KLIK BANNER UTK JOIN
TAMAT: 06/10/2014
Jika anda punyai sejuta
ringgit, apakah anda akan buat dengan duit tersebut?
Dengan wang RM1 juta saya akan
manfaatkan untuk:
RM100,000 untuk baik pulih rumah,
membesarkan ruang rumah, membuat sistem keselamatan rumah yang canggih dan
terkawal rapi.
RM150,000 untuk buka kedai buku.
Memandangkan diri saya yang gemar membaca novel, majalah, buku ilmiah, surat
khabar. Lagipun rakyat Malaysia kan suka membaca, pastinya perniagaan buku saya
mendapat sambutan hangat.
Membeli lebih banyak peralatan menjahit. Modal
saya anggarkan dalam RM150,000. Terutamanya membeli bahan manik dan modal kain.
Modal masuk dalam kos sewa kedai, kos bayar upah pekerja, kos mesin. Ni salah 1
cabang perniagaan yang saya minat jugak. Perniagaan menjahit. Menjual kain
sulam dan kain bermanik.
Membeli Sijil Simpanan Premium
BSN sebagai pelaburan. Saya bajetkan untuk pelaburan ni dalam RM100,000.
Pelaburan sememangnya sangat penting untuk jangka masa panjang.
RM100,000 buat simpanan di bank.
Termasuklah dalam ASB, AS1M. Dan pelbagai bank simpanan yang membolehkan saya
menyimpan wang untuk kegunaan masa hadapan.
RM100,000 untuk kegunaan bayar
lump sum hutang PTPTN, bayar hutang kereta dan segala hutang sampingan yang
ada.
RM100,000 untuk hantar emak dan
ayah menunaikan fardhu haji.
RM100,000 diagihkan buat
adik-beradik, sanak saudara yang memerlukan bantuan kewangan dalam pelajaran
dan juga membeli ubat-ubatan.
RM50,000 untuk derma badan
kebajikan di Malaysia. Seperti rumah anak yatim, rumah orang-orang tua, golongan
kurang upaya OKU, golongan miskin.
RM30,000 untuk derma buat rakyat
Gaza. Kesan peperangan telah melumpuhkan sistem ekonomi mereka di sana. Dengan
saluran wang tersebut, sedikit sebanyak membantu kehidupan rakyat Gaza, untuk
bantuan makanan, minuman dan pendidikan.
RM20,000 untuk membuat eQurban
buat rakyat Kemboja. Macam yang kita tahu, ramai saudara Islam kita di sana
yang hidup dalam kemiskinan. Malah pihak yang menguruskan Korban Kemboja adalah
orang yang sangat dipercayai. Moga-moga dengan sedekah korban ni akan sampai
kepada pihak yang tepat yang layak menerima.
Itulah perancangannya jika ada
wang RM1 juta. Mudah-mudahan dimurahkan rezeki buat diri saya, buat kita semua.
Amalkan doa ini selalu, insha Allah terbuka pintu rezeki buat kita
Apakah anda akan buat apabila dalam keadaan stress atau sedih?
Bila saya dalam keadaan terlampau stress/sedih, perkara pertama yang
saya buat ialah menangis. Dengan menangis, ia dapat meringankan tekanan yang saya
hadapi. Malah saya juga pernah terbaca 1 kajian yang mengatakan, proses
menangis dapat mengurangkan rasa tertekan yang dialami seseorang. So, tak
menghairankan kalau orang terlalu stress/sedih, automatik mereka akan mudah menangis.
Usai menangis, saya akan merenung semula punca yang membuatkan saya
stress/sedih. Setiap masalah yang timbul pasti ada sebabnya. Sebolehnya saya
tidak mahu dibuai emosi akibat terlalu stress/sedih. Andai masalah tu dapat
diselesaikan, saya akan berusaha untuk memperbetulkan keadaan. Namun, jika
punca stress/sedih di luar kawalan saya, saya akan beradaptasi menerima
hakikat. Agak payah sebenarnya. Tapi itulah cabaran hidup yang kita kena
tempuhi.
Dalam pada itu jugak, saya akan ambil bantuan pil penahan sakit. Sebab
bila saya terlampau stress/sedih, saya mudah diserang sakit kepala. Biasa saya
hanya ambil penadol. Bila penadol dah meresap dalam badan, kesakitan kepala
akan berkurangan. Memberi rasa kelegaan.
