KLIK BANNER UTKJOIN
TAMAT: 15/10/2014
Foto:
4 ekor kerengga mengangkat kumbang besar
Lokasi:
Tempat sidai pakaian, belakang kuarters
Tarikh
gambar: 22 Jun 2012
Pepatah
ada mengatakan, “Berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing”. Itulah gambaran yang dapat aku lihat menerusi foto
di atas. Badan kerengga yang 100 kali lebih kecil berbanding badan kumbang
mampu diangkat dan dibawa menerusi tali penyidai pakaian. Semuanya atas usaha
kerjasama sebuah pasukan. Bayangkan jika tidak ada kerja berpasukan, mampukah
kumbang ini diangkat oleh seekor kerengga? Oh pastinya tidak!
Konsepnya
sama juga seperti kita sebagai manusia. Dalam memacu perkembangan ekonomi dan
pembangunan negara, kita sebagai rakyat Malaysia harus bersatu hati. Seperti
perumpamaan ini, “Bersatu teguh,
bercerai kita roboh”. Jika tidak ada semangat berpasukan dalam memajukan negara,
maka pincanglah ekonomi kita, pembangunan mundur, rakyat merusuh, terumbang-ambing
di tempat kerja, tiada keyakinan, sering khuatir syarikat bakal bankrap. Oleh
itu, sama-samalah kita menyumbang tenaga, buah fikiran, membentuk perikatan
utuh di tempat kerja dan memberikan usaha terbaik dalam kerja berpasukan demi
mencapai kejayaan.
Jika
dilihat dari perspektif Islam pula, kerja berpasukan juga merupakan asas kepada
kekuatan ummah. Ianya dapat dilihat menerusi konsep tolong-menolong.
Allah
SWT berfirman dalam surah al-Maidah ayat 2;
"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan
untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan
pada melakukan dosa (maksiat dan pencerobohan).
Sebagai
seorang umat Islam, kita perlu terapkan sikap bekerjasama. Dengan bergerak
secara berpasukan, mengamalkan konsep tolong-menolong yang makruf, maka sudah
tentu umat Islam dapat sentiasa menjunjung kekuatan ummah yang akhirnya memberi
kebaikan dan kebajikan kepada semua pihak.
Harus
diingat! Semangat kerja berpasukan merupakan kunci kejayaan! Contohilah semangat
kerja berpasukan seperti mana kisah 4 ekor kerengga di atas.
Mini Contest My Lense Story ini dianjurkan oleh kizmyself, dengan kerjasama Pingje.Org, Blog Melayu Terkini, Media Info
3 comments
Goodluck ;)
terima kasih atas sokongan
bersatu kita teguh, bercerai kita roboh..
http://akuvsdiashadhira.blogspot.com/2014/10/contest-my-lense-story-kaulah-teman.html
EmoticonEmoticon