Sinopsis Novel Cerita Satu Malam
Cerita Satu Malam mengisahkan Rizal yang baru bekerja di sebuah
bangunan di pinggir kota Kuala Lumpur. Pada suatu malam, dia terpaksa pulang
lewat kerana tugasnya. Apabila selesai bertugas, dia turun ke bawah untuk
pulang. Namun apabila tiba di lobi, dia dikejutkan dengan kejadian seorang
lelaki jatuh dari tingkat atas bangunan.
Ketika dia tergamam itu, dia telah
ditegur seorang pengawal keselamatan bernama Kadir. Melalui Kadir, dia telah
diberitahu bahawa bangunan itu sebenarnya keras. Kadir menceritakan tiga
kejadian yang pernah berlaku di dalam bangunan itu.
Kisah Jennifer yang mengandung anak
teman lelakinya telah mencari jalan singkat dengan terjun dari bangunan. Tandas
di aras tujuh bangunan itu dikatakan berhantu berikutan kedengaran suara
tangisan seorang perempuan dan ada kejadian ngeri. Terdapat juga kisah nasib
pengawal keselamatan yang turut diganggu dengan sesusuk tubuh lelaki tanpa
kepala.
Rizal menjadi kalut mendengar cerita
Kadir. Dia akhirnya meminta diri untuk pulang kerana waktu semakin lewat.
Ketika dia keluar dari lobi, dia sempat melihat mayat yang terbujur di depan
bangunan. Rizal bertambah terkejut apabila melihat wajah lelaki yang mati itu
ialah Kadir. Jadi… dengan siapa dia bercakap tadi?
“Tapi abang tak bohong. Memang macam-macam ada dalam bangunan ni. Jumpa dengan tidak aje.” – Ayob
“Saya boleh buktikan yang kematian gadis-gadis di dalam tandas ni ada kena-mengena dengan puaka yang mendiami tempat ni.” – Shira
“Tapi abang tak bohong. Memang macam-macam ada dalam bangunan ni. Jumpa dengan tidak aje.” – Ayob
“Saya boleh buktikan yang kematian gadis-gadis di dalam tandas ni ada kena-mengena dengan puaka yang mendiami tempat ni.” – Shira
Inilah
gambar novel Cerita Satu Malam
Penulis
novel Cerita Satu Malam: Zaifuzaman Ahmad
Harga novel Cerita
Satu Malam: RM19.90
Jumlah
halaman novel Cerita Satu Malam: 544 muka surat
Novel Cerita
Satu Malam merupakan novel antara yang terlaris dijual tahun 2014. Jom dapatkan
novel Cerita Satu Malam di pasaran! Serrrrammm..
7 comments
adeh,,,ngerinya
ngeri :(
Mcm best je ni Yumida.. thanks sharing.. :)
Hai Kak Umikasum.. Saya biasa beli novel dari Fixi .. Kalau novel keluaran lain jarang sikit beli. hehe.. Kak suka baca novel erk? try la baca novel dari Fixi. Banyak novel bestseller.. =D
best sinopsis..
erkk seram jgk nih
Macam best ;D
EmoticonEmoticon