Sebuah firma guaman di Amerika Syarikat (AS) mahu mewakili
keluarga mangsa penumpang pesawat MH370 bagi mengemukakan saman terhadap Boeing dan syarikat Penerbangan Malaysia
(MAS). Firma Ribbeck Law berkata, pihaknya mahu mengemukakan saman kerana
mengesyaki pesawat itu terhempas selepas
mengalami masalah mekanikal.
Pesawat yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing
itu hilang pada 8 Mac lalu sebelum diumumkan terhempas di Lautan Hindi. Seramai
239 penumpang termasuk anak kapal yang menaiki pesawat jenis Boeing 777-200 itu
dipercayai terbunuh dalam kejadian tersebut.
Ketua litigasi penerbangan global Ribbeck Law, Monica Kelly
berkata, syarikat itu telah memfailkan satu petisyen terhadap Boeing dan MAS di
sebuah mahkamah di Illinois, AS. Petisyen itu dipohon bagi mendapatkan bukti termasuk kecacatan reka bentuk dan pembuatan yang mungkin menyumbang kepada bencana berkenaan.
SEBUAH model pesawat Boeing 777 diletakkan di atas meja
ketika satu sidang akhbar oleh Ketua litigasi penerbangan global Ribbeck Law,
Monica Kelly di Kuala Lumpur
"Fokus kes ini adalah pada Boeing kerana kami percaya kemalangan itu berpunca daripada kerosakan
mekanikal. Teori kami, peralatan
di kokpit mengalami kegagalan dan terbakar serta menyebabkan kru pesawat
pengsan akibat asap. Kami juga mengesyaki ada kecacatan pada badan pesawat yang
menyebabkan tekanan kabin hilang dan menyebabkan kru tidak sedarkan diri,"
katanya dalam satu sidang akhbar di sini semalam.
Menurutnya, syarikat itu percaya pesawat tersebut terbang selama
beberapa jam sebelum terhempas akibat kehabisan minyak. "Kami membuat
rumusan ini berdasarkan kemalangan terdahulu dan menolak teori berlakunya
rampasan atau juruterbang membunuh diri," tambahnya. Ketika ini syarikat
itu mewakili Chrisman Siregar bapa kepada seorang penumpang dari Indonesia,
Firman Siregar.
Sekiranya saman itu difailkan syarikat berkenaan menuntut pampasan berjumlah hampir 1 bilion
dolar AS dan meminta Boeing membaiki
keseluruhan pesawat jenis 777. Ribbeck Law juga mewakili 115 penumpang
sebuah pesawat Penerbangan Asiana yang terhempas di San Francisco pada Julai
tahun lalu. - Reuters
Sumber: Kosmo Online
Fuh… AS$1 bilion! Kotak hitam
masih dalam proses pencarian. Selepas penemuan kotak hitam nanti, dan
pengumpulan serpihan pesawat MH370, mungkin punca kemalangan kapal terbang tersebut
dapat diketahui.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
11 comments
Wah.. disaman pulak dah tok.. Bukan sikit ya..
Kesian MAS.. Malaysia dah berusaha sebaik mungkin dalam mencari pesawat ni.. -__-
Assalamualaikum dik Yumida...semoga pihak Mas dan Malaysia tabah menghadapinya...dan semoga pencarian dipermudahkan segalanya oleh Allah...
Moga Allah permudahkan urusan pihak MAS amiinnn..
Assalammualaikum,.. yumida,
Kes saman pulak..harap2 Malaysia dan MAS sabar menghadapi dugaan ini.
mselim3
Nampak sangatlah firma tu sekadar nak menangguk di air yang keruh. selagi kotak hitam belum dijumpai, sehingga itulah punca pesawat hilang takkan diketahui
selagu blm ada bukti..mna nak blh saman2 kan
Assalamualaikum.. saman? Semoga dipermudahkan segala urusan mereka.. sedih baca ni..
Dah kena saman....
Saman bdasarkn teori.. xmasuk akal. Kena ada bukti kukuh dlu laa. Adoii.. lgpun kena consider ske, biar reda dlu keadaan skang bru nk saman ..pehal laa d0rg ni..
astaghfirulllahalazim... sampai jadi kes saman menyaman... kesian MAS.. bkn mereka pinta jadi mcm ni...