Nur Azlan Abdul Wahab
Penumpang Malindo Air
Nur Azlan Abdul Wahab merupakan salah seorang penumpang
Malindo Air OD1804, yang berlepas dari Subang ke Kuala Terengganu. Penerbangan
pada pukul 7.35 pagi tadi (26/03/2014). Nur Azlan Abdul Wahab duduk di bahagian
belakang pesawat. Dia melihat percikan api keluar dari sayap enjin. Api kian
marak apabila berada di udara. Kipas sebelah kiri berhenti berpusing. Pramugari
Malindo Air kelihatan panik. Tidak membantu menenteramkan penumpang. Tindakan
pramugari menambah kegelisahan di hati penumpang. Pramugari memberi arahan agar
penumpang duduk di tempat masing-masing dengan menggunakan tali pinggang
keselamatan.
Ketika mendarat, penumpang mengalami hentakan kuat. Mungkin
disebabkan hanya 1 enjin sahaja yang berfungsi. Ianya bukan pendaratan yang
normal. Selepas selamat mendarat, penumpang dipindahkan ke tempat lain. Penerbangan
tersebut dibatalkan. Tiada taklimat diberi selepas pendaratan kecemasan.
Sumber: Buletin Awani saluran 501
Dari pengalaman yang dikongsikan oleh penumpang Malindo Air
ni, kedengaran ada sedikit kekesalan. Since kehilangan pesawat MH370 ianya
menerbitkan sedikit trauma buat diriku apabila menaiki mana-mana pesawat.
KepdaNya kita datang,
kepadaNya jua kita kembali. Al-Fatihah
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
17 comments
syukur semuanya selamat... pasti trauma menghadapi detik-detik mencemaskan itu..
lepas tragedi mh370, makin banyak pulak kejadian yg berlaku dlm industri penerbangan kita ni..
alhamdulillah.... semua selamat
Alhmdulillah..selamat..nsb mendarat dgn selamat..
Selalulah baca doa menaiki kenderaan. In sha Allah, perjalanan akan slmt.
syukurla semuanya selamat..memang taruma nak naik kapal dah mcm nie
aduhai -- mmg menakutkan
scarynya...huhuhuhu...
Nasib baik semuanya selamat...
sangat risau sekarang nak naik kenderaan atas awan ni...
Alhamdulillah semuanya selamat.. ermm memang rasa ngeri selepas kes kehilangan MH370 dan diikuti dengan pelbagai kes melibatkan pesawat nih..
Alhamdulillah selamat dan sempat mendarat....macam2 jadi sekarang ni...semoga kita dilindungi oleh Nya....amin..
Allahuakhbar.. Nasib smua nya selamat..
Assalamualaikum. Allahuakbar. mujur semuanya selamat.. risaunya dengar keadaan begini Y_____Y"
Assalamualaikum dik Yumida...syukur Alhamdulillah semua penumpang terselamat...
Memang betul-betul menyeramkan
alhamdulillah smua selmt dlm tragedi ni.. haihh trending sungguh...