Anda sudah punya buah hati? Jika ada, Alhamdulillah…moga
membuahkan bunga-bunga cinta yang bahagia. Masih single? Takpe, jangan risau,
pasti suatu hari nanti anda akan menemui jodoh yang ideal. Pernahkah anda
menyelidik dan mengkaji sikap pasangan anda? Ini penting untuk melihat masa
depan sesebuah perhubungan.
Bercinta itu indah. Dek kerana di lamun cinta, kekurangan
pasangan bukanlah menjadi suatu hal yang besar. Dengan sedikit penelitian,
dengan sedikit siasatan, insha Allah pasti kita akan menemui jodoh yang
terbaik.
Berikut merupakan sebab mengapa harus berpisah dengan
pasangan kita. Memandangkan Yumida seorang perempuan, so ianya khas ditujukan
buat lelaki.
4 sebab berpisah dengan
teman lelaki:
1. Tiada kesungguhan
Lelaki yang tidak serius dalam
melakukan sesuatu mempunyai prinsip yang
tidak tetap. Pendiriannya berubah-ubah. Baik hatinya, perasaannya, kesungguhannya dan bermacam lagi. Dalam
hubungan, mereka akan sentiasa bersikap
sambil lewa. Tidak benar-benar mahu
melaksanakannya. Contohnya, suatu hubungan telah terbina sekian lama.
Apabila berbicara soal kahwin, mereka akan mengelak.
Mencipta berbagai alasan. Sebab
musabab tidak dapat berkahwin. Lelaki yang serius dalam perhubungan, akan
mencari jalan bagaimana untuk melangsungkan perkahwinan. Jika ianya berkaitan
duit, mereka akan meminta suatu tempoh agar duit dapat dikumpulkan untuk
melangsungkan perkahwinan. Ianya termasuklah dalam mengambil hati kita sebagai pasangannya. Tiada usaha untuk membahagiakan kita, membiarkan kita dengan
perasaan kita sendiri. Umpama kita sorang je yang bertepuk sebelah tangan, tapi
dia…buat don’t know je. Sikap acuh tak acuh. Terdetik di hati, siapa kita dalam
hidup mereka? Mahukah kita menjalinkan cinta dengan lelaki yang tidak serius
dalam perhubungan?
2. Lelaki bermulut murai
Mereka yang suka bercakap, bercakap
dan bercakap. Bercakap benda yang tidak
berfaedah. Kengkadang apa yang dituturkan
tiada mesej. Umpama bercakap benda yang sia-sia. Orang sebegini jenis yang bukan suka mendengar. Menurut
sebuah hadis, lelaki yang banyak
bercakap, keras hatinya. Tidak mahu
mendengar pandangan orang lain. Hanya mahu pendapat dirinya sahaja
diterima. Jadi bagaimana dengan pendapat orang lain? Pentingnya dalam
perhubungan untuk menjadi seorang pendengar
yang baik. Mendengar apabila pasangan kita meluahkan perasaannnya,
meluahkan masalahnya..agar sama-sama mencari jalan penyelesaian. Kalau jenis
yang banyak bercakap juga tak mahu mendengar pendapat orang lain, hancuslah
perhubungan kita. Itu baru couple, kalau dah berkahwin lagi banyak cabaran,
dugaan dan masalah yang menimpa. Better kita tinggalkan lelaki sebegini dan
mencari pengganti seorang pendengar yang baik.
3. Suka mengungkit
Pasti sakit hati kita apabila pasangan
kita suka mengungkit! Mengungkit akan barang
pemberiannya, mengungkit akan wang
yang telah dibelanjakan olehnya, mengungkit akan pengorbanan masa dan tenaga mereka dan sebagainya. Lelaki yang suka
mengungkit membuatkan kita berasa tidak
dihargai. Rasa tersinggung..semestinya! Membuatkan kita sentiasa berkecil hati. Sanggupkah kita hidup
bersama lelaki yang suka mengungkit??? Seorang lelaki yang benar-benar mencintai kita akan mengikhlaskan setiap perbuatannya.
