Lampu diod pemancar cahaya (LED) antara
petua penjimatan elektrik terbaik pada pada masa kini. Penggunaan LED sebagai
lampu di rumah mampu menjimatkan elektrik sehingga 90 peratus kerana ia
menggunakan kapasiti tenaga paling minimum.
Lampu
LED yang menggunakan kapasiti elektrik sebanyak 12.5 watt mampu memberi
pencahayaan sama terang dengan lampu biasa yang berkadar 80 watt. Malah, cahaya
dihasilkan LED lebih selamat kerana ia tidak membebaskan sinar ultra ungu yang
berbahaya kepada kulit dan memberi keselesaan terhadap mata. Selain itu, jangka
hayat LED juga lebih lama sehingga 50,000 jam atau bersamaan 15 hingga 20 tahun
berbanding lampu halogen dan kalimantang yang mudah rosak akibat kepanasan jika
dipasang terlalu lama.
Antara
produk LED diperkenal ialah mentol, lampu tiub menggantikan kalimantang,
variasi lampu siling, lampu jalan dan lampu hiasan di ruang tamu serta dapur rumah.
Penggunaan LED juga tidak menyebabkan ruang rumah atau pejabat menjadi panas
akibat pembebasan haba.
Lampu
biasa yang kita guna sejak berpuluh tahun dahulu bukan sahaja menggunakan
tenaga elektrik yang banyak, tetapi juga membebaskan banyak haba dan
menyebabkan pengguna berasa tidak selesa akibat panas.
LED
menawarkan pilihan terbaik untuk penjimatan tenaga dan membantu mengawal
pencemaran alam sekitar akibat pembebasan gas karbon dioksida. Produk lampu LED
keluaran Philips menjalani proses inovasi untuk menawarkan penjimatan elektrik
secara optimum dan efisien. Persekitaran akan lebih selamat melalui penggunaan
LED. Penggunaan tenaga untuk menjana elektrik seperti minyak dan arang batu
juga boleh dijimatkan.
Sumber: Kosmo Online
Lampu diod pemancar cahaya (LED) pada lampu kereta
Kat rumah, tidur pakai
lampu LED. Lebih terang! Lebih jimat! Kurang haba panas! Tidur menjadi lebih
nyenyak..selesa…
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
7 comments
Assalamualaikum.
If belum join GA Nad dan Liniey, jemput join ea :) Ada 2 top refferal, jadi dinasihatkan join secepat mungkin utk berpeluang menang top refferal.
Kalau dah join, teruskan promote GA menggunakan link entri penyertaan ea.
Dan..
96 pemenang random dicari !
http://www.linieynor.com/2014/03/sweet-giveaway-by-misz-nadea-liniey-nor_14.html
Untuk melihat senarai sponsor beserta hadiah boleh klik link http://www.linieynor.com/2014/03/senarai-sponsor-dan-hadiah-sweet.html
:)
Btol tu.. pguma kena bijak mmilih yg tbaik.
Assalamualaikum dik Yumida...betul tu...kita harus sentiasa berjimat dalam penggunaan elektrik...
lya tidur malam tak berlampu :)..memang btl lampu led tak panas
wahh kat rumah yumida pun pakai lampu LED eh.. hebak2..
Assalamualaikum. yap. tapi pakai dekat kereta, silau la. kesian pemandu lain nak tahan mata lampu LED yang terang tu ~~~
kita sebagai pengguna kena bijak memilih..nak jimat bukan susah kan..semuanya ditangan kita sebagai pengguna..