sampai pun. Sah-sah nak menipu. Lepas tu bila aku baca komen
kat blog dia, rupanya ramai lagi complain barang yang dia pos tak sampai.
Konon-konon la, dia bagitahu yang dia dah pos barang tapi penghujungnya pos tak
sampai. Padahal memang tak pos pun.
Bila sponsor tu tak
menunaikan janji a.k.a sponsor penipu. Kita nak buat macam mana. Kita dah
tuntut hak kita dengan cara baik. Malah disusuli dengan tuntutan susulan agar
si sponsor tadi tak lupa akan janjinya. Malah aku sendiri, bila perkara tu dah
berlaku dalam tempoh yang lama, aku tak tuntut lagi. Mungkin juga aku sendiri
pun dah lupa. Bila janji sponsor tak
ditunaikan, maka bergelarlah anda seorang penghutang.
"Barangsiapa yang tidak
menepati janji seorang muslim, maka dia mendapat laknat Allah, malaikat, dan
seluruh manusia. Tidak diterima darinya taubat dan tebusan."
(HR. Bukhari, 1870 dan Muslim, 1370).
Jadi, berwaspadalah anda bila memegang janji.
Hari ni, aku rasa sangat-sangat bahagia, gembira. Sebab ada beberapa
sponsor yang baik hati.
Alhamdulillah..sponsor yang begitu jujur.
Barang yang dipos semua dah sampai. Malah hadiah wang tunai juga sudah aku
terima, ada yang respon dengan begitu cepat, ada jugak yang ambil masa. Tapi
takpe, selagi ianya tertunai, Alhamdulillah, moga Allah sentiasa murahkan
rezeki u olls semua, dipermudahkan urusan seharian dan diberi kerahmatan hidup.
Berbicara pasal sponsor
jujur, ada 1 kisah. Yang dia ni mungkin terlupa atau ingat dia dah pos
hadiah. Aku tengok orangnya begitu peramah di blog. Aku tegur, ‘as salam sis,
rasanya hadiah giveaway sis yang 6 bulan
dulu, sis belum pos lagi’. Dia pun cepat-cepat reply, mungkin dia terlupa
kot. Dia pun minta alamat aku. Seminggu lepas tu, terus hadiah tu sampai kat
rumah aku. Siapa sangka si sponsor jujur yang terlupa bagi hadiah tadi, telah
menjadi salah seorang rakan bloggerku yang akrab. Kini, berada di dalam senarai
bloglistku. Siapakah dia? Jengjengjeng..
20 comments
Selalu gilak sponsor menipu tok kak.. Kadang bukan setakat menipu, mun berik hadiah, contohlah baju, kita mintak size kecik, cdak berik XXL. Siapa nak pake kan? Banyak kali juak dapat baju size ganda2 X ya. Hahahah T_T
saya belum pernah terbabit secara langsung dengan sponsor
tapi manusia ni memang pelbagai ragam
mereka lupa hidup ni sementara je =)
ada jugak ek
anum blum pernah kena
pernah experienced sebab tu macam serik jer...
pernah kena sekali je.. kadang2 malas dh nak join.. tp support kawan punye pasal..join je la.. hihi
belom pernah terkena...tp sebaik2nya tunai janji la kn
truknya...
assalamualaikum yumida...pernah juga kena tapi x pulak tanya dia...last2 terlupa terus...:)
teruk juga sponsor yang penipu tu...
teruk juga sponsor yang penipu tu...
hehe..rasanya rmi kot blogger yg alami benda ni..lps ni penganjur kena check btl2 lah kalo nk dptkan sponsor...
Tak baik kan menipu orang untuk dapatkan faedah diri sendiri gitu... Moga Yumida sihat k :)
pnh jgk jmpa sponsor penipu. .dh hntr detail semua. .jnji nk bg. .tp habuk pun xde. .lama sgt dh. .jd halal kan je la. .mna tau dia terlupa ke xsmpat bg.
Alhamdulillah so far sponsor semua okay je :)
PosLaju pun kerap dah dtg umah. hihi
Sebab ya kamek jarang join GA gik
Sebab ya kamek jarang join GA gik
nak jadik sponsor mesti kena jujur kan..tapi kes yg tak jujur ni,hemmm...
Tak guna jadi sponsor penipu ni kan.. lambat laun makan diri jugak hhmmm...
menipu ni rezeki tak berkat.insaflah.
Wow bestnya sponsor jujur tu..lama2 jadi best friend...
tahniah2...:)
EmoticonEmoticon