Ikhlas akan pemberiannya, pengorbanannya. Isu ungkit-mengungkit tidak akan
timbul. Pasti membina hubungan yang bahagia. Umpama kata pepatah ‘give and
take’. Yang sorang bagi, yang sorang lagi menerimanya. Pasangan anda jenis suka
mengungkit? Tidak ikhlas dalam perhubungan? Tinggalkan sahaja. Moga anda
menemui pasangan yang ikhlas berkorban demi mencintai anda.
4. Lelaki yang panas baran
Menyeramkan
bila kita mendapati pasangan kita seorang yang panas baran. Tidak boleh tersilap sedikit, habis barang-barang menjadi tempat meluahkan
kemarahan! Menyepak kerusi, meja, memecahkan pasu, membaling handphone.
Huish…dahsyat! Lagi parah andai kita ditakdirkan menjadi isterinya. Bukan
sahaja objek di rumah menjadi tempat melepaskan
marahnya tapi badan kita. Lebam di sana sini. Malah kes penderaan suami terhadap isteri sekarang ni makin meningkat.
Jika kita mengesan adanya sikap panas baran pasangan kita. Baik kita berundur, putuskan hubungan. Biar hati kita
kecewa dek cinta tak kesampaian, jangan sampai badan kita luka berdarah dek
tempias kemarahan.
Kita hanya merancang, Allah menentukan segalanya. Harus
diingat, segala tindakan adalah daripada kita sendiri. Pilihan ada di tangan
kita. Pilihlah keputusan yang tepat dan betul dalam mencari calon suami, yang
mana peneman hidup kita sehingga ke hari tua nanti. Selamat bercintan cintun :)
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
26 comments
hahaha nice sharing dear. satu lagi sebab nak tambah, sebab yang ke5 dia tak jaga solatnya. Sebab baik macam mana pun lelaki itu, jika dia tak jaga solatnya dan tidak mengajak pasangannya jaga solat maka sia2lah kebaikannya. Hatta, jika suami tidak jaga solatnya dengan baik si isteri boleh menuntut fasakh atas sebab tersebut. Wallahualam
Bagus nie bagi yang mencari pasangan dan untuk yang nak menilai pasangan...
setuju dgn KC :))
BAGUS NIE
lya singgah menabung cne :)
setuju....
setuju 200%!
lelaki yg suka pinjam duit
good sharing..
same jugak kalo lelaki dapat wanita yang macam tu. hehe..
Selama bercinta xpernah lagi jumpa boy no.2 & no.4
Assalamualaikum. hehehe sheila singgah sambil menabung sini~~~
Perkongsian yg sgt baik utk renungan kita semua.. t kasih Yumida.. :)
kumbang bukan seekor
wlpn sy seorg lelaki. setuju semua diatas. lelaki pun tak suka prmpn panas baran,dan semua tu :D
walaupun takde sebab2 mcm kat atas tu tp berpisah jugak.. takde jodoh kan..
yang baik utk yang baik, dan yang tak baik utk yang tak baik... maka jika nak yang baik, wajiblah kita menjadi baik terlebih dahulu <-- nasihat buat lelaki dan perempuan, hehehe...
Kalau mendera jiwa lara..baik pilih jalan yang terbaik.. undur bukan kalah..mara belum tentu menang...Wallahuallam
nice sharing...suka lelaki yang baik....
Perpisahan yg berlaku juga atas takdir illahi.
akak setuju tu..
Assalamualaikum dik Yumida..setuju apa yang kat atas tu..
setuju tu..hehe~
Btol.. kalo masa bkawan dah hot temper, ini xbleh.. itu xbleh. Gudbye babai laa awakk.. muahaha.
panas baran tu yg paling digeruni...huhuhu...
ada panduan bagi yang tengah mencari pasangan idup..panas baran yang paling takut utk didekati kerana mereka boleh buat apa saja tanpa berpikir panjang..jadi, hati2 lah..