Lokasi MH370 berada di Rabung Hindi Selatan

Pakar geologi marin percaya bangkai pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) tenggelam di satu kawasan rantaian gunung berapi dasar laut yang sangat besar di Lautan Hindi, lapor akhbar The Sydney Morning Herald semalam.

Seorang pakar geologi marin dari Universiti James Cook Australia, Dr. Robin Beaman berkata, beberapa objek dipercayai serpihan pesawat MH370 tersebut dikesan di satu kawasan gunung berapi dasar laut yang tidak pernah dipetakan sebelum ini.

Katanya, hanya sedikit diketahui mengenai dasar laut di selatan Lautan Hindi dan usaha untuk mencari bangkai pesawat jenis Boeing 777-200 itu memerlukan teknik pemetaan tiga dimensi dengan menggunakan peralatan yang canggih.

Beaman berkata, objek pertama yang dikesan oleh satelit milik Digital Globe pada 16 Mac lalu terletak kira-kira 60 kilometer (km) dari barat daya zon aktif satu rantaian gunung berapi bawah laut yang dikenali sebagai Rabung Hindi Selatan.

Rabung Hindi Selatan yang mempunyai panjang lebih 1,700km bermula di barat daya Australia hingga ke New Zealand. Satu lagi objek yang dipercayai serpihan MH370 di kesan oleh sebuah kapal terbang China di satu lokasi kira-kira 180km barat daya rabung tersebut. Sebuah kapal terbang peninjau Australia pada Isnin lalu mengesan satu lagi objek kira-kira 200km timur laut rabung berkenaan.

"Berdasarkan penemuan tersebut kemungkinan pesawat ini terhempas di rusuk rabung itu dan di kawasan ini tiada carta dasar laut pernah dibuat," jelasnya. Tambahnya, rabung itu mempunyai muka bumi yang kompleks dengan puncak setinggi berpuluh-puluh meter.
Sumber: Kosmo Online

Lokasi MH370 berada di Rabung Hindi Selatan
KAPAL HMAS Success milik tentera laut Australia berada di Lautan Hindi bagi mencari serpihan pesawat MH370

Bila membaca betapa luas dan mencabarnya bahagian rabung Hindi Selatan ni, menambahkan lagi cabaran bagi pasukan yang membantu mencari pesawat MH370. Moga dipermudahkan segalanya.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

10 comments

Moga dipermudahkan..

Semoga usaha pencarian ini dipermudahkan dan semua petugas ini selamat dalam menjalankan tugas mereka dengan suasana yang amat mencabar di Lautan Hindi...

Assalamualaikum dan salam singgah malam dik Yumida...semoga segala usaha pemcarian pesawat MH370 dipermudahkan olehNya...

bukan kerja yang mudah nak mencari..moga semuanya dipermudahkan

Assalamualaikum.. bukan mudah kerja pencarian ni, tapi dengan usaha dan doa orang-orang Islam, semoga dipermudahkan.. in shaa Allah...

Pencarian yg tiada penghujungnya lagi

Hati masig mhrap itu bukan mh370. . Allah swt lbh mgetahui.. :'(

hrp sgt.. mereka trskan pencarian ni.. bkn sekadar tgk pd bukti yg dijumpai tu jer..