Selepas solat saya sering panjatkan doa kepadaNya. Minta diberi jalan
yang lurus, minta dipermudahkan urusan, minta diberi kelapangan jiwa. Mengadu
kepadaNya. Diberi jalan penyelesaian setiap masalah. Itulah sebaik-baik cara
untuk kita meluahkan perasaan. Pastinya luahan hati kita sentiasa didengar oleh
Yang Maha Esa. Malah, lepas solat saya sering amalkan doa minta diberi
ketenangan hati. Bila hati tenang, terhindarlah rasa stress/sedih, mencetuskan
minda positif.
Doa yang selalu saya amalkan ketika menghadapi saat stress atau sedih
Malah saya juga meluahkan apa yang terpendam, yang menjadi sebab
stress/sedih pada orang sekeliling. Tidak kira mereka sahabat, sepupu, ibu
bapa, adik-beradik. Yang penting orang yang kita luahkan tu, orang yang sangat
diri kita percayai. Dengan meluah, terkurang beban di bahu kita. Malah mereka
tidak lokek memberikan kata-kata semangat, nasihat.
Apakah memori paling indah anda ada bersama ibu/bapa/famili anda?
Memori paling indah ketika bersama keluarga ialah dapat
merasai keseronokan suasana Ramadhan di kampung. Tahun 1992, kali pertamanya saya
merasai suasana perkampungan. Kami sekeluarga 100% berpindah dari kehidupan
kota yang sibuk ke desa perkampungan yang aman damai. Masa tu saya berumur 8
tahun, darjah 2.
Pertama kalinya juga saya melihat pakcik saya bermain meriam
buluh. Ala..percikan mercun dari buluh tu. Teruja lihat asap berkepul-kepul
dengan bunyi nyaring meriam buluh. Lain bunyinya berbanding mercun dijual kat
kedai tu. Paling bez, bila bunyi meriam buluh saling berbalas bedilan
seolah-olah bunyi perang. Seronok sangat time tu. Kebetulan masa mula berpindah
ke kampung, time tu awal bulan Ramadhan.
Saya turut membantu abang menyediakan pelita buluh.
Memasukkan sumbu pelita ke dalam corong disediakan, memacakkan pelita buluh ke
tanah, membantu menuangkan minyak tanah ke dalam buluh. Malam nanti, bila dah
gelap sikit baru dipasang apinya.
Bila tibanya waktu berbuka puasa, terujanya saya melihat
sajian makanan yang begitu banyak di atas meja. Padahal mak hanya masak 2 lauk
je. Tapi jiran tetangga bagi makanan yang begitu banyak. Mak kata lauk
pemberian jiran sebelah. Sedekah.. Bila dah masuk waktu berbuka, lahapnya saya
makan. Ye la dah seharian kering tekak, perut berkeroncong. Bila kenyang,
sampai senak perut jadinya. Semua nak disumbat masuk. Seronok makan
beramai-ramai, riuh rendah jadinya. Mak, bapak, abang, adik, nenek, atuk, pakcik,
paksu, makngah semua ada.
Malam kian gelap. Saya dah teruja menunggu kat luar rumah.
Abang datang membawa mancis untuk diyalakan pada api pelita buluh. Wah…tak
sangka bersinarnya cahaya api buluh tu. Kat kota mana ada benda sebegini. Rumah
dekat-dekat. Malah main mancis pun dilarang. Kat kampung terasa kebebasan
sedikit, meneroka pengalaman baru di kampung sememangnya menyeronokkan!! Itulah
saya ketika kecil. Berpeluang merasai kemanisan kenangan di bulan Ramadhan
bersama keluarga. Memori terindah! Alhamdulillah..
7 comments
Goodluck ;)
Terima kasih sebab join. Saya dah review penyertaan anda dan tunggu update di The Kufazuke Show (www.kufazuke.com) esok tengahari untuk ketahui adakah anda pemenangnya!
Terima kasih!
tahniah sis..
tahniah yumida,salam blogwalking.
Tahniah yumida
♡♡♡
tahniah menang!
singgah dari segmen yang sama
http://eurukaseven.blogspot.com/2014/10/segmen-kufazuke-show-ini-adalah-aku.html
EmoticonEmoticon