Showing posts with label TV9. Show all posts
Showing posts with label TV9. Show all posts

Sinopsis Drama Nasuha

Sinopsis Nasuha Drama TV9
Nasuha mengisahkan seorang gadis buta bernama Nasuha (Tasha Shilla) yang mendambakan bahagia dalam hidupnya. Hidupnya penuh dengan ujian. Walaupun hidupnya penuh derita, Nasuha cekalkan hati menempuhi dugaan yang akhirnya menemukan dirinya dengan ketulusan cinta.

Sinopsis Sinetron Cinta 7 Susun

Sinopsis Cinta 7 Susun Sinetron TV9

Cinta 7 Susun mengisahkan sekumpulan gadis yang tinggal di Rumah Susun RT 7. Mereka terdiri daripada A.Tee, Pj, Linzy, Natly, Mezty dan Grace. Walaupun tinggal di rumah yang sama Rumah Susun RT 7, namun mereka mempunyai sikap yang berbeza, termasuklah latar belakang keluarga mereka.

Sinopsis Satu Hari Di Sarajevo

Sinopsis Satu Hari Di Sarajevo Drama TV9

Satu Hari Di Sarajevo mengisahkan seorang jejaka, Isfahan (Remy Ishak) yang membawa diri ke Sarajevo selepas kecundang dalam percintaan. Hatinya remuk redam. Namun siapa sangka, kehadirannya di Sarajevo bakal menemui cinta baharu. Perwatakan Sabrina (Sara Ali) mencuit hati Isfahan. Isfahan merasakan perasaanya pada Sabrina semakin kuat. Hingga timbulnya bibit-bibit cinta.

Sinopsis Teduhan kasih

Sinopsis Teduhan kasih Drama TV9 & TV3

Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa.

7 Suami Episod Akhir

Episod Akhir Drama 7 Suami

Ada yang nak tahu apakah kesudahan kisah Yah dalam mendirikan rumah tangga? 7 Suami mengisahkan Yah seorang anak yatim, dipertemukan jodoh. Namun, jodohnya tidak pernah berkekalan. Watak Yah (Izreen Azminda) dalam drama 7 Suami, sangat menyentuh hati. Siapa sangka drama 7 Suami ini merupkan adaptasi daripada kisah benar. Jom baca sinopsis 7 Suami episod akhir kisah rumah tangga Yah.

Sinopsis Menantu Mak Uteh

Sinopsis Menantu Mak Uteh Drama TV9

Menantu Mak Uteh mengisahkan Hafiz (Fazreen Rafi), iaitu anak Mak Uteh (Norlia Ghani) menjadi rebutan para gadis. Masing-masing berebut ingin menjadi isteri Hafiz. Normah (Liza Abdullah) dan Lijah (Anne Abdullah) pula, berusaha untuk menjodohkan anak mereka dengan Hafiz. Memang riuh rendah jadinya.