Siapa sangka seorang pelakon dan pengacara terkenal, Awal Ashaari begitu
hebat dalam bidang kulinari. Teringat dengan program Ketuk-Ketuk Ramadhan, Awal
Ashaari pernah dijemput oleh Sheila Rusli sebagai artis jemputan untuk memasak.
Hmmm…memang terer dia ni memasak. Bukan sahaja memiliki pakej yang lengkap,
contohnya? Erk…. Ensem, macho, wajah kemelayuan, rekod bersih takde
kontroversi, berlakon, mengacara program besar, bahkan hebat di dapur! Dengar khabarnya,
Awal Ashaari nak buka kafe. Betul ke? Meh kita baca info selanjutnya.
Awal Ashaari dengan baju chefnya
Malah, aksinya ketika memasak dan menyediakan pelbagai jenis
hidangan dapat disaksikan oleh penonton menerusi program masakan How To Make
It: Culinary Dreams yang akan disiarkan di saluran Asian Food Channel (AFC) 703
bermula 9 April ini pada pukul 8 malam sebanyak enam episod.
Menurut Awal Ashaari, memandangkan minatnya yang cukup mendalam
tentang pemakanan, ia telah memberi ilham kepada dirinya untuk membuka sebuah
kafe yang terletak di The Curve, Petaling Jaya. Tapak kafe yang dibelinya itu
sedang menjalani kerja-kerja ubah suai. Dijangka bakal beroperasi sepenuhnya
pada bulan Mei ini, kafe yang dibukanya itu akan menjual makanan seperti kek,
snek serta beberapa lagi jenis hidangan yang belum ditentukan lagi.
Bagaimanapun, Awal Ashaari mendedahkan bahawa keinginannya untuk
membuka sebuah kafe bukan disebabkan minatnya terhadap makanan semata-mata,
tetapi ia sebagai persediaan untuk masa depan.
"Saya dan isteri selalu terfikir sampai bila kami akan terus
berkecimpung dalam bidang hiburan ini. Jadi, kami banyak berbincang tentang
perancangan yang perlu dilakukan untuk jangka masa panjang” - Awal Ashaari
Sumber: Kosmo Online
Betul sesangat apa yang diperkatakan oleh Awal Ashaari. Kena ada
plan A, plan B dalam kehidupan ni. Membuka perniagaan pilihan terbaik dan
bijak. Yumida doakan moga kafe ni mendapat sambutan pelanggan. Go go go Awal Ashaari!
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
12 comments
Assalamualaikum yang, wahh bestnya nak buka kafe. ada nampak iklan juga dia masuk kulinari.. hehehe
tahniah awal & sha..murah rezki mereka
satu perancangan yang baik.....
Patutlah nengok iklan lincah dok wat plating kt mknn..ok cafe dia haruslah kena serbu nati
Assalamualaikum dik Yumida..semoga Awal dan Sha sentiasa dimurahkan rezeki...rezeki sha mengandung ni...
wah.. Tahniah ;D
Wahhh untung scha yer hihihi
alhamdulillah murah tu rezekinya :)
baguslah untuk masa depan gak kan...
comel nya awal ..=D
bagus sangat...berwawasan dlm hidup
selamat berjaya