Apa Beza http Versus https?

HTTP:// versus HTTPS://
Aku sangat confuse sekali, apa beza antara http dengan https. Ada yang tahu? Boleh bagi penerangan di kotak komen di bawah. Perbezaan http dan https ni, aku perasan bila tiap kali nak refer url website. Mesti ada perbezaan bahagian url http dan https ni.

Referrers trafik blog Yumida di akaun Nuffnang bertarikh 10/11/2014:
Dari mata kasar, nampak macam sama. Tapi sebenarnya tak. Satu referrer datangnya dari http, manakala satu lagi referrer dari https.

Perbezaan http dan https, url website http, https, www, referral blog, referrers hits site, trafik blog, unique visitors, uv, pageviews, pv
 Referrer hits trafik blog https://www.google.com.my berjumlah 8842
Referrer hits trafik blog http://www.google.com.my berjumlah 6550

Kalau buka email, Facebook, gambar Google, editor blog dan banyak lagi di depannya ada https. Untuk url blog pula gunakan http. Tapi ada gak laman yang tak gunakan https atau http di hadapan url, contohnya Nuffnang (bermula dengan www), apa lagi erk. Makin lama cari makin konpius jadinya. Hihi.. Sesiapa yang tahu, sudi-sudikanlah berkongsi, boleh la tambah kefahaman diri ini.

Perbezaan http dan https, url website http, https, www, referral blog, referrers hits site, trafik blog, unique visitors, uv, pageviews, pv

Trafik blog Yumida minggu ini. Fokus pada trafik blog semalam, 10/11/2014, mencatat 17,052 unique visitors (uv) dan 33,220 pageviews. Alhamdulillah..moga apa yang dikongsikan bermanfaat buat semua.

11 comments

Assalammualaikum.... yumida,

Mselim3 dah buat research... bahasa mudah nyer agar mudah faham... ialah begini :

kepada penggunanyer http:// adalah kurang secure berbanding https:// . Makna s dihadapan adalah secure... maklumat nyer tidak mudah diceroboh oleh hackers2... ambik contoh maybank2u.com ada s kan.... ataupun portal2 atau website kerajaan mesti ada s...

mselim3

HTTP - HyperText Transfer Protocol

HTTPS - HyperText Transfer Protocol Secure

Ishhhhh banyaknya trafik ktk kak yumida!

This comment has been removed by a blog administrator.

tahniah sis .. semoga lebih maju dalam blog.. ^^

Terlamabt komen pulak. Website yg ade s mmg lebih secure. Sebab tu website yg hebat2 dorg ade s, salah satu cara elak dari hackers

oh baru tahu pasal ni mselim. thanks bgtau. ilmu ni..

great! tu la baru tahu lepas member terangkan

thanks atas perkongsian, tu la baru tahu je ni. kebanyakan laman sesawang mmg ada https


EmoticonEmoticon